Halaman

Rabu, 30 April 2014

Order 2014: Repeat order dari SJKT Bleu Valley

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima tempahan lagi..
terima kasih kepada cikgu-cikgu yg sudi menempah




Pilihan mereka kek span oren dengan filing oren dan topping fb

Selasa, 29 April 2014

Resepi roti jadi pizza

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila duk intai2 di blog mas duniaku..seakan terpanggil untuk membuat roti resepi yg berlainan.
Nampak lembut gebu jea rotinya.
Utk cubaan pertama ni cheq da buat doh asas roti ni bikin pizza...sedap dan mengancam rasanya.
Mas cheq da mohon copy resepi di sini dan terima kasih penyumbang resepi utama ini. Moga sentiasa tidak lokek berkongsi resepi.





Ini plak lebihan pizza buat plak roti plain saja untuk cicah air kopi...sememangnya mahsyuuuukkkk la you all. Cheq da bg pengemar roti boleh cuba resepi ini.


RESEPI ROTI LEMBUT GEBU

Bhn2:

500 G TEPUNG HIGH PROTEIN

250 ML AIR SEJUK PETI

1 BIJI TELUR

30G G SUSU TEPUNG

80 G BUTTER @MAJERIN

1 SUDU KECIL GARAM

85GM GULA

1 PAKET YIS(11GM)


CARA:
MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.

MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.

DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.

BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..

MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2

Cara Mas ( Guna Mixer )  :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.
Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..
Uli hingga doh licin dan elastik...
Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..

Isnin, 28 April 2014

Order 2014:Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima dari kakak ipar kepada pekerja kantin sekolah. Oleh sebab dia tinggal berdekatan dengan cheq da di Brinchang so cheq da delivery sendiri ke rumahnya. Bila ke sana, rupa-rupanya kenalan suami sewaktu bersama-sama berniaga pasar ramadhan 2 tahun lepas..




Request nakkan buah-buahan segar. Terima kasih kerana sudi menempah.

Ahad, 27 April 2014

Laksam Kelantan vs Laksa Penang.

Assalamualaikum da salam sejahtera.
Makan-makan time waktu cuti baru ada masa nak membiking dua juadah ini. Yang pertama laksam Kelantan dan yang kedua laksa penang. Sebab buat kedua2nya suami minat nak makan laksam kelantan dan cheq da suka laksa penang. Tetamu pada hari ini makan bersama-sama ialah Kak siti dan Cikgu Asmadi. Kira makan2 bersama-sama kawan2 jea. Nak makan semua memang tak habis.

  
LAKSAM KELANTAN
Oleh: Yani my resepi

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau




Laksa Penang
oleh: Lizacomel My resepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 3-4 paket laksa beras cap Zong Shan
  • *Bahan kuah laksa*
  • 1 kg ikan kembung
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 labu bawang besar
  • 7-10 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 cm halia
  • 10-12 sudu makan cili giling
  • 7-10 biji cili padi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 cm belacan
  • segenggam daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • garam secukup rasa
  • *Bahan ulam laksa*
  • 4-5 biji telur rebus - dibelah dua
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 5-6 biji cili padi - dihiris
  • 1/2 biji nanas - dihiris
  • 1 batang timun - dihiris memanjang
  • 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
  • 4-5 helai daun salad - dihiris
  • sedikit daun pudina
  • *Bahan opsyenal*
  • petis udang

Cara-cara

  1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
  2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
  3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
  4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
  5. Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
  7. Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

Order 2014: kek birthday ika dan danish

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempahan yang agak lama cuma tak sempat nak upload. Sebenarnya banyak n3 tertangguh ekoran kemalasan diri nak mengadap dan mengedit gambar. Lagi malas bila gambar dari kamera malas nak ditranferkan ke laptop. Tempahan ini diterima pada hari yang sama.




Terima kasih kepada rakan sekerja iaitu wan alina dan kak hayati kerana sudi menenpah dengan cheq da.

Sabtu, 26 April 2014

Puding Kasih Bertaut..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry pada hari ini berkongsikan puding yang cukup popular suatu ketika dulu iaitu puding kasih bertaut.
Mulanya terfikir nak buat puding ini bila kelab guru SEMEKAR ingin mengadakan potluck dan meminta para guru menyediakan makanan ringan. Ini kerana mean dish dah pun ditempah. Jadi sekadar nak mentopupkan sahaja meminta guru2 menyediakan juadah masing-masing. Pada mula cheq da hanya nak buat agar2 biasa2 jea tapi sambil duk google teringat lah nak cuba yang ini.


Dulu pernah sekali Cheq da buatkan puding ini. Tak pe lah sekali lagi cheq da kongsikan di sini.



PUDING KASIH BERTAUT

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :

Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Selasa, 22 April 2014

Header...terima kasih cheq sue

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hai nampak lamo tul tak mengodek blog ni..
Bukan apa malas nak membuka lappy ni..
Lagipun minggu lepas hanya bersama-sama anak2 sahaja so pengurusan itu lebih penting..
maka tiada lah entry baru lebih kurang seminggu.

So nak citer pasal hari ni..kebetulan duk saja2 selepas berjaya siapkan kertas exam budak form 4.
Duk melepak la dengan Cheq sue pasal header ni..maka ajar si cheq sue camana nak buat header. Cheq da plak siap rakam untuk tgk stepnya..maka terbuat header baru ni...hihihi..tak susah rupanya..



try punyalah try..letak plak gambar si kechik ni..nanti bilo ada kesempatan nak tukar,,boleh lah tak gambar anak beranak plak..oklah sekian la untuk n3 hari ni..
terima kasih buat cheq sue..sifu cheq da dalam dunia blog ni...

Selasa, 15 April 2014

Order 2014: kek birthday Aqilah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuma nk berkongsi order semlm.
Layan jea..kek span pandan dgn peach filing utk birthday Aqilah


Terima kasih kepada kak siti kerana sudi order

Jumaat, 11 April 2014

Kek Minyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek minyak...kek ni sedap dan mudah untuk menyediakannya. Selepas melihat beberapa blogger mempamerkan kek minyak mereka..cheq pun terpanggil untuk membuatnya.
Hujung minggu lepas bikin kek ni..rupanya satu adunan dapat banyak...bila dah cam bagi-bagikan sikit kepada jiran tertangga.
Cheq da gabungkan 3 flavour iaitu strawberi,blueberry dan oren.
Resepi plak mohon copy dr mas duniaku yea...tq kepada penyumbang utama kek ini. Semoga rezeki anda semakin murah.


Bahan-bahan ( 8x8inci) :

5 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus / gula kastor
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara :
Panaskan oven suhu 170'C
Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)

Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Rabu, 9 April 2014

Order 2014: Tempahan SJKT Blue Valley..terima kasih cikgu Azizan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lagi order pada tahun ini. Tempahan sebelum cuti ini diterima dari Cikgu Azizan dari SJKT Blue Valley Cameron. Cikgu Azizan ni suami kepada kawan cheq da iaitu kak Hayati. Terima kasih kerana sudi menempah dan tolong promote lagi. Selepas tempahan ini, rezeki Cheq da semakin bertambah.
Pilihan beliau ialah kek span oren untuk sambutan hari jadi di sekolahnya.




Terima kasih kerana sudi order yea..

Selasa, 8 April 2014

Order 2014: Tempahan demi tempahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah atas tempahan yang diterima setiap minggu. Hari ini sekadar berkongsi tempahan-tempahan yang lepas...layan jea..


Pandan layer cake yang diorder oleh rakan sekerja Puan Wan Azlina yang mengidam agaknya...



Mini hokaido untuk Sk Ringlet


Kek Blueberry cheese ditempah oleh pekerja kantin sekolah.

Terima kasih kerana sudi menempah..

Isnin, 7 April 2014

Resepi roti lembut gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Meroti la plak. Kali ni resepi dicopykan dari blog Mas Duniaku. Minta izin yea mas. Pada Cheq da roti ini sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Buat pelbagai versi untuk keperluaan anak-anak menikmatinya dengan pelbagai pilihan.





Roti Lembut Gebu
Sumber :  Anie Japri FB
copy from blog Mas Duniaku

Bahan :
 500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)

CARA:
MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2

Cara Mas ( Guna Mixer )  :
Mas satukan semua bhn2 kering kecuali marjerin dalam bowl.
Putar perlahan hingga adunan sebati baru masukkan marjerin..
Uli hingga doh licin dan elastik...
Mas terus keluarkan dari mixer dan uli sedikit dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu atas doh dngan susu segar dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c.
Kluarkan roti dan sapu marjerin..
Sedia dimakan..

Ahad, 6 April 2014

Order 2014: Tempahan RKT Brinchang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempahan yang diterima dari persatuan Rukun Tetangga Brinchang Cameron Highlands.
Suami plak merupakan salah seorang AJK persatuan ini.
Kek yang diorder ialah dua biji iaitu kek span blueberry dan kek coklat moist.
Sempena jamuan keluarga ajk rukun tetangga 2013.
Jamuan diadakan di Restoran Glory cameron...





Terima kasih sebab sudi order..dan kata suami rasa yang berpuas hati dengan taste kek-kek ini. Alhamdulillah...

Sabtu, 5 April 2014

Order 2014: kek bola 3D

 Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bersua lagi kita di arena maya ni. Nampaknya baru sekarang berkesempatan cheq da nak updatekan blog ini. Ke mana menghilang agaknya yea????
Sebenaranya masa untuk berceloteh dalam blog ini adalah terhad..ada masa boleh lah update..tak de masa berhenti sekejap. Namun begitu walaupun tak masukkan n3 baru..n3 kawan2 blogger yang lain setiap hari cheq da jenguk tau..
Oklah n3 pada hari ni berkongsi tempahan kek yang dah agak lama. Kek ini ditempah oleh Kak Noli. Gabungan 2 jenis kek pandan layer dan juga kek span coklat..layan jea la yea.



Terima kasih kerana masih tak jemu-jemu menempah...