Untuk memastikan semua guru dapat bahagian masing2,cheq da buat dalam 3 adunan. Maka untuk cup yang sederhana cheq da dapat dkt2 100 biji. 50 biji cheq da angkut ke sekolah, 30 biji ke sekolah suami dan selebihnya kami makan di rumah,,nyaman sangat rasanya..
Selepas siap untukkek 2,petang baru cheq da siapkan custardnya...percayalah memang sedap custard ni..rasa lemak manis dan lain,sama plak kek yang cheq da beli di sebuah kedai kek yang popular di Kelantan coz kalau kat kg ni,kek ni sangat popular...pas 2 letak plak buah peach dan strawberi kerana lebihan stok ada..dan strawberi ni plak beli untuk makan2...kek ni plak nampak basah2 coz hampir seharian cheq da simpan dalam ais box...pe2 tq kongsi resepi yang sedap ni..
Hokkaido Chiffon Cake
Sumber:Rahel
Bahan A:
150g tepung kek-ayak 2x
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar susu tepung
100g gula kastor
Bahan B:(disatukan dan dikacau rata)
70ml minyak jagung/canola oil
4 biji kuning telur
100ml susu segar
1 sudu teh strawberry paste/esen vanila
Bahan C:
4 biji putih telur
80g gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar
Cara:
1.Satukan bahan A di dalam mangkuk,kacau hingga rata.
2.Masukkan bahan B ke dalam campuran bahan A.Kacau hingga licin.Ketepikan.
3.Putar putih telur hingga berbuih,masukkan cream of tartar dan gula kastor sedikit demi
sedikit sambil putar sehingga naik dan kembang (stiff peaks).
4.Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam bancuhan kuning telur tadi.Kacau perlahan.
Kemudian masukkan lagi 2/3 putih telur ke dalam bancuhan kuning telur dan kacau sebati
dengan perlahan.
5.Sudukan adunan ke dalam cawan kertas (letak cawan kertas di atas alat penimbang,isikan dg
adunan kek dan timbang 55g setiap satu cawan ).
6.Bakar dalam oven (rack tengah,guna api atas & bawah) pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
(tergantung kepanasan oven masing-masing)
7.Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke
dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder''
Inti Kastad:
70g instant custard powder
200g susu segar sejuk dr pt sejuk
300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu
Cara:
1.Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
2.Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel
bentuk star.
7.Setelah masak,keluarkan kek dari oven,biarkan sejuk selama 2-3 minit.Cucukkan nozel ke
dalam dasar kek dan paipkan kastad tadi.Taburkan permukaan kek dengan ''snow powder''
Inti Kastad:
70g instant custard powder
200g susu segar sejuk dr pt sejuk
300g dairy whipping cream-diputar hingga gebu
Cara:
1.Satukan custard powder dengan susu segar,kacau hingga pekat.
2.Masukkan whipping cream dan gaul rata.Isikan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel
bentuk star.
dapat make 1 jah, abe sop nampaknya brehi, belen 2 tu semua dia sapu...
BalasPadam