MACAROON
sumber: kak ita masam manis
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar
dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula
castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan
kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan
menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan
mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan
adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah
bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg
terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan
macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2
kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat
tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven
jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan