Halaman

Khamis, 25 April 2013

Ayam sumbat bonda...

Assalamualaikum dan selamat tengah hari...
tak ada masa nak ngomol panjang2 coz sekarang adalah waktu rehat cheq da kerana tak ada kelas.
Jadi n3 hari ni adalah menayangkan resepi bonda tercinta iaitu ayam sumbat bonda. ayam ni sangat famous dalam family cheq da...tanya jea mak saudara,anak saudara,sepupu sepapat semuanya tahu.
Sebenarnya resepi ni pernah cheq da kongsikan dalam my resepi,jadi cheq da copy kambali dalam blog ni sebab buat ayam untuk makan tengah hari 2 minggu lepas...dah lama sebenarnya..k layan yea



bahagian dalam ayam


Ayam sumbat Bonda
Menu asal: My Bonda-puan jasmah omar

Bahan-bahan ( satu keluarga-bergantung saiz ayam )

  • satu ekor ayam-tak perlu potong
  • bahan tumis..
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • rempah kurma-secukup rasa untuk bahan tumisan ini
  • 3 biji telur-direbus dahulu dan dibuang kulitnya
  • 1/2 hati dan pedal ayam-dipotong kecil
  • gula dan garam secukup rasa
  • 2 cawan santan pekat
  • sedikit minyak untuk menumis dan 1 kilo minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. ayam dibersihkan tanpa dibuang bahagian kulit dekat leher dan bawah ayam...biarkan seekor macam cara nak buat ayam golek dan toskan
  2. masakan kurma pedal dan hati ayam
  3. tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang dan halia yang dihiris sampai naik bau
  4. dah agak2 garing,masukkan serbuk kurma dan kacau sampai masak...campurkan serbuk kurma dengan sedikit air terlebih dahulu
  5. masukkan santan dan pedal serta hati ayam..gula dan garam secukup rasa dan masak sampai agak2 kering seperti masak rendang
  6. masukkan telur dan kacau rata..biarkan sejuk seketika
  7. ambil ayam dan sumbatkan bahan2 tadi ke dalam ayam
  8. jahit bahagian leher dan bawah ayam 2 dengan kuat..kalu boleh jangan bagi isi yang disumbat tadi terkeluar semasa menggoreng...guna benang warna yang terang
  9. goreng dalam minyak yang dipanaskan dan pastikan api slow untuk memastikan ayam td masak sepenuh
  10. dah masak bolah dibuka kembali benang tersebut dan haruslah dipotong..
  11. sedia untuk dihidangkan..ni gambar yang sudah dipotong-potong dan sedap dinikmati bersama dengan sos


terima kasih dan selamat mencuba

4 ulasan:

  1. baru tgk ni pun dh tau sedap... agak2 kalu tukar dr goreng tp di bakar msti sedap jugak kan...

    BalasPadam
  2. rasa macam teringin nak buat nanti

    BalasPadam
  3. harus dicuba,kalu nk bakar pun boleh.mak saudara cheq da ada yg kukus dulu baru goreng

    BalasPadam