Halaman

Jumaat, 25 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Yang pun publish awal2 sebab kat kampung line internet memang susah. Apa2 pun selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Kepada yang pulang beraya semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.


Apple Crumbe

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Publish n3 sebelum blk beraya. Sebenarnya dah lama buat apple crumble ini. Sebelum raya lagi.



Rujukan daripada: Blog Hasue
Bahan-bahan

Utk Crumble *loyang 18cm
• 100g tepung gandum
• 40g gula
• 80g butter sejuk dr peti ais
• sedikit garam
Utk Inti
• 3 biji epal - kupas dan potong dadu
• 2 sudu mkn gula perang
• 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara

• Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
• Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
• Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
• Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
• Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
• Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Khamis, 24 Julai 2014

Order 2014: Tempahan Pelajarku

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order dari student nk mkn2 katanya. Seorang pelajar sebiji order dan ada jgk yg dua biji.



Terima kasih sudi order.

Rabu, 23 Julai 2014

Order 2014: Tempahan Julai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempahan yg diterima oleh Sjkt ladang Blue Valley untuk bulan Julai...dan tempahan mini hokaido oleh Puan Zuraini.



Kek span pandai dgn peach filling.



Kek span oren dengan oren filling.



Mini hokaido 50 biji.

Selasa, 22 Julai 2014

Kuih Pai Tee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hidangan pai tee ini merasmikan acuan pai tee yg dibeli beberapa tahun lepas buat kali kedua. Nasib buat separuh adunan...kalu tak jenuh nk perabis. Tq to Che Mat kerana gambar yg cukup menarik menyebabkan cheq da terpanggil untuk membuatnya.



sumber rujukan: Dapur tanpa sempadan(che mat gebu)

BAHAN-BAHAN KULIT PIE TEE :-)
180 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PIE TEE :- Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul rata dan ayak. Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung, tapi jangan sampai atas, buat macam gambar di atas tu.
  3. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
  4. Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
  5. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
  6. UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. Hidangkan segera....

Isnin, 21 Julai 2014

Kuih Gulung (ketayap)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila teringat nk mkn memang selalu kena buat kan. Bukan apa kalu yang dibeli kadang kala tidak mengikut citarasa kita. Disebabakan ada kelapa muda yg dibawa blk dari kg..maka godek lah resepi. Dulu kalau nk buat main bantai jea. Tapi sebab dah moden..google dulu resepi. Kuih ada lah salah satu menu berbuka cheq da. Tersangat puas hati.




Resepi Kuih Gulung (Ketayap)
Dapur Malaysia 
Bahan-bahan (kulit) – 20 biji

300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar pewarna daun pandan
Bahan-bahan (inti)
250 gm kelapa parut
3 keping gula Melaka
1 helai daun pandan
1 cawan air
Cara-cara
  1. Untuk inti, panaskan air di dalam periuk. Masukkan gula Melaka dan cairkan.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut dan daun pandan. Kacau hingga sekata.
  3. Untuk inti, boleh juga ganti gula Melaka dengan sirap dan gula untuk dapatkan inti berwarna merah.
  1. Untuk kulit, blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Ambil sedikit adunan dan layangkan kuali supaya adunan menjadi bulat. Biar sehingga masak. Terbalikkan (terlangkupkan) jika perlu.
  4. Selepas siap, angkat dan masukkan inti dan gulung. Cara gulung – lipat bahagian tepi dan gulung.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Ahad, 20 Julai 2014

Nasi Daging Air Asam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Resepi lengkap nasi daging dengan air asam yang dikongsi dalam menu berbuka cheq da tempoh hari.



NASI DAGING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram
bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi

bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.


Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
***cheq da tambahan satu sudu besar kerisik..jd la air asam kerisik

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.

P/s: dua hari tutup dapur sebab blk ke kampung so menu berbuka tidak disiarkan..hihihi

Jumaat, 18 Julai 2014

Biskut Pandan Nestum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Koleksi biskut raya 2014...



BISKut pandan nestum
By: Kak Wawa Waheeda@FB
intai dari blog: Qosey Honey

Bahan-bahan:
250gm mentega
120gm gula icing
50gm nestum (kisar kasar)
300gm tepung redrose + 1/4 cwn
1/4 cwn susu tepung
2 sudu teh pandan paste
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau

Untuk hiasan
1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
Nestum secukupnya

Cara2 membuatnya:
1) Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
2)Putar mentega dengan gula hingga sebati.
3) Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau. 
4) Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
5) Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
6) Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
7) Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.

Ramadhan 2014: 19 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semlm berbuka puasa keseorangan dengan anak-anak jea. Suami plak ke sekolahnya untuk berbuka puasa sempena program sekolahnya. So semlm cheq da bikin yang mudah2 jea la iaitu goreng bi hun jea la.


Bi hun sempoi ala2..


Blk sekolah semlm bikin jgk kuih ulat bulu ini untuk suami bawa untuk berbuka...so dlm satu pakej kecil beras pulut dpt dlm 100 biji kuih ni. Ambik ke cheq da dlm 6 biji untuk berbuka.

Kuih Lompat Tikam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti nk menikmati makanan Kelantan..hihihi
So kali pertama bikin kuih lompat tikam ni..sebelum ni beli jea sbb senang jea nk dptkannya di Kelantan. Tapi bila duk di CH semuanya kena buat sendiri. Alhamdulillah sedap dan puas hati bila buat sendiri.



Kuih Lompat Tikam 
sumber: Azie Kitchen

Lapisan hijau: 2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah 1 cawan pulut Santan cair secukupnya Garam secukupnya
Air gula melaka:
1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.

Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  


Cara lapisan putih: Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

 Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Cara Pulut Merah: Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit. 
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.    

Cara Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih.
Tapis dan sejukkan.

Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.

Masukkan juga sedikit pulut.

Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Hahaha main capai jer senduk tu... 

Khamis, 17 Julai 2014

Ramadhan 2014: 18 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu berbuka semalam.


Tom yam ala simboat


Daging black paper


Ikan manis kelah yg suami beli dari kuala tembeling.
Agak mahal iaitu rm50 sekilo rasanya.


Rajin jgk buat kuih ketayap semlm sebab ada lebihan inti kelapa.

Biskut Lidah Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Antara biskut pilihan 2014. Bila dah target nak buat..dah beli siap2 acuan lidah kucing ini. Tapi dah beli yang lidah ni, ada plak yang keluar hati kucing la, bunga kucing la..hihihi. Sememangnya rasanya dan lemak2 manis dan rangup menyebabkan kanak2 suka. Sampaikan belum masuk balang pun dan separuh di makan oleh 2 beradik ini. Terima kasih kepada penyumbang resepi ini. Akhirnya termeterai jgk hajat nk buat biskut ni.



Ini adalah  versi colourful..

 Ini plak versi yang dah habis colour..hihihi..campur sebab dan habiskan aduan..tapi tetap maintain lawa.

LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan
Copy dari: Kak Azlita Masam Manis

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Rabu, 16 Julai 2014

Ramadhan 2014:17 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu untuk berbuka semalam. Nasi lemak sempoi.


Nasi lemak simple


Sambal tumis ikan bilis


Ayam goreng berempah


Telur rebus pelengkap lauk...


Daun salad dan timun.


Mutabak yang di beli pasar ramadhan


Ini la dia menu berbuka puasa kami sekeluarga semlm.

Tart nenas teratai di Tasik madu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Projek biskut yang kedua..tart nenas teratai  di tasik madu. apamacam canggih tak namanya?. Resepinya juga dari ebook koleksi tart nenas pilihan Chef Obie. Memang betul2 sedap rasanya.

Share gambarnya yea...layan..




Selasa, 15 Julai 2014

Ramadhan 2014: 16 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu berbuka puasa semlm.


Sawi sayur putih.


Telur dadar.


Ayam masak merah.


Yong tau fu cuma salad ganti dgn kangkung...sbb xde  stok

Tart Nenas...Pilihan hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Biskut raya 2014 dan merupakan biskut yang tiap-tiap tahun pasti nak membikingnya iaitu tart nenas gulung. Resepinya kali ini berlainan cikit kerana Cheq da dapatkan melalui pembelian ebook dari Chef Obie. Memang terasa kelainannya sebab resepi pun maklumlah dari yang pakar. Nak berkongsi resepi rasanya seboleh2nya biarlah mendapat hak dari Chef itu sendiri. pepepun anda boleh melayari blog beliau untuk resepi yang mantap2...



p/s: cara gulung tu cam hampeh jea kan maklumlah suami plak sambung buat kerja ni...


Ini lah hasil dapat dalam 5 balang biskut raya ni..ni cheq da buat dalam 3 adunan, maklumlah nak dibahagikan kepada 3 keluarga..pe2 amat puas hati.


Isnin, 14 Julai 2014

Ramadhan 2014: 15 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu semlm..kalau hari sebelumnya nasi ayam. Semlm plak nasi daging dengan air asam. Resepi dari utara. Senang jea kan tak payah nk bikin banyak lauk.


Air asam kerisik...


Nasi daging yg dah tersedia ada lauknya..


Salad telur...perabis daun salad tp masih ada lg..hihihi..nmpk gayanya hari ni kena pikir menu lain plak la.