Halaman

Sabtu, 25 Mei 2013

Tempahan-tempahan lalu..

Salam..
tempahan-tempahan yang lalu..
terima kasih pada yang order...


 kek coklat moist tempahan daripada Fatimah untuk ibu dan ayahnya...

 yang ni plak ditempah last minute oleh fatimah untuk birthday abang iparnya,cheesecake 600gm



 kek cheese dan blueberry topping ni plak ditempah oleh Farah,kawan hubby di ringlet untuk ibunya


Percubaan pertama untuk tempahan pecan heaven cake dari sue sk menson...nak sangat tempah katanya..

Oklah ni jea n3 untuk kali ni..
ByeBye

Jumaat, 24 Mei 2013

Happy Birthday KEETU..

Assalamualaikum untuk pengunjung blog MKSnya...
N3 untuk kali ni adalah berkaitan dengan cupcakes coklat moist yang ditempah oleh Cikgu krishna untuk anak gadisnya yang berusia 10 tahun.
Untuk kek ni,dia telah mengorder lebih kurang 2 minggu awal,bukan apa takut Cheq da tak de masa nak membuatnya...he3
40 biji cc coklat moist dengan ganache dan hiasan yang simple..bunga pun beli yang dah siap..buat plak nama ala-ala bendera...siap
kata Cikgu Krishna,anak cukup teruja dan tak sabar nak bagi kat rakan2nya di sekolah..






CC ni siap diletakkan dalam domenya untuk senang diberikan kepada kawan2.
Terima kasih kepada Cikgu Krishna dan kettu

Selamat Hari Guru 2013...

Assalamualaikum
Masa 16 Mei lepas,cheq da tak sempat nak mengucapkan selamat hari guru kepada warga pendidik di Malaysia. Ini adalah disebabkan cheq da agak sibuk dengan tempahan dan juiga menanda kertas. Almaklumlah kalu dah cuti,malas dah nak menyemak kertas,kira selesaikan awal2..

Untuk kali ni juga,cheq da turut menerima tempahan cc untuk guru2 dan staf di SEMEKAR. Diorder juga oleh Cikgu Krishna untuk makan2 kepada semua orang guru. Dia minta 80 cupcakes dengan coklat moist..ramai yang kata sedap,diorang la kata,cheq da tak kata...he3 coz yang dia bagi kat cheq da,cheq da bagi kat member untuk makan2 dengan anak2..lagi kalu buat selalu makan kek ni.




kek yang di bawah plak cheq da buatkan untuk sekolah suami..jamuan makan2 kerana sekolah nya sambut hari guru pada 17hb..sekolah cheq da belum lagi menyambutnya kerana sibuk dengan peperiksaan. Jadi cheq da buatkan kek simple indulgence...he3,bagi nama sendiri...




 agak lewat juga tidur malam 2 untuk siapkan kek ni..lepas deco 2 agak puah hati juga...

Guru malaysia: 1 aspirasi, 1 agenda


Tempahan Naqib..Tq Ustazah Asmat

Salam
Meneritma order daripada Ustazah Asmat Ringlet sempena dengan hari lahir Naqib 4 tahun.
Sebenarnya dah tahun ketiga ustazah asmat menempah kek birthday dari cheq da..
Kek coklat moist 2 biji untuk jamuan.
Tq kerana order..






semakin hari semakin bertambah rezeki,alhamdulillah

Khamis, 23 Mei 2013

Adik Kakak

Assalamualaikum
Putera puteri cheq da...layan jea

Sayang sangat kat adik nih...



putih jea gigi kakak...he3

Ni plak kalu time balik kampung...panas chek


Ngantuknya kakak...




Semoga kakak dan adik sentiasa dirahmati Allah selalu...

Selasa, 21 Mei 2013

Ikan patin masak tempoyak

Masak tempoyak ikan patin tapi tak letak tempoyak pun sbb suami tak suka durian
Buat cam ni pun sedap jugak sehingga menjilat pinggan Tapi kalu ada yg suka 2 boleh la ditaruk tempoyaknya yea..Ikan patin ni plak fresh dari Temerloh..
 
 


 

Ikan patin masak tempoyak

oleh: tg77(my resepi)

Bahan-bahan ( untuk 4 org makan )

  • Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 15 biji cili api (ditumbuk halus)
  • 2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)-cheq da tak letak
  • 1 biji timun cina (dipotong dadu)
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan
  • sedikit asaam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan)
  • garam (ikut rasa)
  • gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara-cara

  1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam
  2. kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.
  3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba
  4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit
 

Kalau dah namanya perempuan...

Assalamualaikum...
Kalau dah namanya perempuan..shopping,tambah koleksi dan macam2 lagi pasti yang tak terlepas. Ada yang minat kumpul barang kemas,baju,beg dan macam-macam lagi. sebenarnya cheq da pun sama jea..he3. Kali ni nak tayang koleksi tudung milik cheq da..sebenarnya dah lama juga duk kumpul tudung ni sampai ada yang dah tak pakai bagi jea kat ma kat kampung buat pakai jalan2 kat umah jea. Dulu duk asyik beli tudung bawal,sampai ada dekat satu almari tudung bawal ni, pastu duk kumpul tudung yang dah siap cam ni,bukan apa senang nak pakai..tambah2 tiap2 pagi cheq da kena hantar anak pi rumah pengasuh..masuk jea,letak jea pin siap..


  Yang kat atas ni tudung 3 layer yang cheq da kama kongsi beli bersama dengan kawan sekolah,katanya beli 10 dapat la murah cikit..kami pun borong la 5 seorang..he3,yang baru dibeli selepas mengundi hari 2,baru jea cheq da pakai 1 jea,..kena tgk2 yang mana nak kena masuk dengan baju plak.


Kalu duk tgk tudung ni macam nak berniaga plak la yea..he3..tak tau dah berapa ribu habis jasa beli tudung ni..tak pela minat punya pasal tak terkira duit yang keluar janji selesa..
Bab nak sangkut tudung ni plak Cheq da belajar dengan cheq sue,dulu duk gantung jea kat penyangkut baju yang kecik,lama2 tudung pun jadi rosak..cheq sue ajar dan pi tgk sendiri kat rumah dia,belajar caranya,jadi la cam ni...
TAPI tgk dah tak muat nak letak...kena beli penyedai baru plak la ni yea...he3

Isnin, 20 Mei 2013

Salam kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog MKSnya.
Minta ampun banyak2 kepada semua kerana buat masa sekarang cheq da memang kesuntukan masa untuk berborak panjang dalam blog ni walaupun peminatnya tak seberapa. Buat masa sekarang cheq da duk cubuk menanda kertas peperiksaan pelajar2 kesayangan cheq da..banyak juga skrip yang perlu ditanda kerana cheq da mengajar subjek Sejarah SPM dan Bm untuk peringkat PMR.

Malam ni pun curi masa update blog ni memandangkan anak2 pun tak meragam. Suami plak menghilang main badminton bersama2 rakan2. Baru jea sekejap tadi, cheq da sebijik kek yang ditempah oleh pelajar sekolah. Ingatkan minggu ni boleh la relaks sikit,tiba2 dah pun ada 3 tempahan yang perlu disiapkan,semuanya nak hari khamis kerana jumaat 2 di sini, kami bercuti hari Wesak dan seterusnya sampai 2 minggu...seronoknya..

Seronok-seronok juga tapi banyak kerja...bab kata P.Ramlee...selagi belum mati...kerja..kerja dan kerja...he3. 

Oklah sebenarnya malam ni tak tau nak taruk gambar apa,yang banyak yang belum diuploadkan hanyalah gambar kek2 yang ditempah jea la..pe2 pun kita layan jea la yea..coz untuk masakan lain,cheq da nak sediakan n3 yang lain bersama-sama resepi yang dikongsi dalam my resepi dan blog rakan2.. kalu boleh memang cheq da nak update setiap blog ni tapi masa yang ada perlu dibahagikan kepada banyak benda...k la tak nak membebel lebih2..kita layan pic ni yea yang cheq da ambik dengan dslr yang dibeli cuma bab watermark je masih lagi gagal nak membuatnya dan malas nak mengedit2 gambar.