Halaman

Ahad, 9 Mac 2014

Selamat Pengantin Baru: Ain dan Syukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersua lagi kita ke n3 hari ini. N3 hari ini adalah sekadar berkongsi tentang perkahwinan anak sepupu suami yang telah pun  berlangsung pada 31 Januari yang lalu. Lama2 baru lah nak publish n3..hihihi.

Oklah berbalik kepada cerita di atas,kedua-dua telah pun selamat menjadi suami isteri. Teringat masa Cheq da kahwin dengan suami,si Ain baru jea di tingkatan 3. Sekarang ni dah selamat pun menjadi isteri si Syukur ni. Suaminya orang Selangor. Semoga Ain menjadi isteri yang sollehah dalam melayari rumah tangga.

 Gambar yang di atas ini,cheq da copykan daripada fb nya,maklumlah masa bersanding,cheq da masih lagi di rumah mentua. Bila ke sana selepas Zuhur,persandingan pun dah habis. Pihak lelaki minta awalkan majlis kerana mereka mahu berangkat balik. Apa2 nti kena bagitahu Ain pasal gambar ini yea.

 Pengantin memilih tema puple dan pink semasa bersanding. Baju puple ini merupakan tema utama dan warna pink warna persalinan. Nampak anggun dan manis Ain pada hari persandingannya.

 Yang kek di atas ni pula adalah merupakan hadiah Cheq da kepada Ain. Dua minggu sebelum majlis, Ain ada msg suami bertanyakan suami sama ada cheq da boleh buatkan kek ataupun tak untuk persandingannya. Cheq da on jea sebabnya memang ingat nak bagi kek jea kat dia sebagai hadiah perkahwinan.

 Puas juga nak memikir nak buat kek orang kahwin ini kan. Kek ni cheq da gunakan sepenuhnya buttercream maklumlah kalu fresh cream nanti tak tahan plak musim panas2 di kampung. Dalamnya kek span coklat dengan filling blueberry.
Deco-deco bunga2an pilihan cheq da..memilih tema yang sama seperti yang diminta arap Ain puas hati.


Doa semoga mereka sentiasa bahagia dan dikurnia baby yang comel2.

2 ulasan:

  1. salam cheq da..

    cantik la kek kahwin tu..gambar pengantin pun nampak cantik dan sweet..selamat pengantin baru buat pasangan pengantin..

    BalasPadam