Halaman

Selasa, 19 Februari 2013

Sesi malas masak..simple tp sedap

Assalamualaikum kepd semua..
.seminggu tak update blog kerana cuti pjg. Masa cuti plak banyak kenduri kendara yg perlu dihadiri so ruang untuk berblog menjd kureng tambah2 kalu berada di kampung. Bila bermula semula rutin harian..adalah ruang sedikit untuk masukkan n3 terbaru. Hari ni cuma cheq da nk berkongsi masakan orang malas. Yea la kalu hari2 makan nasi boring jgk kan..tambah2 kalu kemalasan melanda. So hari ni nak tayang yum mee yang dimasak untuk makan malam kami sekeluarga. Resepinya cheq da geledah dalam my resepi. Sangat sedap tapi bagi Afiq dia tak suka yum mee ni...lambat lembut katanya..lagi baik letak kueh teow katanya...lagi best,maklumlah budak 2 hantu kueh teow...pe2 kita layan yea..



untuk kuahnya cheq da guna resepi ni...sangat sedap bila dinikmati panas2...lepas makan terus kenyang


Mee Campak @ KiCap SeNang Hati:)
oleh: kak chah no.one

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1/2 bungkus mee kuning-dibersihkan.-ganti yum mee
  • 2 ulas bawang putih (ricih)
  • 3 ulas bawang merah @ 1/3 bwg besar(ricih)
  • 2 sudu besar cili kisar (kurangkan jika tak suka pedas)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tomato
  • fishball, fish cake dan udang (kuantiti-ikut suka, boleh juga ganti dgn ayam atau daging)
  • 10 ekor ikan bilis ditumbuk (boleh juga guna 1 sudu kecil pati ikan bilis)
  • 2 biji Telur (direbus @ digoreng)
  • Sayur sawi, taugeh,carrot
  • Garam dan minyak
  • 3 cawan air-utk kuah 
  • tambah daun sup + limau nipis + telur

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang hingga naik bau, masukkan cili kisar, goreng lagi hingga pecah minyak@ cili masak.
  2. Masukkan 3 cawan air (agak2), sos tomato, kicap masin dan manis, ikan bilis yg ditumbuk@ pati ikan bilis serta carrot yg dipotong bulat. Biarkan kuah dgn api sederhana hingga carrot lembut.
  3. Masukkan udang, fish ball dan fish cake, perasakan dan biarkan kuah mendidih sebentar.
  4. Pilihan kepada anda sama ada nak terus masukkan mee. PILIHAN 1) Kalau terus dimakan boleh terus masukkan mee. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sawi.Matikan api. PILIHAN 2) jika nk tunggu hubby atau kawan boleh asingkan mee tu,cuma masukkan sawi dan matikan api. (Celur mee dan letak dalam pinggan, nnt kuah leh curah atas mee tersebut..ok.)
  5. Mee bolehlah dihidangkan dengan telur rebus atau telur goreng dan ditabur dgn daun sup dan daun bawang. Makan panas2 mmg sedap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan