Halaman

Isnin, 30 September 2013

Banana chocolate mousse cake...yummmy

Salam dan selamat sejahtera semua. Camana keadaan hari ni..semoga bertambah keberkatan dalam kehidupan kita ni. Insha Allah.

Berbalik kepada n3 hari ni..berkongsi mengenai kek banana chocolate mousse yg cheq da buat bg meraikan semua pelajar kelas 3i yg akan menduduki peperiksaan pmr 2..3 hari jea lg.

Bercerita mengenai kelas istimewa ni..sudah hampir menjelang peperiksaan cheq da mengajar paper bm untuk kelas ni. Kelas ni merupakan kelas yg paling hujung dr semua pelajar tingkatan 3. Bila sebut jea kelas hujung pasti ramai yg tahan dengan perangai pelajar yg pelbagai. Cina, india dan asli memenuhi segenap lapisan kelas ni membuatkan cheq da kena pelbagaikan teknik mengajar untuk nenarik minat dia orang. Mujur la dia orang mendengar kata dan tidak suka membantah bila diberi kerja. Cheq da harap mereka akan lulus dengan baik dlm exam nanti.


Ok untuk resepi kali ni.,cheq da ambil daripada blog masam manis kak ita. Dengan kaedah yg step by step memudahkan cheq da meneliti dan membaking kek ni.
Ternyata air tangan kak ita memang la teramat sedapnya sehingga tak puah mkn sepotong yg diambil dr pelajar kelas ni. Lain kali mesti nk buat lg disebabkan rasanya yg begitu sedap ditekak cheq da. Pelajar pun gembira la bila diberi mkn..yg tak tahan 2 siap mk mtk lg 2..huhuhu..sabar la dulu yea kalu lulus boleh la buatkan mereka lg. Untuk kak ita,cheq da kongsikan resepi ni utk tatapan bersama yea..terima kasih.

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
dari:Azlita masam manis

Kek Span Coklat

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

Bahan Ganache Coklat

150 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
260 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange
gau rata.

Mousse Chocolate

250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
3 biji kuning telur
80 gm gula aising
120 gm mentega tanpa garam
6 gm halal gelatin
30 ml air
120 gm coklat gelap

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras

Khamis, 26 September 2013

Kek Arbirami..mau warna pink purple..

Assalamualaikum
berkongsi pula kek doll yang diorder oleh Puan Shanti dan Cikgu Rama untuk birthday girlnya yang lalu.
Permintaan Arbirami sendiri yang maukan warna pink dan purple menghiasi gaun dollnya. Menarik kan permintaan si kecil ni. Kek ini dibawa ke tadika tempat si kecik ni belajar untuk disambut bersama rakan2 yg lain.




Menurut kak shanti..abramin tak habis2 tersenyum melihat keknya didepan mata. Terima kasih cheq da ucapkan kepada pasangan suami isteri ni kerana sudi menempah dengan cheq da.

Rabu, 25 September 2013

Pizza Ayam Mozarella Kak Besah

Salam
Disebabkan dah lama tak makan pizza..hari Sabtu hari 2 mulakan ke dapur untuk menyiapkan barangan untuk membuat Pizza kak Besah ni. 
Dulu cheq sue,ada buat resepi ni dan rasa sedap dia punya adunan rotinya. 
Bahan2 nya amat mudah dan paling mudah gunakan breadmaker untuk mengulinya.
 Untuk resepi,cheq da hanya buat separuh adunan sahaja..maklumlah yang nak makannya bukan ramai.
Manakala untuk topping nya pula..cheq da hanya gunakan bhn2 yg ada di rumah  saja..seratua peratus tak ikut yg kak besah punya tetapi cheq da sharekan resepinya untuk tatapan pengunjung yang ingin mencubanya.


PIZZA AYAM MOZARELLA
Sumber : Hajjah Noraini & Kak Besah MyR

Bahan-bahan doh :
-1 kg tepung gandum
-2/3 cwn gula pasir (6 sudu makan)
-1 bungkus yis segera mauripan (11gm)
-1 botol mineral kecil air suam (500 ml)
-1 sudu besar rata garam

Bahan-bahan sos pizza :
-1/2 biji bawang besar (merah)
-2 ulas bawang putih
-1 biji tomato, dikisar 2 bijik
-1 tin kecil tomato puri
-3 sudu besar gula
-1 sudu teh garam
-2 sudu besar minyak masak
-rempah oregano
-beberapa helai daun bay
-1 peket daging kisar Ramly-ganti dgn ayam


Bahan topping :

-250 gm keju mozarella, diparut
-1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat
-1 biji bawang besar , dihiris bulat
-sedikit mix vegetable-tak letak
-1 tin nenas kiub, dihiris-tak letak
-5 ketul sosej ayam, dihiris
-tak letak

Cara Membuatnya :
1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
7. Sapukan sos atas roti pizza dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.
8. Bakar selama 15 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.
9. Enak dimakan semasa masih hangat. 



Lepas masak terus makan..panas2 lagi sedap..hasil aduan ni dapat la dalam 3..
2 besar dan 1 kecik..bila dah masak yang kecik terus ngap masuk mulut...
sedapnya terasa..kalah yang pizza hut punya..he3

Order:kek adik Haziq lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
N3 seterusnya adalah berkongsikan order yang diterima daripada Cikgu Yusof dari Smk Ringlet sempena dengan ulangtahun anaknya yang ke-5 tahun dan juga kek sempena open house rumahnya yang telah selama diadakan penghujung bulan Syawal yang lepas.
 
Untuk kali ni..Cikgu Usop mengeorder cheesecake dan coklat moist cake..
 layan pic nya yea..n3 lewat cikit diupdate.
 






Terima Kasih kerana sudi order.

Selasa, 24 September 2013

Selamat Pengantin Baru Abg Li dan Nor Haya...

Salam...
masih di mood keletihan..
Apa-apa pun buat pengantin baru Abe li dan Nor yang telah selamat diijabkabul pd 15hb yang lepas. Manakala majlis menyambut menantu pula diadakan pada 16hb iaitu hari Malaysia.
Sekarang baru ada masa nak uploadkan n3nya...


Sempena perkahwinan mereka..cheq da menyediakan kek hantaran sahaja.
 Untuk kek ni,kali pertama cheq da menyediakan kaedah steam buttercream..
apa yg ditunjukkan dalam blog juicy cafe..cheq da ikut step by step.
Namun disebabkan kurang keyakinan dan teknik...kek cheq da jd tak berapa cantik. 
Apa yang  diharapkan untuk yg akan dtg..cheq da boleh buatkan yg terbaik..

  Nampak jea kan keadaan kek yang banyak cacat cela..






Isnin, 23 September 2013

Kek Kukus Pelangi

Assalamualaikum
n3 untuk hari ni walaupun kekalutan sedikit kerana lepas sekolah td terpaksa plak berkejaran ke klinik untuk suntikan si haziq 1 tahun. Nk tunggu esok lusa penuh plak jadual dengan kelas tambahan.
Hari ni cheq da kongsikan resepi kek kukus yg best ni. Bila hari 2 blog home sweet home duk tayang2..seakan2 memanggil cheq da untuk membaking. Cara yg mudah dengan bahan2 yg telah sedia ada..alhamdulillah menjadik...sedap plak 2. Ok la cheq da minta halalkan resepi ni untuk sesiapa yg ingin cuba k...



 KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber:  Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Sabtu, 21 September 2013

Kek sama tapi tak serupa..


Assalamualaikum..
N3 untuk kali ni ialah tempahan yang diterima dua orang yang berbeza2 iaitu seorang dari kawan sekolah dan seorang lagi dari guru di Sk Brinchang.
Kedua2nya menyambut ulang tahun yang pertama..Namun sebiji seberat sekilo dan sebiji kek lagi seberat 600gm..deconya sama kerana malah nak memikir deco yang lain.
Kek ni juga ditempah pada bulan puasa yang lepas,,namun baru berkesempatan menguploadkan n3 nya..
Terima kasih kerana sudi mengorder.

Rainbow Cake Versi 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
N3 untuk hari ni pula yea rainbow cake. Kek ni merupakan kek menggunakan resepi kak wan dari blog Citarasawan yang amat popular dengan deco yang molek2 dan cantik2 semuanya.
Dulu dah cuba buat rainbow cake dengan resepi yang lain.
Kedua2 resepi rasanya sama2 sedap dan lemak berkrim rasa keknya. Apa-apa pun berbanyak terima diucapkan kepada kak wan kerana sudi berkongsi resepi ni.
 
Rainbow Cake
Adapted from :  Martha Stewart
Sumber rujukan: Blog Citarasa Wan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu filing cream cheese secukupnya, kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim cheese dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman.


Cream Cheese Filling
250gm cream cheese
100gm mentega tawar
50gm gula icing
150gm coklat masakan putih - cair secara double boil
80ml UHT whipping cream / Thickened cream

Cara :  Pukul cream cheese dan mentega hingga licin.  Masukkan gula icing dan coklat putih cair,  putar hingga sebati.  Masukkan whip cream sedikit demi sedikit dan putar hingga bergaul rata.
 
Ok ni plak kek yang diorder oleh Puan lily dan En. Mat untuk dibawa ke kampungnya di Tanah Merah Kelantan sempena cuti raya aidilfitri yang lepas. 
Untuk kek ni,Cheq da hanya deconya dengan fresh cream pelangi.

Jumaat, 20 September 2013

Order: Kak ct for prasekolah Sk Menson..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ada masa terus bertungkus lumus masukkan n3 terbaru.
Baru pun bukan baru mana pun..tempahan ni sebenarnya diorder oleh Kak Ct sebelum puasa lagi untuk pelajar prasekolah Sk Menson. Yang ditempah ialah pecan heaven cake,kek coklat moist dan juga 50 biji mini hokaido tapi request tak nak letak strawberi sebab katanya menyusahkan jea..
Terima Kasih kerana masih sudi mengorder.
Layan pic2 ni yea dengan dslr kesayangan yang tak berapa reti jugak Cheq da nak guna..hehe
 
 
 



Wassalam dan selamat malam
 

Khamis, 19 September 2013

Peperiksaan oh peperiksaan...

Sedar tak sedar tak sampai 2 minggu lagi pelajar2 tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan pmr.
Selaku setiausaha peperiksaan pmr byk kerja yg perlu dibereskan oleh cheq da...
Apa2 semoga berjaya kepada semua pelajar pmr yg akan berjuang menghadapi peperiksaan bermula 2 oktober hingga 9 oktober ni..
Bagi pelajar kelas harap semua boleh lulus dengan baik. 


Rabu, 18 September 2013

Macaron kali ke-2

Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Masih lagi di mood keletihan ekoran daripada kenduri dan aktiviti di sekolah yang tak henti2 dengan program untuk para pelajar SPM dan PMR.
Maklumlah Cheq Da plak sememangnya mengajar budak2 form 3 dan 5..so kenalah galas tanggungjawab ini dengan seikhlasnya.
Oklah berbalik kepada n3  pada hari ni,Cheq da kan macaron yang kali ke2 Cheq da buat.
Untuk kali ni ianya lebih ok dan baik sedikit berbanding dengan kali pertama.
Mungkin jugak disebabkan Cheq da gunakan silicon macaron..jadi bulatnya lebih ok. Kerja pun dapat dijalankan dengan lebih mudah.
Untuk resepi kali ni pun tetap menggunakan resepi dari blog Masam manis kak azlita.
Rasanya memang sedap kerana cheq da letakkan inti ganache..memang lemakl berkrim.
Bila dibawa ke sekolah semua orang suka akan rasanya yang manis begitu.
 
 
MACAROON
sumber: kak ita masam manis
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna 
 
 
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

Sabtu, 14 September 2013

Order

Selamat pagi semua...
Hari ni curi awal cikit mengupdatekan blog MKSnya...
Bukan apa sekejap lg mahu bertolak ke kampung kerana ada majlis perkahwinan sepupu suami.
Lepas 2 berlapuk la plak blog ni selama 3 hari...hehe.

Ok lah n3 kali yang ke-200 ni,cheq da kongsikan kej yang diorder pd minggu lalu...


Baik la untuk 2 kek ini ditempah oleh 2 orang yang berbeza. Seorg pelanggan baru dan seorang lagi pelanggan lama yg suka sgt dgn kek pandan layer..siapa lg kalu bkn customer tetap cheq da..Kak noli.
Kek yang pertama 2 plak,kek carrot walnut dgn cream cheese frosting...dia minta buatkan sebab husband dia suka sangat dengan kek ni..maklumla nk sambut birthday kena la special cikit tmbh2 untuk yg tersayang..ini merupakan order pertama cheq da untuk kek ini yea.
Kek kedua menggunakan resepi yg sedia ada sahaja.

Ok selesai n3 hari ni..harap puas hati dan terima kasih kerana menempah.

Rabu, 11 September 2013

Tempahan demi tempahan...

Assalamualaikum..
N3 untuk tempahan-tempahan yang dah lepas..
Kebanyakannya sebelum cuti raya hari 2..
Baru ada kesempatan nak uploadkannya.
Apa2 pun terima kasih kepada yang sudi menempah
 dan yang selalu memberi kata2 semangat buat cheq da..
Semoga anda juga sentiasa dirahmati Allah..Amin.

 Fruit Flan Cake yang diorder oleh Pembantu Pra Sk Ringlet


 cupcakes yang diorder dari pelajar kelas 3jujur sempena hari guru yang lalu...50pc semuanya.


 Kek coklat moist dari kak shanti untuk suaminya cikgu Rama


 Pandan layer cake diorder oleh kak noli kantin


 Kek coklat moist yang ditempah oleh cikgu krishna untuk minum petang bersama2 familynya


 mini  chocolate indulgence cake diorder dari En,Mat pembantu pra sekolah sempena birthday isterinya


 Kek blueberry dari pelajar 3i untuk makan2 sesama2 dengan kawan2


Akhirnya kek oleh kak ct untuk makan2 keluarga
TQ kepada yang menempah...

Bengkel menjawab Bahasa Melayu PMR

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
apa khabar semua?
Sepanjang minggu agak sibuk dengan urusan sekolah dan tempahan..jd masa utk mengupdate blog jd kurang..




Hari ni,cheq da kongsikan bengkel menjawab Bahasa Melayu yg telah berlangsung semlm dengan jayanya. Program ini adalah antara program bagi pelajar tingkatan 3 yg akan menduduki peperiksaan pmr nanti. 
Melalui program ini..pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Syah..Saudara Humaizi yg mempunyai banyak pengalaman. Banyak input yg mereka perolehi..apa yang cheq da harapkan agar semua pelajar dapat menjawab soalan dengan jayanya nti.

Selasa, 3 September 2013

Kek Merdeka Raya..

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua.
Apa khabar yea. Malam ni dapat la uploadkan n3 terbaru dalam blog yg simple mimple ni. Hari ni cheq da kongsikan kek merdeka raya yg telah disambut di sekolah pada 24hb yg lepas. 

Sebenarnya memang cheq da tidak merancang nk buat kek bendara kebanggaan negara kita ni. Ia adalah permintaan gpk koko sekolah yg mahukan cheq da buatkan kek sedemikian untuk upacara gimik perasmian majlis tersebut.

Alhamdulillah berbekalkan ilmu yang tak seberapa ni..cheq da dapat hasilkannya dgn bantuan suami tersayang.


Namun warna kek ni masih tak memuaskan hati cheq da sbb colour merah dan biru tak jd terang. Ianya seakan pudar sahaja. Kalu ada sesiapa yg boleh kongsikan macamana nk dapatkan warna merah terang boleh sharekan yea. Setakat ni utk dapatkan merah terang memang tak menjadi la.

Ok lah 2 jea la n3 pada mlm ni..sebelum melabuhkan tirai..untu kek ni cheq da buatkan kek span coklat dan vanila yg dilayerkan selang seli. Kemudian dilapisi dgn blueberry filling dan toppingkan dengan fc.

Wassalam