Halaman

Jumaat, 28 Oktober 2016

Baby Nur Aqeela...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dah masuk 15 hari tempoh berpantang. Alhamdulillah juga baby Aqeela tak banyak perangai. Menangis hanya mahukan susu sahaja...kalau tak tido jea memanjang. Senanglah umi kalau tak banyak perangai.
Sekarang barulah berkempatan nk update blog. Maklumlah dalam keadaan cam ni banyak benda kena buat..dulu anak seorang masih takpe..ni anak dah 3 macam2 perangai la plak. Banyak benda yang nk diurus. Nasib si kakak dah dibawa babanya ke CH sebab bersekolah...tinggal si Haziq bersama2 dengan Cheq da. Dah dapat adik ni nakal la plak..maklumlah 4 tahun bezanya dengan si adik. Selalu nk ambil perhatian la plak.
Sepanjang tempoh berpantang ni. Baby Aqeela tak terkena kuning. Alhamdulillah sehari jea pi check di klinik semasa umurnya 3 hari. Total bilirunbin hanyalah 87 sahaja. Lepas tu terus tak pyh ke klinik. Agak2 dia tahu tak de sapa nk pi hantar ulang alik ke klinik ko sebab semua orang sibuk.


Bersalin tepat 8.40 malam...gmbr ni 2 jam keluar dari perut uminya.



Pagi esoknya...belum sampai 24 jam lagi...masa ni menunggu dokumen2 dari doktor sebab dah boleh balik ke rumah.



Setelah beberapa hari...masa ni masih rasa gerun sebab pusatnya masih ada lagi. 10 hari barulah pusat luruh. Pe2 pun dah makin tembam sebab kuat menyusu..

P/s: Bila dah keluar ni rasa kejap jea sehari2...diam tak diam dah pun 15 hari.

Isnin, 17 Oktober 2016

Alhamdulillah...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selamat sudah melahirkan baby girl pada 13.10.2016 yang lepas.
Bermacam benda yang ditanggung sebelum lahirnya Nur Aqeela ini....n3 penuh kedian yea..


P/s: masih rasa kesakitan...huhuhu..nk taip n3 pun tak boleh nk pk apa nk ditaip...

Isnin, 10 Oktober 2016

Good Luck calon PT3 Semekar 2016

Assalamualaikum w.b.t
Walaupun tak dapat bersama di saat akhir...harap semua calon PT3 tahun dapat laksanakan dgn baik. 2 kelas BM yang Cheq Da ajar...satu kelas yang terpandai dan 1 kelas lg yang tercorot. Harapan lebih ramai yang boleh mendapat A untuk subjek BM ni.
Sebagai SUP PT3 juga...semua perkara yg disettle sebelum bercuti harap agar diuruskan dengan baik oleh KSU iaitu Cikgu Yusof.
Tahun ni pun 3 orang anak buah yang mengambil peperiksaan PT3. Harapan semuanya dapat menjawab dengan baik. In sha Allah.

P/s: esok dah due date bersalin..tp belum nmpk tanda2nya lg..Ya Allah...mintak2 lah dipermudahkan dengan kelahiran ke3 ini...Aamin...


Sabtu, 8 Oktober 2016

Tanda-tanda bersalin

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni share sedikit info...copy n paste jea pun...

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. 

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadapkesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda. 

Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. 

Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:

Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda. 

Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?

Ini bergantung kepada:
  • waktu ia berlaku;
  • apa yang anda suka lakukan;
  • bagaimana perasaan anda.

Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.

Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.

Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itumakan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.

Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasanuntuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan sakit bersalin?

Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula atau sebaliknya melalui pemeriksaan.

Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan anda mungkin rasa sakit belakang.

Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedahmenangani peringkat awal di rumah sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atauurutan untuk melegakan kesakitan.

Bolehkan saya tahu jika saya akan bersalin dalam masa terdekat?

Mungkin. Tanda-tanda hendak bersalin termasuk:
  • Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebihkerap membuang air kecil.
  • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  • Pembuangan najis lebih mudah.

P/s: Setakat ni xde tanda2 lagi..lagi 4 hari due date..Ya Allah mohon dipermudahkan segalanya...

Rabu, 5 Oktober 2016

Menghitung Hari...

Assalamualaikum w.b.t
Lama tul nk buat n3 dalam blog ni. Bukan apa..minggu ni Cheq Da dah start cuti dah. Ambil seminggu awal. Tadi baru jea blk klinik selepas tranfer dr Klinik Kg. Raja,CH. Mujur misi-misinya yang masih lama lg. Semua kawan2 kakak Cheq da. Orang kata nk menunggu masa ni yang tak tahan ni...menghitung hari. Kalu ikutkan dah masuk 39 minggu dah tp biasa la Cheq da jenis lewat dari due. Harap dipermudahkan OlehNya...Aminn...


Tayang gambar si Haziq...Hari Isnin lepas pi cari basikal untuk dia.memandangkan cuti lama di Kampung...bolehlah di buat main-main.

P/s: Risaunya nk bersalin...tanda2 pun belum ada lagi..huhuuu