Halaman

Khamis, 19 Mei 2016

Layan jea...

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah...layan jea patin masak tempoyak.
Fresh dari Temerloh.



Resepi telah tersedia ada dlm blog ni....

Rabu, 18 Mei 2016

WW: Mood Exam Pertengahan Tahun

Assalamualaikum w.b.t



P/s: sejuk dingin jea...dari semalam hujan...

Selasa, 17 Mei 2016

Sambutan Hari Guru 2016: A go go

Assalamualaikum w.b.t
Semalam dah selamat berlangsungnya sambutan Hari Guru Semekar. Rasanya ni baru tahun pertama disambut pada tanggal 16 Mei...kalu tidak bln 6 atau bln 7 baru disambut sebab tak nk ganggu pelajar exam. Tapi tahun dengan Pengetua yg baru...dia minta kosongkan tarikh ini daripada sebarang exam untuk memeriahkan sambutan tahun ni.

Tema tahun ni...Retro 60an dan 70an. Pada mulanya agak susah nk mencari baju untuk tujuan retro ni. Tambah perut dah pun makin membesar. Beli baju besar dan skrit petak2 jea.


Bila hari kejadian...cikgu cikgi memang tampil dengan gaya masing2. Memang seronok habis. Pelajar pula turut sama membuat persembahan dengan pelbagai lagu versi a go go. Memang kelas rasanya. Gimik pula dengan sebiji vespa dan juga basikal tua yg ditunggang oleh Pengetua sendiri.


Cikgu2 laki pun bermake up habis untuk pegang watak Sarip Dol Kampung Dusun.


Cikgu2 perempuan pantang bergambar...sedar tak sedar pukul 2 baru boleh makan sebab masing2 dan kebulur dah. Lagipun turut diadakan jamuan potluck untuk guru2. Pelbagai juadah dibawa oleh guru2.


Nmpk kembang semangkuk dah body. Tudung datang berbelit di sekolah nk timbulkan aura 60 dan 70an.


Back drop masing2 sakan bergambar..masing2 jelas hilang rasa stress seketika dengan gelak ketawa pelbagai gaya. Persembahan guru juga turut happing dengan lagu retro disco dancer...di tepi pantai..dan juga lakonan Cikgu Saari dan Cikgu Norkiah dalam cerita Masam Masam Manis.


Tu dio berselfi sendiri..spek pun cover 2 tkt xnmpk..besar spek ni..sapu kat Maidin jea..rm10..
Blk2 rumah memang kepenatan semuanya.
Pukul 5 plak diadakan jamuan Hi tea dengan menu steamboat dengan makan sampai kenyang tanpa limit di Abang Strawberi...first time datang sini..serius semua sedap..

Oklah muga berjumpa lagi dengan sambutan hari guru untuk tahun depan. Tu pun kalau masih di Semekar.

Sabtu, 14 Mei 2016

Muzeum 3D Penang...

Assalamualaikum W.B.T

Kongsi gambar lama..bulan Disember tahun lepas..ke Pulau Pinang. Tak merancang,sebab ada gap jaga exam terus pilih Penang untuk habiskan cuti 2 hari. Gambar di Muzeum 3D yang terletak di Padang Kota. Syok jgk bergambar di sini..cuci2 mata yea.

















p/s: ada masa..nanti pi melawat tempat 3D yang lain plak.

Isnin, 9 Mei 2016

Katering Nasi Berlauk Kelantan suka-suka

Assalamualaikum w.b.t
Hari ini nk kongsi pula pasal katering nasi berlauk Kelantan. Tapi buat bukan untuk ramai pun hanya lah untuk 20 orang saja. Ini pun kebetulan nk tlg member yang datang ke CH nk kan nasi berlauk ikan tongkol.  Kalau kat CH susah nk dapat masakan Kelantan. Nk kata boleh masak tu..saja try try jea. Seronok juga dapat bungkus nasi cam ni.



Lauknya bersama kuah dibungkus asing supaya senang nk bungkus.



Satu periuk gulai ikan tongkol ini dengan 5 ekor ikan.


Lauk sampingan...telur dadar goreng. Penambah lauk simple2.



Yang ini plak yang dah siap dibungkus untuk dibawa ke hotel yg member menginap. Bersama-sama dengan satu bungkus air dan sebungkus nasi...budjet harga rm5.00 untuk satu kepala. Alhamdulillah.

Ahad, 8 Mei 2016

JJCM: Restoran Pohon Jati

Assalamualaikum w.b.t
Cerita hari ini mengenai Restoran Pohon Jati yang kami singgah semalam. Terletak di sebelah stesen minyak Petronas dan kedai pakaian Hari-hari. Kalau dari tranfic light Kuala krai menuju ke Kota Bhatu memang boleh nmpk lokasinya. Restoran ini menyediakan menu roti canai dan masakan panas. Rata2 yang singgah di sini pekena roti canai. Kami pun sama order jea 4 biji roti kosong. Kami semua tak minat makan roti telur atau lain2 perisa.


Sampai2 jea..meja kosong tinggal 1 jea..tu pun orang baru jea berlalu. Maka kami berdepan dengan tempat pembikinan roti canai. Terlihat 2 orang yg menebar roti dan 1 yg masak..memang xberhenti menebar.



Rotinya sangat sedap dan lembut. Sambalnya plak ada 3 jenis iaitu kari ikan, dal dan juga sambal bilis. Kesemua pencicah ini diletakkan di atas meja dan tidak terhad. Customer boleh menambah sesuka hati mereka.


Cheq da lebih suka dal cmpur sambal bilis. Memang terangkat.


Panas2 order teh ais dan milo serta kopi ais menyejuk tekak. Harga untuk 3 jenis air dan 14 biji roti kosong sebab tapau 10 keping di bawa blk dalam rm21.00. Tak mahal sangat dan berbaloi2.

Isnin, 2 Mei 2016

Sardin Noxxa

Assalamualaikum w.b.t
Homemade sardin by noxxa. Tak sangka dapat buat sardin sendiri. Rasanya pula tak ubah mcm dalam tin. Tp kesegarannya lagi segar kot dari tin biasa. Sebenarnya membuat buat dalam awal tahun ini. Dah 2 kali buat dengan resepi yang sama. Suami plak suka. Tu yang terlebih suka buat sendiri.



Yang dalam pinggan ini yang sedang dimasak dari sardin homemade. Yang ini Cheq Da tumiskan dan masukkan bawang besar, cili padi serta sedikit kicap untuk membangkit rasa. Garam dan gula tidak dilupa untuk menambah perasa.


Yang ini plak selepas siap di hp kan selama 75minit dengan noxxa. Boleh disimpan di bahagian freezer. Nanti nk mkn..nyahbekukan dan tumis lah cam biasa.
Copy n paste dari blog Jendela dapur Suriati.

Homemade Sardine (periuk Noxxa)
Oleh : Surianti Ramli
1 kg ikan sardin segar - potong kepalanya, buang isi perut dan diperah limau. Biar sebentar untuk menghilangkan hanyir ikan. Cuci bersih.
1/2 tin tomato puree
1/2 botol cili sos
1/4 cawan air
Cara :
Masukkan semua dalam periuk dan set highpressure 75 - 90 minit.
Tunggu sehingga masa tamat dan berbunyi beep beep.
Lepaskan tekanan dan buka tudung periuk. Off kan plug.

Ahad, 1 Mei 2016

Air jagung..menyegarkan

Assalamualaikum w.b.t
Minuman yang menyegarkan di musim panas...bila masuk ke tekak..nyamannya rasa.



Air Jagung
By: cheq da

Bancuhkan air perasa jagung dengan sedikit gula dan susu pekat manis. Rasa kemanisan mengikut tekak anda. Campurkan dengan jagung manis dalam tin...agak2 nk byk boleh letak byk..Akhirnya campurkan dengan air batu..
Boleh dinikmati...