Khamis, 21 Jun 2012

Kek Tempahan Kak Noli...

Salam bahagia...tak da masa nak berbahasa panjang2...kita share gambar kek yang telah diorder oleh kak noli sebelum cuti pertengahan semester lepas...kek yang dia minta doll cake mini dan kek biasa..kedua2nya dalam setengah kilo untuk pekerja kantinnya....layan k..
 
 


 kek yang biasa ni adalah kek sponge coklat + blueberry filling dan deco by fresh cream...tabur dengan coklat rice




Mini doll cake ni rasanya comel la plak tapi takde tempat nak tulis happy birthday..kecil jea..dia mintak colour hijau masa nak kan kek ni...agak2 yang menerimanya minat colour hijau la kot yea..
pe2 pun ribuan terima kasih kepada kak noli yang selalu menenpah dengan  cheq da...

Selasa, 19 Jun 2012

My dear Batrisyia dah 2 tahun...

Selamat malam...hai nampaknya baru boleh bernafas setelah selesai menyiapkan order kek dari kak noli..katanya esok hari jadi anaknya dan minta cheq da buatkan doll cake...terasa penat tak terkira rasa...nampaknya order akan dihentikan buat sementara kerana kemalasan ketara cheq da...

Okla sebenarnya malam ni cheq da nak berkongsi gambar kek yang cheq da buatkan untuk puteri sulung cheq da,Batrisyia sempena sambutannya yang ke-2...he3 dah besar anak cheq da setelah 3 tahun menanti...kini cheq da sedang menunggu kelahiran baby cheq da yang ke2..InsyaAllah dalam bulan September nanti...sebenarnya kek yang cheq da ni adalah untuk kawan2 di sekolah makan2 sempena potluck perpisahan guru yang bertukar,jadi cheq da buatkan terus bagi meraikan sekali birthday anak cheq da pada 26 Mei dan satu lg cheq da buat untuk rumah pengasuhnya untuk makan2 bersama2 anak pengasuh yang lain...nak 2ggu buat birthdaynya di rumah rasanya tak terdaya cheq da...he3..k la k layan pic ni k..walaupun terlewat masukkan n3 ni..tapi cheq da dan suami tetap berdoa agar anak kami sentiasa diberkati dan menjadi anak yang solehah sehingga akhir hayat...

Buat Batrisyia sayang...UMI dan BABA love u so much....


ni la dia nur batrisyia...puteri kesayangan cheq da

masa ni dalam 2 minggu nak masuk 2 tahun

kek yang cheq buat untuk rumah pengasuh...


Disebabkan si batrisyia ni peminat setia Upin Ipin maka edible image ni pun
cheq da tempah gambar tersebut untuknya...memang gembira sakan dia tgk gambar ni...

untuk kek ni cheq da buat 3 layer kek span...perisa coklat,vanila dan coklat...memang licin jap jea...




Isnin, 18 Jun 2012

Akhirnya yang ditunggu telah tiba...


Bertemu kembali di hari Isnin yang mulia...nampaknya setelah 3 minggu tak mengajar budak2 belajar...hari ni bermula la kembali rutin harian...rasa malas bukan main menguasai jiwa tapi memandangkan silibus banyak yang tak habis kena kuatkan semangat...tambahan pula cheq da akan bercuti awal sebelum akhir tahun(ikut due bln 9)maka banyak perkara perlu diselesaikan jua...ok berbalik kepada tajuk hari ni...jeng..jeng..sebenarnya cheq da nak berkongsi mixer kenwood yang cheq da beli melalui seorang kawan yang kenalannya berada di UK...lama jgk nak sampai mixer ni ke Malaysia..memakan masa dkt 3 bulan..maklumla bukan dekat kan...mixer ni dah lama cheq da angan2 mahukannya...akhirnya dapat jgk..semalam kawan 2 hantar ke rumah...bila dah buka kotak tgk2 ada 3 benda yang boleh digunakan..rupanya 3 in 1..mixer,blender dan food processor...memang berbaloi la rasanya...tapi sekadar belek2 jea..buka panduan pun tak baca lagi...kemas balik dalam kotak..yang paling suka jgk,dia bagi jgk hadiah iaitu buku resepi kek yang classic orang putih punya kek...boleh la digunakan untuk membuat kek nanti...InsyaAllah


dalam pembungkusan lagi...


barang2 yang terdapat dalam kotak


perkakasan yang ada
yang paling istimewa dapat hadiah ni..


Tq kepada Puan Atikah dan suami yang telah bersusah payah dengan  mixer yang cheq da order ni..

Ahad, 17 Jun 2012

pizza che mat gebu....

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
 




 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Jumaat, 15 Jun 2012

Chessetart...resepi sama aje...


 
Selamat malam semua...penat lagi rasanya badan 4 hari duk berjemur dan bersukan di tgh bahang matahari...duk cameron p cuaca boleh tahan panas..nak masuk musim kot...
Pe2 p malam ni tak nak komen panjang..saja berkongsi cheesetart yang dibuat..deco jea lain..2pun duk geram tgk kawan2 dalam blog memasukkan cara mereka mendeco cheesetart ni...alhamdulillah kepada yang memberikan tips mereka...resepinya yang sama jea,cuma nak berkongsi .gambar jea..layan k..

sebelum dibakar



selepas dibakar

Selasa, 12 Jun 2012

Sayur Asam Batang Keladi...


Salam semua...nampaknya dah lama bangat cheq da tak update blog...maklumlah cuti 2 minggu memang banyak menghabiskan masa di kampung(memang tak bercuti ke mana2 p)kenduri p banyak...jadi bila dah ada kenduri kendara kena la tunjuk muka kat saudara mara...kalu tak tau2 jea la depa kata balik p tak menjenguk ke rumah saudara...masuk plak sekolah selama smk kampung raja dapat plak cikgu baru tranfer..so bila dah ada pengganti yang memang opsyen,lega la cikit dapat la membantu mana ada....
memandangkan dah lama cuti...banyak jgk gambar yang belum diuploadkan dalam laptop...kamera plak suami bawa pi kursus...jadi ada gambar yang mana ada jea la...tgk2 sayur asam batang keladi belum lagi diuploadkan dalam n3 ni...jadi kt kongsi yang ada jea la yea....he3..batang keladi ni sebenarnya memang dah lama cheq da buat,masa 2 kak ct jiran cheq da balik kampung dan bagi batang keladi...gatal jgk tangan nak menyelesaikannya...he3..buat banyak cikit,kongsi dengan kak ct coz suami dan anak buah memang tak makan...kla membebel banyak2 tak guna...kt share yea...


Asam Batang keladi (Mat Gebu)

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 150 g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit(tak letak)
  • 2 pokok keladi minyak
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cawan ikan bilis, direndam*(tak masuk p)
  • 1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan isi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...