Halaman

Jumaat, 6 Jun 2014

Trip to vietnam...Hari kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini masih lagi berkongsikan n3 ke Vietnam. Selepas sehari berada di sini. Hari kedua pula kami telah dibawa ke Sungai Mekong untuk melengkapkan aktiviti dan jadual mengikut perancangan. Bertolak dari hotel seawal 8 am. Untuk menuju ke Sungai Mekong ni memakan masa 1 1/2 jam dari bandar HCM.


Sepanjang jalan untuk ke Sungai Mekong kami melalui highway. Sepanjang highway ini kelihatan sawah padi yang terbentang luas. Paling menarik sepanjang sawah padi kelihatan makam di tepi sawah tersebut. Menurut kepercayaan mereka di sini..jasad ahli keluarga yang meninggal akan sentiasa bersama2 mereka sewaktu membanting tulang mencari rezeki.


 Ni plak suami dan anak cheq da...tidur jea sepanjang jalan. Suami kata anak tak tidur sehingga jam 5 pagi..meragam sebab biasanya dia tidur dengan cheq da..malam 2 disebabkan kami tidur bilik berasingan..anak yang dua orang ni bahagi seorg satu. Oklah cheq da kongsikan gambar2 sepanjang haru kedua. Nk menaip panjang2 malas..






Buah2an tempatan turut sama dihidangkan di sini. Buah cikunya amat manis dan sedap.



Kumpulan persembahan yg menyanyikan lagu selamat datang kepada para pengunjung..mereka juga boleh nyanyi lagu anak kampung jugak tau.


Menyelusuri sungai mekong ni agak ketakutan juga cheq da..tambahan pula keadaan airnya yang agak keruh. Bagi penduduk di sini..kehidupan mereka ditanggung melalui sampan ini. Kelihatan orang tua dan muda berusaha mengayuh sampan untuk mendapatkan rezeki.



Balik semula ke Bandar HCM..dihidangkan pula dengan air kelapa.


Teh madu dihidangkan kepada para pelancong sebelum dijual..1 botol bersamaan dengan rm16..beli 5 dapat free 1..
Ok lah nti untuk n3 berikutnya..cheq da akan kongsikan perjalanan hari kedua yg belum tamat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan