Halaman

Khamis, 20 Disember 2012

Coklat Oreo upin dan ipin

Assalamualaikum...nampa k  nafas untuk berblog masih lagi ada...alhamdulillah...hari ni hari kedua berada di ch,niat di hati nak mengemas rumah mana yang patut sebelum sibuk dengan sesi persekolahan nanti...anak plak dibuai tidur kerana selesa dengan kesejukkan di sini...oklah hari ni plak cheq da nak berkongsikan plak resepi coklat oreo yang dibuat semasa di kampung...apa lagi ni adalah permintaan anak2 buah..yang nak suruh buat itu dan ini...resepi asalnya adalah melalui blog masam manis...mula tgk coklatnya memang teruja nak membuatnya tapi cari punya cari mould coklat macam kak ita 2 tak ada kat kedai bakery yang selalu cheq da pergi...disebabkan kebetulan ada tempahan cupcakes semasa di kampung tempoh hari (n3 akan diupdate kemudian) cheq da telah ke kedai bakery yang lain plak untuk membeli barang2 di situ...pusing plak satu kedai dan terjumpa plak yang mould ada stik dan tak perlu stik...maka cheq angkut la dan terus buat di rumah coz barang2 dah sedia menanti di rumah...apabila dah siap memang teruja kanak2 riang termasuk la si eisya sampai makan pun mulut habis comot dengan coklat...k la membebel lebih2 nak guna juga kt zessssssssssssss yea....



Coklat oreo bentuk biasa



Berbentuk lalalipop...kelihatan comot tak sempat kemas dah ramai menunggu nak nap....

COKLAT OREO
By : Kak Azlita...masam manis

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat,
Masukkan coklat dalam piping bag

Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja
Kemudia ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

Selepas itu, susunkan biskut oreo. dan masukkan plak baki untuk menutupinya..sejukkan dan letakkan edibe image yang disukai...

Nota: Maklumat penuh ada di blog masam manis...siap ada cara sekali begitu juga dengan cara menyediakan coklat oreo lalalipop








1 ulasan:

  1. Kalau coklat.. memang kesukaan anak2.. Sekarang ni pun depa dah pandai nak buat sendiri coklat kat rumah..

    BalasPadam