Halaman

Sabtu, 28 Februari 2015

Donut Kentang hangitku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Donut kentang yang agak hitam kugoreng tetapi rasanya tetap sedap...
Share resepi dari Kak Azlita..masam manis
Tapi Cheq da buat tak de lah cantik..
Lenyek2..buat bulat2 dan terus letak lubang di tengah.



 DONUT KENTANG 
Resepi Oleh : Tahrunnisah
Rujukkan : Sepanjang Jalan Kenangan
dicuba dan dicopy dari: Blog Masam Manis

Bahan-bahan
1 biji kentang ~ di kukus atau di rebus, kemudian kupas kulit dan lenyek halus. ( kentang jangan kupas kulit masa rebus nanti dia serap air banyak )
250 gm tepung gandum / tepung protin tinggi / tepung roti
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
70 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening / margerin / butter
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera

Cara-cara

Satukan tepung yang di ayak ke dalam bekas.
Masukkan gula, susu tepung, baking powder dan yis. Kemudian gaul rata
Masukkan pula kentang yang telah di leyek halus, ratakan
 Dalam bekas lain, satukan garam dan telur, kocok sebentar.
Masukkan telur dalam adunan tepung, kacau rata
Tuangkan air ais sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan kental
Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut dan elastik
Anda boleh masukkan doh dalam plastik bag dan ramas-ramas doh selama 10 - 20 minit hingga doh menjadi elastik dan tak melekat di tangan
Tutup doh dengan kain towel, atau plastik wrap dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran masa 30 minit. Anda boleh letak dalam almari atau letak dalam oven untuk memberikan rasa hangat pada doh. Pastikan oven tidak di on.
Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. 
 Bulat-bulatkan doh anggaran 20 gm setiap satu.
Susun dalam loyang yang di tabur sedikit tepung supaya doh tidak melekat
Tekankan doh supaya leper
Bulatkan tengah doh dengan acuan bentuk bulat
Biarkan 5 minit sebelum di goreng.
Goreng dan salutkan dengan gula kastor 
Bolehlah dihidangkan

Makan malam...bila teringin!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sesekali memang lah teringin nak makan steamboat. Sebenarnya suami ajak dinner kat luar jea. Tapi rasanya tak puas la plak. So balik dari sekolah terus melencong ke kedai beli barang2 seafood. Berbaloi la rasanya, modal pun tak sampai rm50. Yea sebab berdua jea yang makan tak lah beria2...anak2 pun bukan makan sangat pun. Balik ke rumah, terus godek2 di dapur, buat kuah tom yam..
tersangat la puas hati bila dapat makan banyak kali...



Sayur  mayur dan cendawan ni dibeli di Kedai di Kea farm...dengan awek indo yang kami kenal dapat lah murah cikit...tambah2 kalau suami yang beli.


 Beli jea seafood yang campur2 yang dah dipek siap2...lagi mudah


Daging dihiris nipis supaya cepat masak


Sos cili yang dibuat oleh ibu cheq da..guna yang tu jea dengan sos blackpaper dalam botol jenama Puteri.

 Kuah tomyam yang simple...kurang pedas sebab anak pun nak makan sama.

Ini lah ke semua menu makan malam kami..best jgk makan santai2 dengan suami..

Jumaat, 27 Februari 2015

Order 2015: Tempahan Dari Ringlet

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan ini telah diterima dari kawan suami.
Tempahan blueberry cheesecake untuk sambutan birthday isteri tersayang.
Harap puas hati dan yang mana kurang minta halal la yea. 



Terima kasih sebab sudi order dengan Cheq da... 

Rabu, 25 Februari 2015

Kari Ayam simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekali kala makan kari ayam dengan keropok papadom sedap juga kan.
Kongsi resepi kari ayam simple dari Cheq da.





Kari Ayam
by: Cheq da

Bahan2 utk 4-5 orang
1. Setgh ekor ayam potong ikut citarasa
2. Bawang merah 9-10 biji
3. Bawang putih 4 ulas
4. Seinci halia
5. Dua sudu besar serbuk kari ayam + 1 sudu teh cili giling
6. Santan 250ml yg pekat...boleh campur air utk kepekatannya
7. Dua biji ubi kentang
8. Hiasan 1 biji buah tomato dan bendi
9. Sedikit minyak utk menumis
10. Garam dan gula
11. Sedikit gula melaka
12. 4 sekawan

Cara
1. Mayang bawang merah,putih dan halia
2. Tumiskan bahan tersebut dgn sedikit minyak dan sekali dgn 4 sekawan Sampai naik bau.
3. Masukkan rempah kari yg telah dicampurkan dgn cili giling yg telah dicampur dgn sedikit air
4. Tumiskan lagi sehingga naik minyak dan masukkan juga sedikit gula melaka.
5. Masukkan kentang dan juga ayam...gaulkan sekejap
6. Masukkan plak santan dan biarkan mendidih dan kentang empuk.
7. Masukkan tomato dan juga bendi.
8. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 24 Februari 2015

Kuih Nona Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah banyak kali duk intai2 nk buat kuih ni. Kaji step by step dari tahun lepas lagi. Tgk kaedahnya terasa malas la plak. Sehinggalah member ada buat kenduri,seorang kawan telah menempah dan dibawa rumahnya. Seorang kawan yg datang masa tu cakap kuih ni sedap sangat...maka tersemangat la balik nk buat kuih ni...
Rupa-rupanya rumit juga...tersekali buat rasa sekali jea la kot...hihihi
nti kalau rasa nk buat lagi..mgkn kalau ada kenduri kendara la kot..


Kuih Nona Manis

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan  ~ campur santan kotak dg sedikit air jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender.

Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.

Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan


Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple

Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.

Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.

Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. 

Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih


Bahan C
1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus

Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.

Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik).
 Cara Membuat Kuih Nona Manis:
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.

Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
 Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.


Di sini plak gambar yang sempat Cheq da snap masa tengah2 duk membuatnya..dengan telefon jea pon..







Lepas gambar yg terakhir bolehlah dikukus.
Rasanya sedap...lemak2 jea..
Memang puas hati makan dan merasainya sendiri.


Ahad, 22 Februari 2015

Cupcakes coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cupcakes coklat yg dibuat untuk dikirimkan kepada adik ipar di KL.
Selalu dia menanyakan pasal kek...bz sangat so buat cupcakes jea la untuk dikirim..
Lain kali buat kek la plak..




Sabtu, 21 Februari 2015

Order 2015: Tempahan mini hokaido

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan mini hokaido...
order dari rakan Cheq Da sebab nk jamu anak kesayangan yang baru balik dari asrama.




Terima kasih sebab sudi order..

Selasa, 17 Februari 2015

Order 2015: Aliyah 8 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan seterusnya diterima daripada member seperjuangan iaitu kak siti noor sempena hari lahir anaknya yang kedua 8 tahun.




Kek pilihannya adalah kek span coklat dan vanila dengan blueberry filing.
Terima kasih sebab sudi mengorder.

Order 2015: Tempahan mini pavlova

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima tempahan sebyk 80 biji mini pavlova dari guru2 Sk Brinchang
Terima kasih sebab sudi order...





Isnin, 16 Februari 2015

Kerja Oh kerja...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah...hari ini selesai sudah taklimat pendaftaran pt3 bagi sesi 2015 untuk 4 daerah di Pahang. Daerah tersebut adalah daerah Cameron Highlands, Raub, Kuala Lipis dan juga Bentong. Seramai 52 setiausaha peperiksaan telah dikumpulkan untuk taklimat ini di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub.
Banyak input baru telah diterima...dan banyak juga peringatan telah diberikan oleh Ketua Unit sektor SPP ini.
Harapan pada tahun ini...Cheq da harap cheq da dapat melaksanakan tugas ini dengan lebih sempurna seperti tahun2 lepas...In sha Allah




P/s: dah mula sakit kepala sebenarnya...tp memandangkan esok dah mula cuti...untuk pemakaian di sekolah esok..Pengetua minta semua guru pakai merah...Gong Xi Fa Cai..

Coney Dog kali ke2

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Wah penatnya rasa...baru sampai dari Raub untuk taklimat pendaftaran Pt3..sebelum subuh dah turun..naik ada kawan boleh gak tumpang dia...kalau tak nk drive seseorang memang tak larat.
Ni pun baru sampai berat sangat kepala sebab panas sangat di bawah..
Kla kongsi jea la n3 untuk hari ini...




Bahan-bahan ( 10 biji )
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan letakkan sos td diatasnya.
Bolehlah dihidangkan.

Ahad, 15 Februari 2015

Creme Brulee kali kedua...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Disebab banyak lebihan telur kuning lebihan buat pavlova yang ditempah, duk terpikir nak buat apa dengan lebihan ini. Kali ini merupakan kali yang kedua Cheq da mencuba resepi ini. Memandangkan semua bahan ada terlintas la nak membikinnya. Yang makan cuma Cheq da dan anak lelaki Cheq da juga. Nak-nak bila disimpan dalam peti ais dan dimakan dalam keadaan sejuk. Memang lemak2 manis rasa. Tapi tak boleh makan banyak-banyak takut kolestrol.




Resepi :  Creme Brulee Sumber : whatscookingamerica.net


Bahan2 ( 6 bekas remekin saiz medium )

6 biji kuning telur - dr fridge 3 tbsp gula pasir halus 1 1/2 cwn u.h.t whipping cream - dr fridge 4 tbsp gula pasir halus - tuk topping dia sedikit esen vanila


Cara2

1. Panaskn oven pd suhu 180'C & griskn remekin 2. Pukul kuning telur hgga pekat
 3. Masukkn gula & pukul lg hgga gula larut sepenuhnya
 4. Masukkn u.h.t whipping cream & esen vanila. Kacau sebati
5. Tuang dlm remekin hgga 3/4 penuh. Masukkn remekin ke dlam loyang. Masukkn air panas dlm loyang hampir sama paras dgn adunan creme brulee
 6. Bakar selama 30 minit. Bakar hgga bahagian tepi dh masak. Bahagian tgh mmg akan bergoyang (jiggle) sedikit bila remekin digerakkan
  7. Keluarkan dr oven & biar creme brulee dlm loyang air panas hgga sejuk pd suhu bilik. Sejukkn creme brulee sekurang-kurangnya 4 jam
8. Taburkan gula pasir halus pd setiap creme brulee & bakar guna torch. Kalau xde, buat je la gula hangus cam nk buat puding karamel tu. Pastu tuang je gula hangus tu ke atas creme brulee..(cam akak buat la... hehehe...) bleh je. Tp kn buat camni kena cepat ratakan sbb gula tu cepat keras. Tu yg gula hangus yg akak buat kt atas creme brulee ni x rata & nipis

untuk melihat step by step dari blog yang cheq da copy bolehlah link KE SINI...terima kasih sebab sudi berkongsi resepi.
 

Pau Kukus Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pau kukus simple...intinya cheq da buatkan inti kelapa gula melaka. Bila teringin apa2 pun simple jea...layan. 


Pau kukus simple
 Bahan-bahan:
  •     3 sudu minyak masak
  •     2 cawan tepung gandum
  •     2 sudu yis mauripan
  •     2 sudu susu pekat manis
  •     1 sudu gula
  •     1/2 cawan air suam
  •     sedikit garam

Cara-cara:
  1.  Masukkan yis, air suam dan gula  kedalam satu  bekas. Kacau dan biarkan 10 minit sehingga berbuih.Ketepikan.
  2. Gunakan bekas lain masukkan tepung gandum, susu pekat minyak masak dan sedikit garam. kacau seketika.
  3. Masukkan campuran yis tadi. Uli hingga menjadi doh, kemudian bentukkkan bulat.
  4. Biarkan hingga doh naik. Tutup dengan plastik.
  5. Leperkan doh, masukkan inti. Biarkan dia mengembang lagi.
  6. Kukus pau tersebut selama 10 minit. Siap

Sabtu, 14 Februari 2015

Order 2015: Yovanesh 1st Birthday

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan cupcakes coklat untuk Yovanesh sempena sambutan yg pertama. Cupcakes ini ditempah oleh guru sekolah Cheq da iaitu Puan Dineswari. Kek ini adalah untuk sambutan anak buahnya yang pertama. 30 biji cupcakes ditempahnya dan dibawa turun ke Ipoh.




Terima kasih sebab sudi menempah dengan Cheq Da.

Jumaat, 13 Februari 2015

Order 2015: Tempahan untuk Ikhwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan seterusnya yang diterima dari pengasuh Cheq Da iaitu Kak Zah...
mini pavlova sebanyak 50 biji dan sebiji kek coklat untuk makan2 sempena hari lahir anaknya bongsunya. Kalau tak silap Ikhwan dah masuk 10 tahun.






Terima kasih kerana sudi order dengan  cheq da..
Kalau ada terlebih atau terkurang minta halal.