Halaman

Khamis, 31 Oktober 2013

Kek Birthday Wazif...

Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Lagi tempahan yang diterima oleh kawan suami sempena dengan hari lahir anak kedua mereka yang pertama.
Kek blueberry dengan satu kilo setengah dengan deco kanak2 supaya nampak meriah..
layan jea..


Terima kasih kerana sudi order dengan cheq da.

Rabu, 30 Oktober 2013

Soto Ayam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni berkongsi pula dengan resepi soto ayam yang diintip dalam blog Kak yati,sinar kehidupanku.
Sebenarnya,Cheq da dah lama mengidam nak makan soto ayam ni..he3 cam orang mengidam la plak.
Buat soto ni ketika hari Ahad masa cuti hujung minggu..maklumlah baru la ada masa nak menyediakannya kalu harapkan hari2 biasa memang tak sempat dan tak merasa lah kerana kepenatan dengan kerja sekolah yang tidak pernah habis...Oklah kepada Kak yati terima kasih atas resepi yang dikongsikan ini. Minta copy di sini yea.


SOTO AYAM

BAHAN-BAHANNYA
·                     Nasi Impit secukupnya
·                     1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
·                     3 s/b rempah sup/ rempah soto
·                     1 ketul sup bunjut adabi
·                     1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
·                     1 ketul kiub pati ayam
·                     6 cwn air atau secukupnya

Bahan Tumis
·                     Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
·                     2 biji bwng merah- di hiris
·                     2 ulas bwng putih- di hiris
·                     2 btng serai- di titik
·                     2 cm lengkuas- dititik

Bahan Kisar
·                     1 biji bawang besar*
·                     5 ulas bawang merah *
·                     3 ulas bawang putih *
·                     1 inci halia *

CARA-CARANYA
1.        Kisar halus bahan yang bertanda *
2.        Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.        Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
4.        Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
5.        Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
6.        Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
7.        Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
8.        Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit
·                     1 mangkuk kecil tauge
·                     1/2 cwn kcng tanah- di goreng-tak letak
·                     1 paket kecil su'un- di goreng-ganti dengan mee hun
·                     sambal kicap secukupnya
·                     2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
·                     Sedikit bawang goreng
·                     Garam dan sedikit gula

Cara Penyediaan
1.        Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
2.        Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...

Sambal Kicap
·                     10 tangkai cili padi merah
·                     15 tangkai cili padi hijau
·                     3 ulas bwng putih-bakar sebentar
·                     1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
·                     2 sudu besar gula
·                     1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
·                     2 biji limau kasturi-ambil jusnya.

Caranya
1.        Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
2.        Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
3.        Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

White Chocolate Macadamia cake...for baba

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya dah lama menenti untuk membaking kek ni..untuk makan2..cuma menanti hari yang bahagia sahaja.Ini kerana masa duk lihat teknik membuatnya di blog Kak Azlita Masam manis stepnya cam susah jea..tapi bila dah buat sendiri,agak kepenatan jugak la yea nak menyiapkannya.
 Lagipun  kacang macadamia ni mahal jugak harganya. Kacang ni plak dah lama dah beli cuma tunggu masa jea membakingnya. Masa buat kek ni memang terlintas nak suprisekan seseorang..
maklumlah asyik duk buat kek yang ditempah sahaja,sedangkan kek birthday anak-anak dan baba sendiri jarang dibuat dan kalau buat pun ala kadar sahaja.


 WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE
Oleh: Azlita Aziz masam manis

KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Ayak tepung dan baking powder
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja.

SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk



SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim

CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar

GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata 

KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman
Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache
Hiaslah kek mengikut kreativiti


 Apa macam panjang tak kaedah penyediaannya...lotih makk tau..hehe tapi kek ni memang sedap tambah2 bila dah keluar dari peti sejuk...nyaman jea tekak merasainya. Masa buat surprise,kek ni dibawa ke KFC sebab malam 2 sempena dengan birthday baba,kami sekeluarga makan di sana, baba sangat terkejut dan dia ingat cheq da buatkan kek yang ditempah...pe2 Happy Belated Birthday Baba..


Selasa, 29 Oktober 2013

Hokaido..order dari Puan Khor Siew Fun

Berkongsi pula dengan tempahan hokaido dalam saiz yang besar. Sebelum ni,cheq da hanya menerima tempahan dari yang mini sahaja tapi Puan Khor SF ni tidak mahu yang kecik,katanya tak puas nak makan. Sebenarnya dah kali ketiga dia menempah kek ni dengan Cheq da. 
Kali pertama sebanyak 24 biji untuk dibawa ke jamuan kelas muzik anaknya. Kali kedua sempena dengan jamuan Hari Kanak-kanak di sekolah anak perempuan sulungnya iaitu Su Ying sebanyak 50 biji dan kali ketiga pada 18hb yang lalu sempena dengan  hari jadi anak keduanya iaitu Yu Wen sebanyak 60 biji.
Masih lagi menggunakan resepi yang sama untuk setiap tempahan ni.


  Tempahan kali ke2 sebanyak 50 biji..tempahan kali pertama tak sempat nak snap gambar

 
 Yang dalam kotak ni plak tempahan kali ke3 60 biji semua

Terima kasih kepada Puan Khor kerana masih sudi menempah.

Isnin, 28 Oktober 2013

Tempahan Sk Brinchang..

Assalamualaikum..
Lagi tempahan yang diterima dari SK Brinchang untuk sambutan di sekolah mereka.
Sebenarnya dapat tempahan 7 biji semuanya tapi Cheq da ambik 4 biji dan 3 biji lagi disubkan kepada Cheq Sue kerana takut tak sempat nak membuatnya. Tambahan pula ada plak tempah hokaido dari Puan khor Siew Fun pada tarikh yang sama.. Pe2 layan jea yea.
 Kek ni dideco sama sahaja sebab malas nak memikir. Kek yang dibuat adalah kek span coklat,blueberry,oren dan vanila.Toppingkan fresh cream dan berfilingkan blueberry,oren,dan buah peach .






Penuh dengan colourful dan terima kasih kerana masih menempah dengan Cheq Da..

Ahad, 27 Oktober 2013

Mee Kari mengancam...

Assalamualaikum dan selamat petang.
makan apa petang2 begini..tambah2 dikesejukkan di Cameron ni terasa lapar la plak.
Best ni kalu dapat pekena apa2 juadah dengan teh O..tp disebabkan kemalasan tak buat apa2 pun..just nak uploadkan n3 terbaru untuk tatapan peminat MKS ni.
Oklah n3 untuk hari ni adalah mee kari. Buat mee kari ni pada hari Khamis yang lepas bersempena dengan cuti Keputeraan Sultan Pahang. 
Bila teringat nak makan,balik sekolah hari rabu 2 terus ke kedai dan membeli la bahan untuk dibuat mee kari ni. Keesokkannya plak bangun seawal pagi duk membuat mee kari ni,boleh la dibuat breakfast selepas keluarga yang lain bangkit dari tidur. Bukan buat sendiri lagi puas berbanding dengan dibeli di kedai walaupun mee kari ni kurang digemari oleh Cheq da.

 Resepi Mee Kari Ringkas
Dari blog: Mori's kitchen

Bahan-bahannya:
1 paket mee di celur dan ditoskan
4 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
Isi ayam yang di potong dadu
5 keping tahu kering di potong kecil
1/2 paket fishball di belah dua
1 biji telur
1 biji cili merah di hiris kasar
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan untuk menumis
3 biji bawang putih dihiris nipis
3 biji bawang merah kecil dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
Bahan yang di kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
(dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan cili kisar
(satukan serbuk kari, cili kisar bersama bahan yang dikisar tadi)
Cara-caranya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
2.   Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3.   Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari dan cili kisar tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
4.   Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya.  Biarkan mendidih.
5.   Masukkan isi ayam biarkan seketika.  Masukkan tahu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata. 
Biarkan ianya mendidih seketika.  
6.   Pecah kan sebiji telur ke dalam kuah.  Kacau perlahan dan biarkan mendidih sebentar.
7.   Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita.  Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
8.   Masukkan sayur sawi dan juga garam secukup rasa.  Perasakan.  
9.   Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus

 Ribuan terima kasih kepada penyumbang resepi ni..mohon Cheq da copykan untuk rujukan akan datang.
Mee kari dibuat lebih dan ke hantar ke rumah pengasuh anak cheq da untuk makan2. Sememangnya sangat sedap..lebih sedap yang dijual di kedai..hehehe

Sabtu, 26 Oktober 2013

Dari lense Baba...

Assalamualaikum dan selamat pagi...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi boleh menikmati keindahan dunia.
Pagi ni seawal pukul 5.45am Cheq da dah bangkit untuk menyelesaikan tugasan sekolah melalui sistem SPPBS kerana sejak dari semalam sistem tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekarang pun sewaktu menaip n3 ni pun keadaan yang sama berlaku...sabarrrrr jealah...

Suami pula pagi2 dah bangun untuk ke tapak pengurusan penganjuran pertandingan berbasikal di Cameron yang telah pun bermula jam 7 am pg tadi. Beliau sebagai urus setia menggunakan masa yang ada untuk memastikan pertandingan ini berjalan lancar. Sasaran adalah seramai 1500 orang sahaja mengikut pendaftaran yang telah dibuat dalam bulan 7 lagi. Tetapi walaupun Cameron Highlands dilanda banjir kilat,trek yang digunakan tidak melibatkan kawasan bencana. Paling menggembirakan peserta yang berdaftar semalam sudah hampir 2000 orang. Jadi nak tak nak kena menguruskan sebaik mungkin. Mengikut suami,trek di sini merupakan trek yang paling mencabar dalam Malaysia.

Oklah Cheq da nak bagi tau lebih2,Cheq da tidak pandai mengenai cabaran2 ni. N3 hari ni hanya nak uploadkan gambar2 suami cheq da sebagai kenangan di masa depan. Untuk pengetahuan,suami Cheq da sememang orang yang sangat meminati dunia sukan dan dia sendiri pun merupakan guru dalam opsyen PJK. Amat berbeza dengan Cheq da yang kurang minat dalam bidang ini.






Sekian untuk n3 pada kali ni...

Jumaat, 25 Oktober 2013

Alangkah indahnya ciptaanMU

Assalamualaikum dan salam bersiarkan kembali.
Sementara menunggu nak log in sistem SPPBS yang tak dapat2,cheq da uploadkan n3 ini.
Sebenarnya n3 malam ni adalah berkongsikan gambar2 yang diambil oleh adik bongsu Cheq da,iaitu su yik sewaktu dia melancong ke Cameron tahun lepas. 
Gambar2 yang diambil olehnya dengan teknik yang pelbagai menggunakan dslr kesayanganya telah menarik minat cheq da untuk memasukkan gambar ini dalam blog kesayangan cheq da ini. Ini kes terselonggar hard disk untuk melihat gambar2 yang lalu. 
Rupanya masih banyak gambar yang boleh cheq da kongsikan di sini.
Oklah tak nak membebel panjang,kita layan yea gambar2 bunga2 yang cukup indah menghiasi bumi Cameron ini.





Nampaknya sungguh semulajadi
bunga2 di sini..



Dengan pelbagai teknik yang cheq da sendiri masih tidak pandai nak mengambil menggunakan dslr..kena belajar lebih la selepas ini.


Kla selesai sudah pun n3 untuk malam ini dan paling memuaskan hati bila Pasukan Red Warrior berjaya sekali lagi untuk menempah tiket ke final dalam piala Malaysia..Tahniah...

Khamis, 24 Oktober 2013

Tempahan cupcakes dan kek coklat Wana.

Assalamualaikum
tempahan yang sudah lapuk..
terlepas pandang nak masukkan dalam n3 dan satu lagi 
kek birthday anak buah Wana pada 1 Syawal yang lepas

  30 biji cupcakes ni diorder oleh Kak mai sebelum bertukar ke Perak untuk diberikan kepada jiran2 rumahnya


Kek hari lahir Ridwana Aina yang ke-4

Rabu, 23 Oktober 2013

Hasil gubahan pelajar..program selepas PMR.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
N3 untuk hari ni sekadar berkongsi cerita yang berlaku di sekolah. Ianya adalah mengenai program selepas PMR. Para pelajar selepas PMR banyak diberikan pendedahan yang boleh menarik minat mereka untuk datang ke sekolah.


kumpulan yang memenangi tempat pertama kerana kelebihan aksesorinya

Salah program yang telah pun berlangsung semalam adalah pertandingan mengubah bunga dengan tema bunga untuk majlis perkahwinan. Apa yang menariknya pertandingan ni turut disertai oleh pelajar lelaki. Memang teruja bila melihat bunga2 yang penuh dengan kesegaran ini. Almaklum duk kat CH ni stok bunga ini banyak. Tambahan pula mereka ni ada yang terdiri daripada anak tauke bunga. Maka tak hairan onkos untuk bunga ni tidak mengeluarkan modal.


Gubahan dari kumpulan lelaki..
Sebenarnya Cheq da tidak tahu pun adanya pertandingan ini sebab sibuk dengan peperiksaan akhir tahun. Kebetulan sewaktu duk mengajar di Kelas 1 Jujur,Puan Amutha meminta bantuan untuk mengadili gubahan tersebut kerana beliau sendiri pening untuk memilih pemenangnya. 
Apa lagi bila dah ke sana,siap bergambar sakan lagi Cheq da dengan gubahan2 ni. Kreatifnya mereka dalam melahirkan idea mengikut tema yang dipilih. Semuanya cantik2 belako sehingga Cheq da pun pening nak memilih  pemenangnya. 
Tahniah kepada kumpulan yang menang.


Salah satu design dengan kreatif mengubah bunga pegang.

Ha yang ni plak gaya cheq da bersama2 dengan bunga yang digubah..memang suka bergambar tambah2 kalau bunga2 cam ni..suka sangat..he3

Selasa, 22 Oktober 2013

My little Haziq 1 tahun

Assalamualaikum...
salam bersua kembali dengan n3 untuk hari ni. N3 pada hari ni sekadar berkongsikan cerita anak kedua cheq da..Luqman Haziq yang dah pun berusia 1 tahun. Sekejap saja..pejam celik pejam celik dah nak berjalan rupanya anak cheq da ni. Teringat sewaktu mengandungkannya,memang tidak banyak masalah yang cheq da alami..boleh lagi bawa kereta ke sekolah sehingga cuti bersalin. Balik ke kampung plak dalm 6 hari kelahirannya lewat dari due date..tapi alhamdulillah kelahirannya dipermudahkan Yang Maha Esa. Kini sudah 13 belas bulan bersama2 dengannya dan terasa kehilangan walaupun ditinggalkan sekejap.
 

Sempena dengan kelahiran yang yang pertama baru2 ni..Cheq da hanya sempat membaking kek birthday untuk dihantar ke rumah pengasuh sahaja, untuk sambutan yang gilang-gemilang ni belum disambut sepenuhnya. Nanti la bila dah tidak sibuk boleh la sambut di kampung.Terasa la cikit kemeriahannya.


Kek yang dibuat adalah kek checkered cake iaitu gabungan kek blueberry dan vanila dan difilingkan dengan blueberry filling. Ini adalah merupakan kali pertama membuat checkered cake setelah peralatannya dibeli setahun yang lalu tapi tak dapat ditayangkan di sini sebabnya kek tersebut dibawa ke rumah pengasuh.
Apa2 pun diharapkan adik Haziq akan menjadi orang yang berguna dan sentiasa soleh nanti..
Insha Allah

Isnin, 21 Oktober 2013

Tempahan lalu..

Assalamualaikum dan selamat malam..
Nampaknya dah lebih seminggu blog ini tidak diselitkan dengan n3 terbaru..
Memandangkan kerja sekolah dan rumah yang tidak pernah habis..cheq da gagahkan juga menguploadkan n3 terbaru. Cuma cerita yang nak dikongsikan adalah n3 berkaitan dengan tempahan kek yang dah lapuk. Kek ni diorder oleh pembantu pra sekolah suami sempena birthday suami dan anaknya yang kebetulannya disambut pada bulan yang sama.
kek span coklat dengan filling blueberry dan fresh cream topping ni adalah seberat 1.2 kg.
Harap tuan puas hati.
Kepada semua rakan2 blogger jangan lupa ke blog chequechekgu untuk karya penulisannya yang terbaru..cinta aloyah dan cafe..best..


Terima kasih kerana sudi menempah..

Khamis, 10 Oktober 2013

Bengkel Perhalus Sejarah Daerah Cameron Highlands

Asslamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah hari selamat sudah satu bengkel perhalus bg subjek daerah ch ni. Bengkel yg berlangsung dr pukul 8 am hingga 4 pm ni telah diadakan di Smk Kg Raja. Ianya telah disertai oleh 136 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah di daerah ni. Banyak input yg boleh diperolehi oleh pelajar dengan menjawab soalan berdasarkan teknik mudah agar mereka boleh lulus dalam peperiksaan 
nti.


Dalam bengkel ini juga para pelajar byk diberikan teknik menjawab soalan kbkk yg mana soalan byk menyumbang kepada markah lulus pelajar. Puan Noraiza iaitu jurulatih utama bg subjek ni byk memberikan pendedahan kepd para pelajar. Guru2 lain pula sebagai fisililator dan juga 3 orang kaunselor dr ketiga2 buah sekolah pula adalah mentor.


Para pelajar juga diberikan soalan untuk dijawab bersama2 dengan bimbingan guru2 lain. Sepjg bengkel juga pelajar2 dan guru2 dapat mkn percuma dan mknan telah disponser oleh ppd ch.


Diharapkan agar bengkel ni boleh membantu pelajar perhalus ni lulus dengan baik..Insha Allah.

Tempahan dari Prasekolah SK Ringlet

Salam dan selamat sejahtera semua.
Sekadar berkongsi kek yang ditempah oleh prasekolah SK Ringlet 2 minggu lepas.
Kek ini sebenarnya telah diorder oleh Ustazah Asmat untuk jamuan prasekolah pada hari tersebut.
2 biji kek yang diorder iaitu kek coklat moist dan juga kek span coklat dengan blueberry filling.



Terima kasih kepada yang sudi mengorder..

Rabu, 9 Oktober 2013

Kek Birthday Danish

Assalamualaikunm
kek blueberry seberat 700gm diorder oleh rakan sekerja untuk hari lahir anak sulungnya..Danish..
Yang si adik hanya menumpang nama sebab takut bergaduh plak nanti..pesan maknya..so taruk la juga namanya walaupun theme bola menjadi pilihan si Danish.
Harap gembira yea Danish.




terima kasih buat kak yati sekeluarga kerana sudi menempah..