Halaman

Sabtu, 22 Februari 2014

Himpunan Keluarga..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rasanya lamo tul rasanya tak update blog ni. Sebenarnya sudah byk gambar yg dah ada tp semua dlm kamera. Malas tul rasa nk memindahkan gmbr tersebut. Tunggu masa yg sesuai la nampaknya.

Oklah sekadar berkongsi n3 pads hari ni. Jumaat lepas selepas sekolah tamat. Cheq da pulang ke kampung bersama2 dengan Afiq dan anak2. Mujurnya si Haziq Mok ja sanggup nk jaga sementara menunggu waktu sekolah tamat. Kalau tak terpaksa naik ke Brinchang untuk mengambil anak sebelum bertolak ke kampung. Suami tak ikut serta kerana sibuk dengan kejohanan merentas desa peringkat negeri Pahang.
Bertolak dari CH jam 12.30 dan sampai dlm pukul 4.30 di kota Bharu.

Tujuan Cheq da blk disebabkan ma cheq da kurang sihat. Kita sebagai anak sememangnya susah hati bila tau keadaan ibu kita yg tidak sihat dan tidak lalu mkn sehingga berminggu2. Atas sebab ni la cheq da ingin pulang ke kampung walaupun tanpa si driver.
Hari ni plak ada himpunan keluarga. Makan beramai2 bersama-sama ada beradik yg lain. Orang tua ni biasanya bila dah berkumpul semua mestilah berselera sikit mkn nya. So kami buat gotong-royang la menyediakan juadah tengah hari ni.





Gambar yg di bawah sekali ni la menu yg utama. Kaki lembu air asam. Kebetulan abang cheq da beli kaki lembu ni untuk mkn beramai2. Lauk lain biasa jea iaitu ikan goreng taucu. Salad sayuran serta ulaman dan budu sos kebanggaan rakyat kelantan. Memang best bila dah dapat makan ramai2 begini. Alhamdulillah ma pun dah bertambah sihat bila anak2 berkumpul sekali sekala begini. Esok plak pagi2 lg dah nk bertolak ke Ch. Sekali sekala penat juga bila drive seorang2 gni. Biasa lambat asal selamat.

1 ulasan:

  1. Slm kenal..

    Bestnya dpt berkumpul ramai2..meriah n dpt mengeratkan lagi silaturrahim

    Jemput ke blog saya kiranya sudi..:-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    BalasPadam