Halaman

Rabu, 28 Ogos 2013

Tempahan Kek yang lalu...

Assalamualaikum..
berkongsi tempahan yang lalu...

Kek pertama adalah kek span coklat biass adalah pilihan pelajar cheq da iaitu khor wai sem.
kek kedua pula adalah sek blueberry pilihan kai mai yang request nk krim lebih.
Manakala kek yg ketiga pula yg ditempah oleh pelajar kelas 3j sempena hari guru yg lepas.
Tq kepada yg sudi menempah.

Ahad, 25 Ogos 2013

Sambutan merdeka raya peringkat sekolah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya,agak kepenatan bagi cheq da kerana sepanjang minggu ni kerana 7 hari bekerja pada minggu ni. Hari ni plak baru jea selesai untuk bengkek teknik menjawab Sejarah bg pelajar2 Spm tahun ni. Rasanya memang banyak input yg. diberikan oleh Puan Hasnita dari Smk Seri Raub. Beliau juga mempunyai 17 tahun pengalaman dalam menanda kertas.Terima kasih cheq da ucapkan padanya di atas perkongsian ilmu td.

Ok lah berbalik pada n3 hari ni..cheq da kongsikan sedikit sebanyak gambar semasa menyambut merdeka raya semalam sempena sekolah ganti semalam.


                              Makanan jamuan guru

Antara pelajar yg diberikan hadiah kerana memakai pakaian malaysia





       Nyanyian lagu kebangsaan oleh kelas 2y
Ni plak gambar sebelum memulakan majlis.Ayu2 semuanya.

Rabu, 21 Ogos 2013

Tahniah Buat Faridz dan Suraya

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. 
Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari yang ketiga cheq da dan hubby berpuasa 6..diharapkan cheq da menyelesaikannya sehingga hujung minggu ni. Nanti lepas ni boleh la raya kali yang kedua plak yea.
Oklah berbalik kepada n3 pada kali ni adalah untuk menceritakan serba sedikit mengenai perkahwinan adik bongsu Cheq da yang telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihannya. Dengan perkahwinan adik yang bongsu, maka selesaikan kenduri bagi adik beradik..Nampaknya lepas ni giliran anak-anak buah la plak yea. Nak tunggu si batrisyia dan si haziq,alamatnya lambat la lagi yea. Masa ni,ibu cheq da orang yang paling gembira kerana 8 orang adik beradik kami telah pun selamat berumahtangga.



Untuk gambar yang di atas ni adalah hantaran yang disediakan untuk pihak perempuan. Semua hasilnya adalah merupakan sentuhan kakak cheq da yang ke-4. Dia memang jenis minat buat benda alah ni. Bab membantu plak diserahkan kepada hubby cheq da sebab dia jenis cermat dan teliti. Sebanyak 9 jenis hantaran disediakan termasuk lah beg tangan dan kasut,jam tangan,telengkung,kain pasang,alat makeup dan minyak wangi,senaskhah Al-Ouran,buah-buahan,gelang tangan serta kek hantaran yang disediakan sendiri oleh cheq da. Kali ni cheq da sediakan kek Black n white Russian Cake.


Rombongan ke rumah perempuan agak memakan masa dalam 2 jam juga. Nasib baik jalan tidak seteruk 2@3 sebelum 2 kerana jalan rumah cheq da ke rumah pengantin merupakan laluan ke kuala lumpur. Kami sememangnya tidak mahu memilih hari raya untuk tarikh kahwin kerana mungkin akan berlaku kesesakkan lalu lintas. Tetapi memandangkan kakak pihak perempuan susah nak mendapat cuti,maka terpaksa la diteruskan pada hari tersebut juga.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan segala2nya dipermudahkan pada hari berkenaan.
Majlis akad nikah pula diadakan pada jam 12 tgh dan selepas majlis persandingan diadakan pada jam 2ptg.

Upacara membatalkan air sembahyang setelah selesai majlis akad nikah. Dengan 2 kali lafaz mereka selamat menjadi  suami isteri.
Ni plak gambar semasa bersiap-siap untuk ke majlis persandingan. Memilih tema putih semasa bersanding.
Oklah rasanya untuk n3 pada malam ni. Bukan apa mata pun dah mengantuk,jadi bila dah berkeadaan sedemikian maka malas la plak nak menaipnya. Majlis bertandang ke rumah cheq da pula akan dibuat pada 31 ogos nanti,,nanti bila dah selesai semuanya,cheq da akan kongsikan n3nya.
Kepada Su yik dan Cik su Suraya tahniah dan selamat berbahagia selalu hendaknya..

Selasa, 20 Ogos 2013

Riang ria raya 2013...

Assalamualaikum dan selamat malam..
Apa khabar semua?tengah duk melayan apa yea..cheq da plak duk melayan bola piala Malaysia sambil tangan  menaip untuk mengupdatekan blog yang dah lama bersawang ni..oklah n3 untuk malam ni nak menguploadkan lagi gambar2 raya yang diambi.
 
Tahun ni merupakan tahun yang ke6,cheq da beraya dengan suami dan anak2. Suami cheq da sememangnya dalam satu negeri tetapi disebabkan daerah lain2, maka terpaksalah bergilir-gilir. Untuk tahun ni, Cheq da beraya di rumah ibu cheq da so dapat la bergambar family yang tidak pernah cukup ahlinya setiap tahun sebab kesibukkan masing2. Nanti tahun depan gamaknya tak dapat bergambar la plak coz ikut turun yang seterusnya pula..barulah adil kan..
 
oklah sama2 kita melihat kegembiraan keluarga cheq da menyambut syawal pada tahun ni yea.
 
Family cik rus-kakak no 2 cheq da
cik la-kakak no4
 

 Family cheq da
 Family kakak n0 6-cik leen
 ni plak anak2 buah
 separuh dari family yang ada,yang tiada family kakak n03 dan abang yang sulung

Family abang no5






 
Yang ni plak masa makan2..pagi raya 2 kami menyediakan sate,nasi impit dan juga kuah kacang, dihidangkan bersama2 dengan roti dan juga rendang ayam. Selain daripada 2 hidangan biskut juga ada cuma kek jea yang tak dan cheq da nak sediakan. Setelah selesai bergambar selepas sembahyang raya kami beraya ke rumah jiran2 dan saudara yang berdekatan.
 
 Ni plak adik bongsu cheq da yang telah pun melangsungkan perkahwinan nya pada raya yang ke8 lepas. cerita kahwinnya nanti cheq da ceritakan dalam n3 yang akan datang yea

Ni plak family abang yang sulung...tak dapat beraya di kampung kerana terpaksa bekerja pada hari raya lalu. Gambar ni diambil sewaktu kami semua beraya di rumahnya di Bandar baru Tanah Merah. Cuma kakak yang ke 3 yang tiada kerana tidak dapat balik kerana bersalin pada bulan puasa yang lalu.
 
Itu lah serba sedikit riang ria raya tahun ni..jumpa lagi di tahun depan dengan family yang lagi lagi dan lagi besar..


Kek Birthday haziq

Assalamualaikum semua...oklah sementara menunggu masa masuk kelas,cheq da nk kongsikan kek birthday yang ditempah oleh cikgu ringlet untuk anak tunggalnya. Ini adalah merupakan kek yang pertama yg diterima selepas cuti raya. Sebenarnya mood nk buat kek ni biasa sahaja..tidak ada idea sangat sebab malas nk memikir. Permintaan isteri adalah cotton cheesecake untuk anaknya makan2 di prasekolah hari ni. Pepe pun terima kasih kepda usop dan isteri kerana sudi menempah.



Harap adik haziq puas hati dengan kek yang tak seberapa ni..


Isnin, 19 Ogos 2013

Salam aidilfitri 2013



Assalamualaikum
Nampak gayanya baru la ada kesempatan nk berblog..
Ni cheq da kongsikan sedikit gambar raya aidilfitri 2013 sekadar pemanas cerita.
Gambar family yg diambil tak semua yang balik atas sebab kesibukkan masing2.
Sekiranya ada kesempatan cheq da uploadkan gambar yang lain. IN SYA ALLAH