Halaman

Sabtu, 11 Mei 2013

Pecan Heaven cake..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Mood di hari minggu tapi banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Suami plak ada persekolahan ganti yang cuti masa pilihan raya hari 2, cuma sekolah cheq da jea akan ganti pada 22hb 6 nanti.
Hari ni hanya berkongsikan n3 Pecan Heaven Cake yang glamour 2,cuma cheq da jea baru buat. 2 pun beli kacang pecan masa ke Bake With Yen yang lalu. Memang betul kacang ni mahal cikit tapi rasanya sangat sedap..lemak lemak jea tak mcm kacang lain.


Masa nak buat kek ni rasa kurang keyakinan langsung...banyak kali jea cheq da gogle untuk tau step by step. akhirnya jumpa la dari blog yang menyediakan langkah..memang langkah demi langkah dia tayang kat blognya.


Cheq da buatkan kek span vanila yang biasa jea coz baca dalam blog2 kawan2 ni katanya kek ni sangat manis. Takut jgk takut potong kaki nanti..he3..Jadi untuk 2 memang kurangkan banyak jumlah gula daripada resepi asal. Bila siap dan rasa...oklah masih manis tapi oklah.


Tgk butterstoch cheq da jadi cam membeku jea,maklumlah duk ch,lepas letak dalam peti ais,kuar2 peti jadi cam ni tapi rasanya memang cayalah...sedap...


Di sini,cheq da pastekan resepi dari blog tersebut,tq yea..untuk melihat langkah2nya,ada di blog ni..

http://bakery2embroidery.blogspot.com

Pecan Heaven Cake
 Sumber : Ash Nasir

Bahan2
1 biji kek span vanila

Kekacang Karamel
80gm gula kastor - resepi asal guna 100gm-cheq da guna 75 gm sahaja
60gm kacang pecan - panggang

Cara2
1. Masak gula hgga keperangan & cair sepenuhnya. Masak atas api paling perlahan & goyang2kn periuk @ pan supaya gula perang sekata. Jangan terover cooked. Kang pahit plak karamel tu nnt
 2. Apabila dh cair sepenuhnya, tutup api & masukkn kekacang yg telah dipanggang td. Gaul rata. Buat ngn cepat sbb karamel ni cepat mengeras
 3. Tuang kekacang karamel td atas dulang yg telah dilapik ngn kertas minyak. Ratakan cepat2. Biar sejuk
 4. Bila dh sejuk, patah2kn & simpan dahulu dlm bekas kedap udara

 Sos Butterscoth @ filling Butterscoth
220gm gula kastor - resepi asal guna 350gm cheq da guna 180 sahaja
350gm fresh cream @ non-dairy whipping cream - pd suhu bilik
150gm butter
80gm white chocolate compound (cincang halus) - resepi asal guna 100gm-guna 80g

Cara2
1. Masak gula hgga perang. Tutup api & masukkn fresh cream perlahan-lahan. Kacau serta- merta
 2. Buka api semula (api plg perlahan) & kacau adunan hgga gula karamel larut sepenuhnya dlm fresh cream
 3. Tutup api & masukkn butter & white chocolate. Kacau hgga kedua2nya larut sepenuhnya. Klau x larut gak sepenuhnya, panaskn kejap atas api. Apabila dh larut sepenuhnya.. biarkan sejuk

 * Sos butterscoth ni pd mulanya agak cair tp bila dh sejuk dia akan jd agak pekat

White Chocolate Ganache  
150gm fresh cream
100gm butterscoth (dr sos butterscoth) - resepi asal guna 200gm

Cara2
1. Pukul fresh cream hgga soft peak - jd kental
2. Masukkn butterscoth & kaup-balikkan

Cara Melapis Kek 
1. Potong @ belah kek kepada 3 bahagian & letakkan 1 bahagian kek atas cake board
2. Sapukan sos butterscoth & taburkn kekacang karamel  
3. Pastu tindihkan dgn 1 lagi bahagian kek. Ulang Langkah 2 & tindihkan lg ngn bahagian kek terakhir
4. Sapukan seluruh permukaan kek ngn White Chocolate Ganache. Ratakan ngn spatula
5. Tuang sedikit sos butterscoth di atasnya.. 

2 ulasan:

  1. salam cheq da,

    kek ni nampak menarik dan sedap..selalu juga tengok kek ni di tayang oleh blogger2 lain..teringin jugak nak mencubanya nanti..

    BalasPadam