Halaman

Sabtu, 23 November 2013

Apam Beras @ Nasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Biking apam ni sebab ada lebihan nasi dan sayang la plak nak membuangnya.
Cheq da buat apam ni dalam 2 adunan dan hasilnya amat la banyak. Jadi selepas siap membikingnya pada waktu malam,paginya plak dibawa ke tiga tempat iaitu rumah pengasuh, ke sekolah hubby dan sekolah cheq da utk makan. Tapi malangnya nyoir tak sempat nak dibeli sebab perancangan agak lewat..jadi bawa gni jea la. Resepi dari blog Kak Yati..Sinar Kehidupanku..layan..


APAM BERAS
sumber: Blog Sinar Kehidupanku
 Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


10 ulasan:

  1. suka apam ni ... projek nasi lebih :-)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..amboi gebunya apam tu...

    BalasPadam
  3. salam cheq da..

    best ni kalau dapat makan apam beras time lapar2 ni..

    BalasPadam
  4. Nampak lembut apam awak tu..kak ina selalu kalau apam pakai yis ni buat apam tepung gandum aje :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum pernah jumpa lg apam kak ina bt 2 nti la nk cuba

      Padam