Halaman

Khamis, 10 November 2011

Apam belang........

Lama rasa tak masuk n3...hari ni saja2 nak poskan apam belang...memang gebu la dan sedap..rasa macam kek pun ada...pandai tul tukang olah resepi ni...tq kerana sanggup berkongsi.
sedia untuk dikukus
 
kasi corak2 sikit...
yang ni bila dah dipotong...
 
APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah
inpirasi: kak ita masam manis

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan