Perkongsian hari ni hanyalah nak tayang blueberry cheesecake yang ditempah oleh seorang kawan. Dia minta buatkan yang ada tapak daripada untuk cheesecake ni. Harap tuannya suka la yea dan terima kasih kerana sudi menempah...
Halaman
▼
Selasa, 26 Februari 2013
Jumaat, 22 Februari 2013
Cerita tentang KAHWIN...
Assalamualikum dan salam sejahtera untuk semua.
Apa khabar?.Malam ni masih ada lagi sedikit ruang bagi cheq da untuk berceloteh dalam blog ni. Topik yang akan diperkatakan mengenai KAHWIN. Sememangnya cuti tahun baru cina yang lepas ramai yang melangsungkan perkahwinan kan ataupun sibuk menghadiri kenduri-kendara kenalan dan juga family. Cheq da juga tak ketinggalan menghadirkan diri untuk 2 majlis perkahwinan. Satu sebelah suami dan 1 lagi sebelah cheq da. Bagi yg sebelah suami iaitu sepupu suami, cheq da dan suami sponser kek jea untuk depa. maklumlah 2 jea yang mampu buat...
Untuk kek yang kami berikan ni, cheq da ada buatkan 3 biji kek yang berlainan rasa. Satu kek untuk diberikan sebagai hantaran kepada pihak lelaki. manakala dua biji lagi yang dibuat bertingkat plak untuk dipotong semasa majlis berlangsung. Tetapi agak mengecewakan cheq da kerana gambarnya tak sempat nak ambil coz anak cheq da mengamuk nak tidur tambah2 dengan cuaca panas menyebabkan dia tidak selesa. Jadi sedang elok pengantin lelaki datang, terus cheq da meninggalkan tempat kenduri yang berdekatan dengan rumah mentua cheq da.
Bagi bahagian bawah kek ni cheq da buatkan kek coklat moist seberat 2.3 kilo. manala untuk bahagian atasnya plak cheq da buatkan cotton cheesecake dengan filling blueberry. Namun kali agak mencabar juga coz cheq da topping kek ni dengan buttercream supaya kek tak cair. alhamdulillah keadaan masih selamat sampai majlis selesai.
Ini lah rupanya kek yang telah ditingkatkan oleh suami. Krim buttercream juga sedang elok lembut dan bila dimakan terasa agak tidak mengecewakan.
Kek yang di atas ni pula adalah kek yang dijadikan hantaran untuk pihak lelaki. Kek sifon coklat mengikut resepi kak zati di hati. Kek ni cheq da buatkan dalam 2 adunan untuk dan difiliingkan dengan blueberry dan topping buttercream. Bunga gumpaste plak beli yang dah siap dan letak jea kat atas 2.
Harapan cheq da agar semua pihak berpuas hati dan ramai yang merasa kek pada hari 2 mengatakan sedap dan tidak terlalu manis. Oklah semoga deco tentang kek ni akan lebih profesional lagi so apa yang penting cheq da kena belajar dan belajar.
Rabu, 20 Februari 2013
My koleksi...
N3 untuk malam ni hanyalah nk tayang alatan elektrik yg menjadi koleksi kesayangan. Walaupun beli dah lama,ianya masih belum sempat digunakan lagi. My ice cream maker dan hand blender yang sangat berguna rasanya suatu hari nanti...
kedua2 barangan ni dibeli dari UK dan memakan masa jgk untuk sampai ke Malaysia
Selasa, 19 Februari 2013
Sesi malas masak..simple tp sedap
Assalamualaikum kepd semua..
.seminggu tak update blog kerana cuti pjg. Masa cuti plak banyak kenduri kendara yg perlu dihadiri so ruang untuk berblog menjd kureng tambah2 kalu berada di kampung. Bila bermula semula rutin harian..adalah ruang sedikit untuk masukkan n3 terbaru. Hari ni cuma cheq da nk berkongsi masakan orang malas. Yea la kalu hari2 makan nasi boring jgk kan..tambah2 kalu kemalasan melanda. So hari ni nak tayang yum mee yang dimasak untuk makan malam kami sekeluarga. Resepinya cheq da geledah dalam my resepi. Sangat sedap tapi bagi Afiq dia tak suka yum mee ni...lambat lembut katanya..lagi baik letak kueh teow katanya...lagi best,maklumlah budak 2 hantu kueh teow...pe2 kita layan yea..
untuk kuahnya cheq da guna resepi ni...sangat sedap bila dinikmati panas2...lepas makan terus kenyang
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
- 1/2 bungkus mee kuning-dibersihkan.-ganti yum mee
- 2 ulas bawang putih (ricih)
- 3 ulas bawang merah @ 1/3 bwg besar(ricih)
- 2 sudu besar cili kisar (kurangkan jika tak suka pedas)
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tomato
- fishball, fish cake dan udang (kuantiti-ikut suka, boleh juga ganti dgn ayam atau daging)
- 10 ekor ikan bilis ditumbuk (boleh juga guna 1 sudu kecil pati ikan bilis)
- 2 biji Telur (direbus @ digoreng)
- Sayur sawi, taugeh,carrot
- Garam dan minyak
- 3 cawan air-utk kuah
- tambah daun sup + limau nipis + telur
Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang hingga naik bau, masukkan cili kisar, goreng lagi hingga pecah minyak@ cili masak.
- Masukkan 3 cawan air (agak2), sos tomato, kicap masin dan manis, ikan bilis yg ditumbuk@ pati ikan bilis serta carrot yg dipotong bulat. Biarkan kuah dgn api sederhana hingga carrot lembut.
- Masukkan udang, fish ball dan fish cake, perasakan dan biarkan kuah mendidih sebentar.
- Pilihan kepada anda sama ada nak terus masukkan mee. PILIHAN 1) Kalau terus dimakan boleh terus masukkan mee. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sawi.Matikan api. PILIHAN 2) jika nk tunggu hubby atau kawan boleh asingkan mee tu,cuma masukkan sawi dan matikan api. (Celur mee dan letak dalam pinggan, nnt kuah leh curah atas mee tersebut..ok.)
- Mee bolehlah dihidangkan dengan telur rebus atau telur goreng dan ditabur dgn daun sup dan daun bawang. Makan panas2 mmg sedap..
Khamis, 7 Februari 2013
Tahniah 3 ikhlas...
Sekadar berkongsi kek yang ditempah oleh kak asyikin atas kejayaan pelajar kelas 3 Ikhlas yang mendapat markah lulus semasa PMR 2013...Tak tahu nak tulis apa,just tulis tahniah sahaja...kek seberat 1.8 kilo ini adalah kek sponge orange + orange filling + tutty fruity + fresh cream
terima kasih kepada kak Asyikin
iRabu, 6 Februari 2013
Akhirnya...Red velvet
Assalamualaikum dan selamat malam. N3 yang agak semput kerana tiada masa untuk menaip panjang2. Just nak berkongsi red velvet yang dibuat pada hari minggu yang lepas. Ini kerana dah lama cheq da teringin nk makan kek ni...lepas makan terasa puas hati sangat...resepinya cheq da cedok dari blog kak zai teratak impian...kita zoom yea...pe2 pun memang terbaikkkkkk....
salutan daengan cream cheese agak kurang memuaskan |
ada kesan dimakan...he3 baru nk zoom gambar |
RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright -
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright -
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) -
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) -
1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.-
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.-
FILLING:
500gram blueberry filling x letak
KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar letak 1 1/2 cawan
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
500gram blueberry filling x letak
KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar letak 1 1/2 cawan
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Selasa, 5 Februari 2013
Tempahan lagi untuk si kecik Alif
Selamat petang semua???apa yang dibuat petang2 ni. Cheq da sambil2
menaip duk melayan cerita hingga hujung nyawa dalam slot akasia di TV3.
Dengan ceritanya dah nak habis...jadi duk la mengadap cerita ni
memandangkan dari mula episod dah menjamu mata dengan cerita. Ceritanya
boleh la jgk tahan bestnya.
Minggu ni tak de la n3 pasal benda lain..segalanya mengenai tempahan kek
sahaja. Nak masukkan menu lain jarang2 ambik gambar..bila dah masak
terus jea ngap...so kalu kek ni banyak la jgk gambarnya untuk dijadikan
kenangan pada masa hadapan.
Oklah kek untuk tempahan kali ni daripada Cikgu Farah satu sekolah dengan suami untuk hari jadi anak yang ke3. Dulu pun dia pernah jgk tempah dengan cheq da. 2 biji kek ni ditempah untuk makan2 di sekolah dan di rumah. kek yang ditempah ni adalah cheesecake dengan blueberry topping.
Tq kepada farah semoga puas hati dengan tempahan pada kali ni.
Isnin, 4 Februari 2013
Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013
ni la gaya sebelum bermula acara larian...control ayu g2.. |
Salam dan selamat malam untuk semua. Hari ni hari yang agak mengejutkan kami di sekolah kerana 2 orang pentadbir sekolah iaitu GPK 1 dan GPK Koko terpaksa ditukarkan ke sekolah lain kerana alasan atas keperluan perkhidmatan. Bagi cheq da memang la terasa kehilangan mereka kerana sewaktu mula2 cheq da ditukarkan ke sekolah ini,mereka berdua merupakan orang yang mudah untuk berunding,tambahan plak bidang cheq da sebagai setiausaha peperiksaan banyak memerlukan bimbingan dan dorongan mereka dalam semua aspek yang diperlukan.
Jadi berbalik kepada n3 pada hari ni,iaitu merentas desa di peringkat sekolah adalah acara terakhir bagi Puan Hasnah atau lebih dikenali sebagai kak nah dalam kalangan kami menguruskan acara sukan peringkat sekolah. Jasa beliau amatlah la besar kerana sewaktu beliau menguruskan bidang koko ni,banyak kejayaan yang dikecapi oleh sekolah kami. Jadi terasa la kehilangan mereka sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata2.
pelepasan PB oleh setiausaha sukan sekolah |
Acara merentas desa ni telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas iaitu
pada 1 Februari, ini kerana merentas desa di peringkat daerah akan
diadakan pada hari Selasa iaitu esok bertempat di Ringlet kerana pada
tahun ni SMK Ringlet telah menjadi tuan rumah. Apa yang cheq da harapkan
agar semua pelajar yang terpilih dapat menyumbangkan pingat untuk
sekolah.
bila dah penat berlari...apa lagi..jalan la plak |
Untuk tahun ni,memandangkan su sukan pun baru,check point untuk cheq da
jaga adalah berbeza dengan tahun2 yang lepas. Tahun ni cheq da dapat
checkpoint yg agak sibuk kerana berada di simpang 3 yang memerlukan
banyak kawalan,kalau tak jadi betul2...alamatnya?????????sepertimana yg
kita tahu jalan cameron highlands berbukit2 dan penuh dengan kenderaan
yang keluar masuk. Pada pagi 2 jugak kawasan yang cheq da awasi ada plak
pasar pagi..jadi jenuhlah nak kawal kenderaan yang keluar masuk dan
pelajar yang berlari kerana mereka ni tau nak menang sahaja. Tapi semua
berjalan dengan lancar dengan bantuan kak rini,khairul,che mat dan
beberpa orang rela yang bertugas. Akhirnya ianya dapat dilaksanakan
dengan lancar dan baik.
ni la dia rumah BETA yang cheq da salah seorang guru penasihatnya |
Pada tahun ni rumah sukan cheq da iaitu rumah Beta telah memenangi
tempat ke2 dan juara keseluruhan telah dimenangi oleh rumah Sigma yang
memang kelas la pelajar2nya. Apa2 pun tahniah diucapkan kepada semua
yang telah berjaya menjayakan rentas desa pada tahun ni dan terima kasih
kepada kak nah atas segala usaha bersama2 dengan warga SEMEKAR...rindu
kami sentiasa bersama2 anda...
ni dah di dalam dewan untuk penyampaian hadiah |
Blueberry cheesecake untuk si suami...
Tempahan cheesecake ni daripada sahabat suami untuk birthday suaminya yang ke32..semoga mereka berdua bahagia selamanya...kek seberat 1.5kg dengan filling blueberry...
terima kasih kerana sudi menempah dengan cheq da..
Sabtu, 2 Februari 2013
kek coklat moist untuk kak lina
Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Masih di mood yang sama di hari minggu seperti ni...apa lagi kalu bukan menguruskan rumah yang perlu dibereskan.
Hari ni pagi2 lagi cheq da telah ke pasar..sebelum pukul 8.00 pg lagi untuk membeli semua keperluan dapur dan lauk pauk dalam stok seminggu. Suami plak ke kuantan untuk mengikuti latihan kecerdasan pusat Ko-kurikulum Kuantan.
Jadi adik Haziq plak ditinggalkan sekejap kepada si Afiq memandangkan dia tidur bila cheq da keluar tadi..
Ok lah berbalik kepada n3 hari ni,cheq da nak berkongsi kek coklat moist yang ditempah oleh bekas anak murid Cheq da iaitu Zulherie untuk pengurus di tempat kerjanya...katanya nak yang special. Tapi yang cheq da buat ni tak tahu la special ke tak..rasa2nya ala-ala biasa jea coz idea mendeco kureng sikit sejak 2 mejak ni...he3
Apa2 pun ribuan terima kasih cheq da ucapkan kepada zul kerana sudi jgk menempah dengan cikgu dia ni..ok la kt zoom la yea gambarnya yea..
Jumaat, 1 Februari 2013
Tempahan sepanjang minggu..
Alhamdulillah...walaupun sibuk sepanjang minggu...rezeki tempahan boleh lagi dibuat atas pemintaan rakan2 yang sudi menempah...terima kasih kepada semua terutama kepada suami dan anak2 yang sentiasa memahami minat ni..
kek orderv daripada kak siti...coklat moist cake with ganache topping=1kg,,,
ni la kek yang dideco paling teruk rasa...kesian betul kepada yang menempah...blueberry cheesecake 1.2 kg
An Evening In Cherating..
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua. Mmm..nampaknya dah lama betul tak masukkan n3 dalam blog ni walaupun peminatnya agak sedikit. Namun tak pe la sekadar berkongsi mana yang ada untuk kenangan di masa hadapan. Nampak sudah seminggu blog ni tanpa cerita2 terbaru...almaklumlah kerja bertimbun2 perlu diselesaikan dengar kadar segera.
Hari ni pun telah diadakan merentas desa peringkat sekolah...penat la sidikit.Balik sekolah lepas selesai,tertidur plak dengan si Haziq...ingat nk tidurkan dia saja...alih2 maknya jgk tertidur.
Oklah hari ni cheq da nk berkongsi cerita tentang percutian kami ke Kuantan kerana mengikuti hari keluarga JKKP Kuantan di Impiana Resort, Cherating selama 2 hari 1 malam..Memang la terasa jauh tambah2 kami sekeluarga dari Cameron. Cheq da mengikuti hari keluarga ni sebab kakak cheq da iaitu mak si Afiq 2 bekerja di sini, jd boleh la join sambil2 bercuti...
Pemandangannya amat la cantik...tp disebab hanya ada camera hp jea maka gambar pun cheq da tak ambik byk..adala satu 2 gambar yg bo dibuat kenangan..lgpun byk aktiviti yg dilakukan,kami p join sekali so nk bergambar2 pun terhad... kla kt tgk jea la ek..mana gambar yg ada...
kolam renang..sampai2 anak2 buah terus terjun mandi kolam |
ni gambar semasa sukaneka...kelabu asap..hampeh betul |
2 orang budak ni tumpang bergambar |
view dr bilik cheq da |