Isnin, 29 Februari 2016

Order 2016: Kek Birthday Sofia

Assalamualaikum w.b.t
Malam kongsi plak order kek yang kedua. Kek ini ditempah oleh kak yati untuk anaknya yang menyambut birthday pada 31.12 yang lalu. Kek ini dibuat pada hari yang sama dengan kek mok ja. Cuma kak yati ini orang yang kedua...so kek kedua la.





Mulanya nk letak gambar Sofia The First tp xsempat nk cari edible. Belasah jea pe yang ada.
Terima kasih sebab sudi order.

Order 2016: Order yang pertama

Assalamualaikum w.b.t
Kek yang pertama diorder pada tahun 2016. Tempahan diterima dari Mok ja. Mok ja ni merupakan pengasuh bagi anak2 kami yang tinggal di kampung raja.
Kek pilihannya ialah kek span coklat.





Tq sebab menjadi orang pertama yang order dengan Cheq da...sempena pembuka tirai 2016.

Ahad, 28 Februari 2016

Tuna Bun...

Assalamualaikum w.b.t
Di petang Ahad..saja nk menayang tuna bun yang sedap dan marvelous ini. Nikmati ketika panas lagi sedap...hirup plak dengan teh panas..memang menyelerakan..Cheq da kalau rajin..ambil la order roti...tapi sekarang terpaksa stop seketika sebab asyik pening lalat jea.






Alangkah indahnya ciptaanMu 2

Assalamualaikum w.b.t
Share photoshot dari Cheq da...hujung tahun 2015 di Cameron. Masa ini bawa kakak yang datang melancong ke Ch..so rebut peluang..kalau tak memang confirm tak berjalan...lokasi di ladang Teh Boh di Ringlet dan Big Red Strawberi di Brinchang.












Jumaat, 26 Februari 2016

Sukan Semekar 2016

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni berakhirlah episod sukan tahunan Semekar 2016. Minggu depan dah mula untuk ujian Up1 untuk semua tingkatan.
Berkongsi kegembiraan pada hari ini...Akhirnya Rumah Beta tahun ni berjaya merangkul Johan bagi sukan tahunan ini. Semangat pelajar2 beta tahun ini dapat memenangi acara rentas desa yang lepas dan sukan ini. Memenangi 20 pingat emas pada tahun ni...Harap tahun depan masih lagi boleh mengekalkan kejuaraan ini. Beta The Power.









Di sini..Cheq da kongsikan sedikit gambar semasa kejohanan sukan ini. Semua dirancang dalam masa yang singkat.

Jumaat, 19 Februari 2016

ORDER 2016:Kek Persandingan Adik Ipar

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nk tayang plak kek persandingan adik ipar sewaktu majlis menyambut menantu pada 9.2.2016 yang lepas. Malas nk menaip panjang-panjang. Kek 3 tingkat ini dengan 3 perisa yang berbeza. Khas dihadiahkan kepada pengantin.






Ini plak pelamin...kerusi bersanding siap ada seat car lagi...rupa-rupanya trend sekarang rupanya...jiwa orang muda..lain cikit.


Cucu-cucu duk sibuk bergambar...sebagai kenangan

Selasa, 16 Februari 2016

Order 2016:Kek Hello Kitty Damia

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya kek ini bukan kek yang pertama diorder di tahun baru. Koleksi kek yang lain masih dslr. Kek ini diorder semalam oleh Puan Risha untuk anak perempuannya. Nakkan kek Hello Kitty. Tampal edible terus kebetulan masa nk order tengah beli barang di kedai kek.




Terima kasih sebab sudi order.


Jumaat, 12 Februari 2016

Siakap Masak Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Copy paste dari Selera Melayu...




bahan2nya

1ekor ikan siakap...
2 sudu besar sos cili..1 1/2 sudu besar air asam jawa..
1 sudu besar gula..
garam secukup rasa.. 
minyak untuk menggoreng & menumis..

(bahan kisar)
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar...
1 ulas bawang putih.. 

(bahan hiris & potong)
1 biji bwng kuning/bwng besar...(dipotong dadu)
1 biji cili merah ..(dibelah dua & dipotong)
6 biji cili api..(dipotong bulat)
1 batang serai...(dihiris)

(cara2nya)
lumurkan ikan dengan garam & kunyit.. 
panaskan minyak....goreng ikan sehingga garing...
setelah itu diangkat & diletak diatas pinggan & diketepikan...

tinggalkan agak dalam 5 sudu besar minyak....
tumis bahan kisar sehingga garing& naik minyak....
kemudian masukkan bahan hiris & potong..
masukkan sos tiram..sos cili..gula..garam..& air asam jawa...
setelah cukup garing & naik minyak...

Ahad, 7 Februari 2016

Roti jem Door gift

Assalamualaikum w.b.t
Semalam gigih nk siap roti jem untuk door gift sempena dengan kenduri menyambut menantu Selasa nanti sebab malam nya pula kami nk terus balik ke kampung.





Buat setakat mampu sebab sibuk nk mendeco kek untuk perkahwinan.

Selasa, 2 Februari 2016

Hasil jualan roti..

Assalamualaikum w.b.t
Nampak tuan tanah dah lama menyepi..bz memanjang...bila dah malas melanda..nk update blog pun malas. Kalau rajin hari2 n3 baru kan...
Oklah n3 ni nk tayang hasil jualan roti semalam...Alhamdulillah uli 1.5 kg tepung semua sold out...tuan tanah pun sembat rembat satu jea utk mkn sebab ptg ada latihan rumah sukan.

Antara roti pilihan ialah bun tuna, pandan dan juga mini sarang lebah...biasalah jualan antara rm1.20 hingga rm2.00 untuk 1 pek. Kerja membakar plak lebih mudah bila dah capai impian beli oven baru untuk tahun 2016 ni. Harap tahun rezeki ada...






Setakat hanya berkesempatan menguli time cuti jea..hari sek mmg xsempat...pe2 pun suka bisnes roti ni...moga kerajinan sentiasa melanda. In sha Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...