Rabu, 30 September 2015

Order 2015:Tempahan semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima tempahan semalam untuk sambutan birthday girl. Anak kepada cikgu sekolah suami. Suami msg dalam pukul 2.00 bertanyakan boleh tak buat kek untuk esok. Memandangkan xde pe2 kerja terus on jea. Aktiviti sekolah bahagian petang pun xde..kira blk awal jgk la semalam.





Kek span blueberry dengan filling blueberry seberat 2 kg. Harap puas hati.
Tq sebab sudi order. Deco pun simple jea..maklumlah nk cepat.

Selasa, 29 September 2015

Raikan Cinta Ariff dan Aqlili

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bertemu lagi di n3 kali ini. Hari ini nk kongsikan sedikit cerita mengenai perkahwinan sepupu Cheq da sebelah ibu. Kenduri yang kedua oleh Mak saudara Cheq Da. Beberapa tahun yang lalu hanyalah majlis menyambut menantu. Tapi kali ini kedua anak perempuan. Sememangnya meriah...ibarat kata semua makanan sold out...sehingga malamnya plak Mak saudara terpaksa masakan yang lain.



Malam akad nikah diadakan pada malam Sabtu iaitu pada 19.9.15. Malam ini pun dah meriah dengan saudara mara. Cheq da sampai dalam pukul 8.00 malam. Majlis perkahwinan plak diadakan selepas isyak di rumah kediaman.
Bila dah selesai kedua2nya...akhirnya mereka selamat bergelar suami isteri.


Ini plak gambar Cheq Da adik beradik interpem dengan pengantin. Dua orang kakak Cheq Da iaitu Kak La dan Kak Leen.
Keesokannya pula majlis resepsi pula diadakan. Cheq Da sampai waktu majlis. Majlis persandingan bermula jam 11.00 pagi sebab bila lewat petang takut hujan plak.
Oklah biarlah gambar berbicara la yea.


Gambar Cheq Da bersama pengantin...


Anak2 dan anak2 buah juga turut serta bergambar.


Barisan ibu saudara dan juga ibu Cheq da dan nenek saudara.


Sewaktu persandingan..


Batrisyia dan si Aisyah dan Nurin...



Sebenarnya sempat lagi buat cupcakes yang qili order dengan Cheq Da 100 biji. Nasib sempat sebab serba salah nk menolaknya. Qili dah minta tlg untuk sediakan utk diberi tetamu lelaki.
Doa Cheq Da semoga kedua mempelai hidup bahagia hingga akhir hayat. Kedua2 terpaksa berjauhan sebab seorg mengajar di pedalaman Kelantan dan Aqili plak di pedalaman di Bintulu. Arap cinta mereka semakin jauh semakin rindu hendaknya.

Isnin, 28 September 2015

Order 2015: Tempahan di Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masa cuti di kampung. Kebetulan kakak Cheq Da ada perjumpaan bekas pelajar sekolahnya. Dia order kek dengan Cheq Da. Jadi masa cuti angkut la sekali peralatan baking kek. 2 biji kek telah dibuat iaitu kek royal pistacio.





Susah cikit nk buat kek di kampung kalau guna fresh cream berbanding cameron highlands. Kena pandai adjust kesejukkannya. Alhamdulillah kek ini masih dapat diset dengan cantik. Kebetulan perjumpaannya hari raya kedua. Mlm raya pertama tu terus baking sampai siap pukul 12.00 malam.
Esoknya kek berkeadaan elok dan dapat pujian la plak dari member2 kakak.
Tq kepada Kak La sebab sudi order dengan adik tersayang ni...

Jumaat, 18 September 2015

Balik kampung....

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Balik kampung dah hari ni..maklum lah dah cuti sekolah. Esok pun dah mula rewang2 untuk kenduri sepupu pada hari Ahad nanti.
Cuti ni plak ada 2 kenduri. 1 lagi yang adik ipar selepas raya.


Bunga ini plak nk di bawa balik untuk kenduri sepupu. Terima kepada Pak Su Loh iaitu adik kepada Mok Ja yang sudi mintak dengan abg bangla kat sana...cukup suka la bila nk kahwin ada bunga fresh kan.

P/s: Tak sempat nk mengupload n3 sebab sibuk dengan order..alhamdulillah

Isnin, 14 September 2015

Selamat Hari Lahir Haziq

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni merupakan hari lahir anak Cheq Da yang kedua iaitu Luqman Haziq yang ketiga.
Semoga adik sentiasa membesar menjadi insan yang soleh dan taat kepada perintah Allah...In sha Allah


Tahun ni adik dapat 2 biji kek sempena birthday ini...untung betul kalau boleh buat kek sendiri kan..n3 penuh nti lain kali yea.

Jumaat, 11 September 2015

Order 2015: Kuih Seri Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi cerita semalam..tiba-tiba jea setuju nk buatkan kuih seri ayu yang ditempah oleh Kak Siti. Tak sampai hati plak bila dia nk lama bertanya pasal kuih ini. Dulu-dulu ada la juga buat untuk order..tp kuih2 ni leceh sedikit berbanding dengan kek. Tapi terima la juga...bersilap di dapur dalam pukul 8.30 malam sampai pukul 11.30 malam semuanya selesai. Kalau ikut boleh siap sekejap jea tapi sebab 12 biji jea acuan yang guna..maka lama la plak makan masa. 50 biji semua...yang lebih bawa ke sekolah dan makan2 di rumah.



Terima kasih kepada Kak Siti sebab order.

Rabu, 9 September 2015

WW...avocado

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Fresh from Cikgu Amar tree at Cameron Highlands.
Tgh berpikir nk bikin apa yea..

Sabtu, 5 September 2015

Meroti lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sejak balik dari kelas roti minggu lepas..hari ni baru berkesempatan nk menguli roti uli tangan. Hari ini cuba plak sweet bun. Ternyata sekejap jea doh dah licin. Memang duk fikir-fikir nk buat roti sarang lebah sebab si adik suka sangat makan roti ni. Alhamdulillah hasilnya memang mantap. Bila dah tahu tekniknya kalah breadmaker..hihihi


Doh yang dibuat bulat dan sebelum dibakar...montok2 nmpknya.


Selepas dibakar...


Selepas diletakkan topping butterscoth...ternyata mmg uummph la. Terima kasih sekali lagi kepada kak ina...imunya sangat bermakna.
Lebih bermakna suami menarik satu persatu roti ni suap ke mulut. Ini lagi semangat nk meroti lagi.

Khamis, 3 September 2015

Resepi Pizza..bermacam-macam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sapa suka makan pizza?. Ada yang teringin tak...biasanya resepi pizza...cheq da cuba dr pelbagai resepi. Resepi yang ni plak lupa dari siapa Cheq da cedok. Layan gmbr jea la yea...



Masa buat pizza ni dah berbulan sebenarnya. Baru nk keluar n3. Mingggu lepas pi kelas roti kak ina ada juga belajar doh pizza uli tangan. Telah dicuba kemarin. Hasilnya pizza telah gebu gabas walaupun dah sejuk.


Pizza ni tak meriah..just taruk peperoni tp sedap walaupun plain. Uli tangan xsmpai 5 minit doh dah pun licin. Masa pun jimat. Guna breadmaker pun 1 jam 30 minit baru jadi doh. Ok layan jea yea.

Rabu, 2 September 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...