Assalamualaikum dan selamat petang.
makan apa petang2 begini..tambah2 dikesejukkan di Cameron ni terasa lapar la plak.
Best ni kalu dapat pekena apa2 juadah dengan teh O..tp disebabkan kemalasan tak buat apa2 pun..just nak uploadkan n3 terbaru untuk tatapan peminat MKS ni.
Oklah n3 untuk hari ni adalah mee kari. Buat mee kari ni pada hari Khamis yang lepas bersempena dengan cuti Keputeraan Sultan Pahang.
Bila teringat nak makan,balik sekolah hari rabu 2 terus ke kedai dan membeli la bahan untuk dibuat mee kari ni. Keesokkannya plak bangun seawal pagi duk membuat mee kari ni,boleh la dibuat breakfast selepas keluarga yang lain bangkit dari tidur. Bukan buat sendiri lagi puas berbanding dengan dibeli di kedai walaupun mee kari ni kurang digemari oleh Cheq da.
Resepi Mee Kari Ringkas
Dari blog: Mori's kitchen
Bahan-bahannya:
1 paket mee di celur dan ditoskan
4 biji telur yang di rebus dan dikupaskan kulitnya
Isi ayam yang di potong dadu
5 keping tahu kering di potong kecil
1/2 paket fishball di belah dua
1 biji telur
1 biji cili merah di hiris kasar
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan untuk menumis
3 biji bawang putih dihiris nipis
3 biji bawang merah kecil dihiris nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
Bahan yang di kisar
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia
(dikisar kesemua bahan ini sehingga halus)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan cili kisar
(satukan serbuk kari, cili kisar bersama bahan yang dikisar tadi)
Cara-caranya:
1. Panaskan periuk atau kuali dan isi kan minyak masak.
2. Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3. Masukkan bahan yang dikisar bersama serbuk kari dan cili kisar tadi.
Masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan juga air yang secukupnya. Biarkan mendidih.
5. Masukkan isi ayam biarkan seketika. Masukkan tahu kering, fishball, cili hiris dan gaul rata.
Biarkan ianya mendidih seketika.
6. Pecah kan sebiji telur ke dalam kuah. Kacau perlahan dan biarkan mendidih sebentar.
7. Masukkan santan pekat ikut kesukaan kita. Gaul rata dan biarkan mendidih sebentar.
8. Masukkan sayur sawi dan juga garam secukup rasa. Perasakan.
9. Boleh di hidang kan bersama mee yang telah dicelur tadi bersama telur rebus
Ribuan terima kasih kepada penyumbang resepi ni..mohon Cheq da copykan untuk rujukan akan datang.
Mee kari dibuat lebih dan ke hantar ke rumah pengasuh anak cheq da untuk makan2. Sememangnya sangat sedap..lebih sedap yang dijual di kedai..hehehe