Halaman

Ahad, 30 Jun 2013

Muffin Vanila...

Assalamualaikum...
Kongsi muffin vanila yang diambil dari blog juicy cafe&cakes



Cheq da mendapat banyak juga dalam satu aduanan yang dibuat kerana mungkin cheq da gunakan cup yang kecik... comei2 jea nampak muffin ni...esoknya siap tapau ke sekolah dan juga rumah pengasuh lagi untuk makan2.





 Muffin vanila
disedut dari blog: Juicy cafe dan cakes

Bahan-bahan..
6 biji telur
100 susu segar
2 sdk esen vanilla
410 gm tepung gandum*
3 sdk baking powder*
1/2 sdk garam* - *satukan dan ayak
250 gm gula kastor
170 gm butter - cairkan

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan telur, susu segar, esen vanilla dan gaul perlahan.
2. Masukkan bahan-bahan kering yang telah di ayak bersama gula dan gaul rata dengan spatula, jangan terlebih pukul.
3. Tuang butter cair dan gaul sehingga sebati.
4. Sediakan loyang muffin yang telah tersedia bersama 'papercup', tuang adunan sehingga penuh dalam 'papercup'.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.

Khamis, 27 Jun 2013

Sukan Semekar 2013...

Asslamualaikum dan salam bersua kembali..
Apa khabar anda di luar sana?
Pada 220613 iaitu pada hari Sabtu merupakan hari sekolah ganti bagi sekolah Cheq da yang mengganti hari cuti semasa mengundi yang lalu.
Pada hari tersebut bukan pnp dilaksanakan tapi diadakan kemuncuk sukan tahunan sekolah yang telah pun berlansung selama 4 hari bermula hari Rabu. Banyak pertandingan yang diadakan sepanjang hari tersebut.




Acara realse untuk perbarisan telah diadakan pada hari Jumaat..Memandangkan cuaca panas agak keletihan juga la para pelajar. Untuk rumah cheq da iaitu rumah Beta,Cheq da bersama2  dengan Cheq sue telah ditugaskan untuk bahagian perbarisan. Agak kelam-kabut juga untuk memilih 25 orang pelajar perbarisan ini kerana masa untuk berlatih sememangnya tidak cukup dan pelajar ada yang tiba2 tidak datang semasa hari kejadian. Jadi cheq da terpaksa tarik pelajar yang lain plak la untuk mencukupkannya.

 Ini barisan perbarisan rumah Beta...lengkap dengan maskot doremon pilihan pelajar form 5.

Ni plak rumag Alfa dengan pilihan ladybirdnya..

 
 Barisan pancaragam yang diundang khas dari SMK Ringlet untuk mengiringi muzik perbarisan. Kira tahun ni ada kelaian lah yea di bawah pimpinan GPK KOKO yang baru iaitu Encik Ahmad Idham.




 Masing-masing sibuk menghiaskan rumah masing-masing untuk pertandingan rumah terbaik




 Acara memotong reben oleh YDP PIBG Semekar sebelum masuk mengambil markah untuk rumah BETA
 Sentuhan untuk menghiaskan khemah ni diolah oleh En.Amar dan Puan Norlia serta dibantu oleh para pelajar.

Yang ni plak maskot ciptaan Cheq sue dan juga Cheq da...telepon yang memuatkan sms berikut dalam 4 bahasa yang digunakan di semekar. Cuma untuk bahasa asli tak menyempat kami nak membuatnya.



Hidup BETA... bersama dengan cikgu Norlia,Cikgu Chuink dan Cikgu Ainshah

 Spongebob pula merupakan maskot untuk rumah Delta yang telah memenangi hiasan khemah dan juga perbarisan




 Turut serta Puan Norjanah bersam-sama dengan anak lelaki bongsunya...

  Ni plak sentuhan rumah Sigma dengan maskot ular yang tersenyum jea...he3 untuk pengetahuan semua rumah Sigma berjaya mengekalkan kejuaraan mereka seperti tahun lalu setelah bersaing sengit dengan rumah Beta.


GPK Hem juga tidak ketinggalan bergambar di rumah sigma

  Mc untuk sepanjang majlis ni iaitu cheq sue dan cikgu Helmi. Cikgu Yasotha yang disebelah 2 plak selaku guru pencatat rekod


Barisan guru perempuan rumah Beta....hehehe...

  Senarai pingat pada papan kenyataan, nampak gayanya beta berjaya menaikkan diri dari tanggga ke 2 berbanding tahun lepas tempat tercerot

Acara guru lari berganti2 yang telah dimenangi oleh rumah Sigma...

Oklah sampai kita berjumpa lagi untuk Sukan 2014..

Rabu, 26 Jun 2013

Pancake kali yang seterusnya....

Assalamualaikum..
Dulu pernah cheq da kongsikan resepi pancake ni yang tidak menjadi kerana lupa nak letak baking powder. Semalam buat lagi pancake ni sebab bahan2 dah ada. Kali ni memang tak lupa,dah letak siap2 baking powder kat tempat barang2 nak masukkan. Biarkan sekejap,pah 2 mula mengpannya dalam non stick pan..hasilnya memang sedap..ni adalah salah satu kegemaran Luqman Afiq bila lapar...



 Di sini cheq da copykan sekali lagi resepinya...bila makan dengan susu memang sedap. Lembutnya jea bila gigit. Si Haziq pula makan pancake ni hampir2 satu biji...memang kena kot dengan budak2, si kakak pulak bila makan duk makan susu jea...kepada semua yang ingin mencuba boleh la mencubanya..tak rugi tau.

OLD FASHION PANCAKE
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum*

2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)

1 biji telur gred A

1 cawan susu segar 

2 camca besar gula halus

1/2 camca teh garam

1/2 camca teh esen vanilla

2 camca besar mentega, cair dan sejukkan

Buah2an segar pilihan anda (mat guna strawberry, blueberry dan isi orange)

Madu atau maple syrup

Selasa, 25 Jun 2013

Order: Kek birthday Nasuha dan Mini Hokaido

Assalamualaikum...
Hari ni pula berkongsi tempahan kek yang diterima minggu lalu. Kedua2 tempahan  ni diorder sehari sebelum. Nasib tempahan tidak banyak,maka bolehlah menerimanya.



Kek yang pertama ini ditempah oleh kawan dari sekolah suami iaitu Kak Ustazah Asmat sempena dengan hari lahir anaknya yang ke-6. Katanya dah lama anaknya minta tempahkan kek,cuma dia yang lupa sampaikan anaknya merajuk. Mulanya nak tempah sekilo tapi lepas 2 tambah jadi 2 kilo,takut tak cukup katanya.
 Kek span coklat dengan filling blueberry menjadi pilihan cheq da memandangkan dia kata ikut jea kek apa2. So kek ni la menjadi pilihan kerana rasanya sedap untuk budak2.





 Mini hokaido ini pula ditempah oleh Puan Risha sempena dengan hari lahir suaminya katanya. Tempahan ni 50 biji untuk makan-makan katanya/

Terima Kasih kepada semua yang selalu menyokong Cheq da dan sentiasa menempah cheq da. Segala kekurangan minta dihalalkan.

Isnin, 24 Jun 2013

Sambal hitam,Tq Kak Basimah

Assalamualaikum..
N3 pada hari sekadar berkongsikan sambal hitam yang dibuat sendiri oleh cheq da pada cuti minggu lepas. Memang dah lama sangat nak makan sambal hitam ni. Nak buat sendiri kurang pandai. Belimbing buluh kat kampung memang ada banyak tapi nak rebus sendiri cheq da kurang pandai.

Hari sukan kat sekolah hari 2,Kak Basimah CC kat sekolah bagi belimbing buluh yang telah direbusnya untuk dibuat benda alah ni. Apa lagi belajar la sekali dengannya resepi buat sambal hitam orang pahang tulen ni kan. Rupanya tak de la sesusah mana bila bahan dah ada.


Gnila rupanya buah belimbing buluh yang dah direbus...kata kak mah kalau nak rebus benda,kena lama dengan api yang sangat perlahan,katanya boleh habis satu tong balang gas..hehe
Kalu banyak ni katanya boleh buat dalam lima enam kali. Tak payah simpan dalam peti ais pun tak pe.
  ni plak yang telah siap,cheq da sengaja lebihkan cili nak kasi pedas.....memang sedap bila makan dengan nasi panas...

Sambal Hitam
Resepi asli: Kak Basimah

Bahan2
Cili 15 tangkai
Bawang merah dalam 5 ulas
Segenggam ikan bilis
7 asam belimbing buluh
sedikit serbuk kunyit

cara2
Semua bahan2 di atas ditumbuk kasar
Panaskan kuali
masukkan sedikit minyak
Goreng sehingga kering

Ahad, 23 Jun 2013

0rder: kek birthday Hazirah

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua..
Apa khabar semua??? Hari minggu yang agak sibuk bagi cheq da kerana tugasan harian di rumah perlu disiapkan, apa lagi kalau bukan melipat baju,mengemas rumah,membasuh baju,memasak dan juga 2 tempahan yang perlu disiapkan untuk esok. Semalam pulak adanya sekolah ganti. Jadi sibuk la cikit nak membuat segala2nya. Suami plak turun ke kampung kerana ada urusan so bantuan yang diperlukan tidak la dapat nak membantu.

Oklah bebalik kepada n3 di petang sore ni,cheq da nak uploadkan gambar-gambar tempahan kak noli sempena dengan hari lahir anaknya yang ke sebelas. Agak banyak juga kek yang dimintanya. 
Beliau telah memberitahu seminggu awal untuk kek2 yang diingininya ini.
4 biji kek iaitu satu kek yang biasa sahaja,2 biji doll cake yang kecik dan juga 1 pandan layer.




masih jelas lagi nampak kecatatan...

Kek span coklat ni dengan filling blueberry dan deconya plak cheq da buatkan ala-ala bunga yang berada  dalam raga. Saja gunakan warna lembut untuk nampak tak la meriah sangat.





2 biji mini doll cake ni pula adalah kek span perisa oren dengan filling oren..hiasan agak simple. Bajunya plak cheq da buatkan dengan menggunakan fondant..tp nampak sangat baju 2 pelik...he3 sebab masih lagi kurang mahir bermain dengan fondant ni.





Kek yang keempat pula adalah kek pandan layer dengan hiasan bunga2 cikit nak suruh nampak lawa..
Terima Kasih kepada kak noli dan anak2. Minta halal la apa yang terkurang.