Rabu, 20 November 2013

CUCUR LABU KAK BESAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila sebut buah labu,Cheq da hanya tau makan labu yang disira sahaja. Itu pun makan ditempat kenduri sebab jarang2 sekali ibu Cheq da menyedaikan di rumah. Sewaktu balik ke kampung 2 minggu lepas, ibu Cheq da plak membekalkan Cheq da dengan sebiji buah labu. Buah labu ni plak, abang cheq da yang tinggal kat Setiu yang bawa balik. Dah nak dekat 5 biji dibawa baliknya buah ni, ibu Cheq da tak sempat nak buat apa lagi dengan labu ni. Maka diberilah sebijik untuk Cheq da bawa balik ke CH ni.
Asyik duk pk nk buat apa dengan labu ni..google sana sni nak buatkan resepi yang simple mimpe jea sbb kalu dibuat pelik2 plak,suami plak kurang makan labu,afiq plak dah diposkan ke kampung. Yang tinggal anak-anak dan cheq da la yang akan memakannya. So buat cucur jea la senang dan gerenti anak2 pun makan. Terima kasih Kak Besah atas resepi yang sedap ni.


Warnanya yang kuning keemasan ni yang cantik dilihat dan sedap dirasa.

CUCUR LABU
oleh: KAK BESAH

Bahan-bahan ( sepinggan mumbung )

  • 11/2 cawan labu yg telah direbus & dilenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air susu @ susu cair @ santan @ air paip
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak utk goreng terendam

Cara-cara

  1. dlm mangkuk, kacau gula bersama garam, susu & labu hingga gula larut.
  2. campurkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. panaskan minyak, bila panas, bulat2kn dgn jari adunan tu terus kedalam nya. guna api agak perlahan supaya di bahagian dalamnya masak. bila sudah msk, bleh la dihidangkan utk minum petang ni..

9 ulasan:

  1. cara bt mcm cara bt cucur pisang ek kak... boleh try nih

    BalasPadam
  2. labu kalau buat donut dgn apam dah pernah cuba. cucur belum lagi. guna labu mmg cantik kaler kuih kita.

    BalasPadam
  3. Bagus...bagus... ada improvement dh tu

    BalasPadam
  4. Kak ina tak suka makan labu.. haritu pakcik belakang bagi labu, kak ina bagi kat jiran yang lain...nampak cantik je cucur labu awak tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy p kurang kak ina tp bila dh buat sedap plak..he3

      Padam
  5. Sedap ni. Esok baru nak buat. Hehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...