Halaman

Jumaat, 18 Julai 2014

Biskut Pandan Nestum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Koleksi biskut raya 2014...



BISKut pandan nestum
By: Kak Wawa Waheeda@FB
intai dari blog: Qosey Honey

Bahan-bahan:
250gm mentega
120gm gula icing
50gm nestum (kisar kasar)
300gm tepung redrose + 1/4 cwn
1/4 cwn susu tepung
2 sudu teh pandan paste
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna hijau

Untuk hiasan
1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
Nestum secukupnya

Cara2 membuatnya:
1) Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
2)Putar mentega dengan gula hingga sebati.
3) Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau. 
4) Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
5) Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
6) Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
7) Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.

2 ulasan:

  1. nampak menarik dan sedap biskut tu..nak skit..hihi

    BalasPadam
  2. Bila tengok resepi dan orang lain buat, rasa macam senang je..bila buat sediri xtawlah betul jadi ke x..hihi..
    -Wanie follow sini..
    -Jom join segmen dan follow wanie semula..
    *Ukhuwah fillah..

    BalasPadam