Halaman

Ahad, 29 Mac 2015

Mee Udang Di Kuala Sepetang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Yang ni kiranya nak menyambung n3 yang semalam la. On da way nk naik ke CH...kami telah menjamu selera di Mak Jah Mee Udang...
Group kami ada yang order kuew teow special dan juga mee special. Cheq da just order mee udang special dan juga Abc. Kawan-kawan yang lain ada yang order air kelapa.


Ni ada suasana di kedai Mak Jah...orang yang datang tak putus singgah di sini.


Air kelapa pandan rm5 satu.


Ini dio mee udang Cheq Da. Sebenarnya cheq da tak tahu mana yang specialnya...agak2nya ada 5 ketul udang saiz xl la kot. Semangkuk rm13...yang biasa rasanya dalam rm9 kot..dah lupa..


ABC plak diorder dari kedai yang berlainan..Rm3 untuk satu bekas...
So makan rasa ok lah..semua sekali untuk bilnya jadi rm16 tapi kalau yang makan mee campur air kelapa jadi rm18 seorang.
Bye..tu jea cerita di malam hari...



Sabtu, 28 Mac 2015

Parit Buntar...Pasar Kemboja

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cerita hari minggu...geng2 mak kiah kali berpakat nk ke Pasar Kemboja di Parit Buntar.
Perancangan dari minggu sebelum cuti lagi...mula2 cukup van 10 orang. Last2 jadi 8 orang.
Hari ni kejadiannya..Cheq da bertolak pukul 4.30 pagi dari Cameron. Bangun seawal pukul 3.45 pagi. Tak angkut pun family cuma dengan kekawan jea.

Hari ni turn suami la yang jaga anak...kami bersembahyang subuh di perjalanan. Rupa2 jauh juga pasar ini. Sampai di sini dalam pukul dekat2 pukul 9 pagi.




Antara barangan yang banyak dijual di sini ialah pakaian dan juga tudung. Semuanya boleh dikatakan murah dalam area rm50 hingga rm60. Tudung celup pun murah2 jea...Cheq da rembat juga la sepasang baju dan tudung.



Kedai kat cni berderet2...byk plak tu...sampai mabuk nk pilih yg mana...last2 xbeli byk pun..beli sikit2 untuk anak.


Rombongan cik kiah semua ini tak tahan panas...maklumlah orang Cameron.


Ni makan dulu sebelum ronda...yang ini semua Kak Nor yang belanja makan sempena birthdaynya yg ke50 kot. Masa taip ni sedang bertolak pulang...masih dlm van...siap jgk 1 n3..nk singgah dulu di Kuala Sepetang mkn mee udang plak..

Khamis, 26 Mac 2015

Hadiah daripada Boss...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni..tunggu turn nk fotostat..bos panggil masuk biliknya. Katanya nk bagi sesuatu..ole-oleh dari Australia. Puan Pengetua ni selalu ke Perth sebab anak2 semua dah stay kat sana...masing-masing semua belajar kat sana. Anak perempuan dia yg kedua pun dah kahwin dengan orang sana jugak. So selalu ulang-alik ke Perth ni.


Mulanya tak tahu pe benda ni...bos cakap roller nk buang debu ke pe2 di kot baju kita...hihihi..Cheq da kot pun ada satu jea pun..hihihi..
Katanya dia beli xbyk pun..hanya yg terlintas kat fikiran dia bagi...maknanya Cheq da ni dlm onlist juga la...Terima kasih sebab sudi bagi...

Rabu, 25 Mac 2015

Kampungku..segalanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cheq da sememangnya berasal dari kampung..nak kata jauh dari bandar tu tak delah..kalau berkereta dalam 15-20 minit dah pun sampai di Bandar Kota Bharu..balik hari tu terdetik nak merakam gambar kenangan kampung Cheq da ini..macam boleh dilihat di sekeliling rumah ini. 


Pokok kelapa ni sebenarnya arwah datuk yang tanam..siap buat kebun lagi..buah2nya dah lama dapat hasilnya..dalam perkarangan pokok kelapa tu ada rumah kakak cheq da yang no.2.

 Rumah yang 3 tahun berubah wajah..dulu rumah papan jea..lepas arwah abah meninggal..ma cheq da upgradekan rumah ini..jadi la cam ni. Rumah inilah menjadi tempat kami adik-beradik membesar dan berkumpul sampai sekarang.

 Binatang-binatang belaan yang dibela oleh ma dan nenek Cheq da..

 Angsa ini plak dah pandai nak sudu-sudukan tuannya la plak..

 Itik ini plak dah dibela dari tahun lepas lagi...sekarang ini dah bertelur banyak..sampai dah buat sampai beratus2 dah jeruk telur itik. Itik-itik ini plak demand kemain..kalau diberi makanannya tak mau nya dimananya...nak bagi makan mesti dicampur dengan nasi yang dimasak bersama-sama dengan makanannya.

 Ini plak anak-anak itik yang baru dibela..letak berasingan takut dipijak oleh geng2 itik yang dah dewasa tu.
Macam comel la plak si itik gedek2 ini.

 Last sekali nak cerita pasal si Miau2 ini...Sebenarnya ma Cheq da tak membela kucing ini sebab kami semua tak suka dengan kucing. Tapi kucing ini adalah dalam 4-5 ekor duk berkeliaran di luar rumah. Selalu diberi makan..kesian la plak kucing terbiar ini..janji tak masuk rumah pun kira dah ok.

Oklah tu jea perkongsian untuk hari ni..

Selasa, 24 Mac 2015

Order 2015: Pandan Layer Cake 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera
 Order pertama diterima iaitu kek pandan layer yang diorder oleh Kak Rohana..merangkap jiran Cheq Da. Sebenarnya kali pertama dia tempah kek ini dengan Cheq Da untuk makan-makan bersama-sama dengan dia geng..Selepas dia ambil kek..malam tu dia masej Cheq da..Alhamdulillah sedap katanya dan nak repeat order lagi..




Terima kasih sebab sudi order dengan Cheq Da... 

Isnin, 23 Mac 2015

Order 2015: Tempahan SJKT Blue Valley

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru berkesempatan nak update blog...lama jugak menyepi..bukan apa line internet di kampung sangat slow dapat terima masej masuk jea..yang buka yang lain2 tak dapek.

Oklah pemanas cerita selepas cuti..update order yang diterima dari SJKT Blue Valley yang tak pernah termiss order dari tahun lepas. Sekali lagi tq kepada Cikgu Azizan yang menjadi perantara antara kami..jom layan jea..2 biji kek ini..



KEK SPAN BLUEBERRY 1KG



KEK SPAN PANDAN 1KG

Terima kasih kerana masih lagi menyambung order dalam tahun ini.

Rabu, 18 Mac 2015

Ww...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Biarlah gambar berbicara...



Terlebih garing dek kerana sikap pelupa suamiku...

Ahad, 15 Mac 2015

Cuti ku tuh di sini....

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mood bercuti...
N3 seterusnya..
kedian yea..



P/s: Jalan-jalan..lepak lepak...

Khamis, 12 Mac 2015

Minggu sibuk...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alahai...lama tul xupdate blog...kekangan masa dan gambar masih dalam dslr...tu yang jadi makin malas.
Sekolah plak sibuk dengan marking paper kertas soalan pelajar...yang lebih penting semua perlu dimasukkan markah sebelum 24hb nanti.


Hari ni sebab tak de cerita tapek jea gambar anak2...dengsn baju renang mereka...
Baju baru sampai semalam...beli online..
Memang seronok sangat depa berdua...
Duk sibuk tanya bila plak nk pergi mandi kolam.


Khamis, 5 Mac 2015

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Join giveaway la...hadiah pun best
Nak join sekali...boleh klik banner ni...atau tgk jea syarat-syarat di bawah banner ini. Terima kasih kepada penganjurnya.
Tak menang xpe janji boleh cari kenalan baru.




Syarat-syaratnya mudah jer :


:: Buat satu entry bertajuk FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

:: Copy banner diatas dan backlinkkan ke entri ini.

:: Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

:: Pemenang seramai 20 orang akan dipilih melalui Random.org.

:: Giveaway ini akan berlangsung dari 5 Mac - 25 Mac 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)

:: Senarai Hadiah ::
Shawl × 3 pemenang
Purse comel × 2 pemenang
Frame gambar × 2 pemenang
Note book + pensel × 3 pemenang
Keychain × 3 pemenang
Fridge Magnet × 3 pemenang
Sheseido Mask (3) × 2 pemenang
Top up RM5 × 2 pemenang

Isnin, 2 Mac 2015

BLACK BEAUTY CHOC CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni kongsi kek yang dibuat untuk anak-anak. Dah lama si kakak nk kan kek frozen. Bila buat kek terasa lepas beban janji dengan diorang. Edible ni ditempah dengan kek yang ditempah oleh Atikah dulu. Lepas buat ni melompat2 anak2 suka sebab boleh tiup lilin dan potong kek walaupun birthday lambat lagi.




Kali ni guna resepi  lain untuk koleksi kek coklat ni..
cuma kek ni cheq da cover dgn cream cheese dulu sebelum dicurahkan ganache...nk suruh sedap lagi..


BLACK BEAUTY CHOC CAKE
by: Maklang's Azie
sumber : chef Zubaidah


Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder

Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur

Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
1/2 cwn tpg jagung
2 sudu besar majerin/ butter

Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.

Gelagat kakak dan adik bila dapat tiup lilin. Tunggu baba sampai dari kg jam 10 malam baru boleh potong. Nak suruh tunggu babanya.

BLACK BEAUTY CHOC. CAKE sumber : chef zubaidah copy dari Blog Mak Lang Azie Oleh; Dapurmamasya BHN A 2 cwn tepung gandum/superfine - guna tpg gandum ¾ cwn serbuk koko 2st soda bikarbonat 2st b/powder BHN B 2 cwn gula castor 1 cwn susu cair 1 cwn myk masak @ butter dicairkan- guna minyak jagung 1 cwn air panas suam 1sb emulco 3 biji telur Cara Ayak Bhn A, ketepikan Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje) Masukkan Bhn B dan gaul rata Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah. Guna loyang 8x8 nota dapurmamasya bakar api bawah saja 175'C selama 45-50 min/hingga masak.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
BLACK BEAUTY CHOC. CAKE sumber : chef zubaidah copy dari Blog Mak Lang Azie Oleh; Dapurmamasya BHN A 2 cwn tepung gandum/superfine - guna tpg gandum ¾ cwn serbuk koko 2st soda bikarbonat 2st b/powder BHN B 2 cwn gula castor 1 cwn susu cair 1 cwn myk masak @ butter dicairkan- guna minyak jagung 1 cwn air panas suam 1sb emulco 3 biji telur Cara Ayak Bhn A, ketepikan Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje) Masukkan Bhn B dan gaul rata Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah. Guna loyang 8x8 nota dapurmamasya bakar api bawah saja 175'C selama 45-50 min/hingga masak.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Ahad, 1 Mac 2015

Cinnamon Roll lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Cinnamon roll salah satu roti kegemaran..tak jemu walaupun duk ulang resepi yang sama.




Cinnamon Roll
oleh: yani
 Bahan-bahan ( 10 biji )
  • = Bahan utk Roti =
  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air (suhu badan)
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • -----------------------------------------------------
  • = Filling =
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik
  • -----------------------------------------------------
  • = Icing =
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen

Cara-cara

  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  9. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.