Jumaat, 28 Mac 2014

Resepi roti..terima kasih buat kak noorlia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buat apa cuti-cuti begini. Cheq da masih lg di kampung. Memandangkan ibu cheq da tiada di rumah kerana pergi menunaikan umrah so rasa banyak la aktiviti yg dibuat. Tambahan plak anak-anak buah berkumpul di rumah ni..maka hari ni cheq da buatkan roti.

Resepi roti ni dikongsikan oleh rakan sejawat cheq da iaitu kak lia. Panggilan manja bagi guru kaunseling kami ini. Apa yang seronoknya resepi ini tidak boleh diadunkan dengan menggunakan breadmaker ataupun mesin pengadun. Ianya perlu diuli dengan tangan sebab kalu guna mesin nti adunannya menjadi tidak lembut..hihihi..ini apa yang diberitahu oleh kak lia. Jadi bila berada di kampung mesin p tak ada uli la sekilo tepung ni. Sebab ramai rasanya tak cukup buat sedikit. Bagai nak tercabut rasa tulang tangan mengulinya..tetapi rasa puas hati sangat bila tgk hasilnya.



Dalam sekilo doh tadi..cheq da buatkan roti biasa dlm satu bekas. Dalam 7 biji pizza kecil dan 3 biji pizza yg besar. Terasa sangat lembut bila panas panas dari oven. Kalau ada siapa berminat nk buatnya boleh ambil resepi ini. Terima kasih kepada kak lia..anak-anak buah yang ada begitu teruja melihat cheq da membiking roti ini.

Resepi roti kak lia
By:Cheq da

Bahan-bahan
1. 1 kg tepung high protien
2. 250 gm gula halus
3. 80 gm shortening atau lemak sayur
4. 2 sudu kecik garam
5. 2 plastik yis..dlm 22 gm
6. 500ml air suam
7. 15 gm baiking powder
8. 2 sudu besar susu tepung

Caranya
1. Satukan bahan-bahan kering dalam satu bekas
2. Masukkan air dan uli sehingga menjadi doh
Kalau uli lagi lama..akan dapat doh lagi lembut
3. Perapkan selama satu jam
4. Selepas 1 jam tumbuk kan buang angin dan boleh buat doh apa yg diingini.
5. Biarkan sekejap sehingga roti naik kemudian bakar sehingga masak.
6. Suhu dalam 180 darjah celsius

Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...