kek yang biasa ni adalah kek sponge coklat + blueberry filling dan deco by fresh cream...tabur dengan coklat rice
Halaman
▼
Khamis, 21 Jun 2012
Kek Tempahan Kak Noli...
Selasa, 19 Jun 2012
My dear Batrisyia dah 2 tahun...
Selamat malam...hai nampaknya baru boleh bernafas setelah selesai menyiapkan order kek dari kak noli..katanya esok hari jadi anaknya dan minta cheq da buatkan doll cake...terasa penat tak terkira rasa...nampaknya order akan dihentikan buat sementara kerana kemalasan ketara cheq da...
Okla sebenarnya malam ni cheq da nak berkongsi gambar kek yang cheq da buatkan untuk puteri sulung cheq da,Batrisyia sempena sambutannya yang ke-2...he3 dah besar anak cheq da setelah 3 tahun menanti...kini cheq da sedang menunggu kelahiran baby cheq da yang ke2..InsyaAllah dalam bulan September nanti...sebenarnya kek yang cheq da ni adalah untuk kawan2 di sekolah makan2 sempena potluck perpisahan guru yang bertukar,jadi cheq da buatkan terus bagi meraikan sekali birthday anak cheq da pada 26 Mei dan satu lg cheq da buat untuk rumah pengasuhnya untuk makan2 bersama2 anak pengasuh yang lain...nak 2ggu buat birthdaynya di rumah rasanya tak terdaya cheq da...he3..k la k layan pic ni k..walaupun terlewat masukkan n3 ni..tapi cheq da dan suami tetap berdoa agar anak kami sentiasa diberkati dan menjadi anak yang solehah sehingga akhir hayat...
Buat Batrisyia sayang...UMI dan BABA love u so much....
Disebabkan si batrisyia ni peminat setia Upin Ipin maka edible image ni pun
cheq da tempah gambar tersebut untuknya...memang gembira sakan dia tgk gambar ni...
ni la dia nur batrisyia...puteri kesayangan cheq da |
masa ni dalam 2 minggu nak masuk 2 tahun |
kek yang cheq buat untuk rumah pengasuh... |
Disebabkan si batrisyia ni peminat setia Upin Ipin maka edible image ni pun
cheq da tempah gambar tersebut untuknya...memang gembira sakan dia tgk gambar ni...
untuk kek ni cheq da buat 3 layer kek span...perisa coklat,vanila dan coklat... | memang licin jap jea... |
Isnin, 18 Jun 2012
Akhirnya yang ditunggu telah tiba...
dalam pembungkusan lagi... |
barang2 yang terdapat dalam kotak |
perkakasan yang ada |
yang paling istimewa dapat hadiah ni.. |
Ahad, 17 Jun 2012
pizza che mat gebu....
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
- UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
- UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Jumaat, 15 Jun 2012
Chessetart...resepi sama aje...
sebelum dibakar |
selepas dibakar |
Selasa, 12 Jun 2012
Sayur Asam Batang Keladi...
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
- 150 g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit(tak letak)
- 2 pokok keladi minyak
- 2 ulas bawang putih*
- 6 biji bawang merah kecil*
- 3 biji cili merah*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1/2 cawan ikan bilis, direndam*(tak masuk p)
- 1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
- 1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
- Secekak daun kesum
- Sedikit minyak utk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
- Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih.
- Masukkan isi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.