Halaman

Khamis, 28 Ogos 2014

Kertas peperiksaan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kesibukkan mula terasa..
Kertas peperiksaan perlu disemak mengikut jangka masa yg dikendaki..lepas ni agak2 tak tahu la rajin masuk n3 ke tak?...hihihi





P/s:harap kerja dpt settle dgn cepat..

Selasa, 26 Ogos 2014

Sup Sayur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hidangan sup sayur...simple dan mengenyangkan.



Sup sayur
By:cheq da

Bahan
1. Sayur...mcm2 sayur boleh guna..
Yg cheq da guna bunga kubis,sawi dan carrot
2. Air
3. Bawang putih 3 ulas
4. Sedikit minyak
5. Garam dan gula secukup rasa
6. 1 ketul kuib ayam knor
7. Dua biji telur
8. Sedikit cuka

Cara
1. Potong sayur ikut cita rasa
2. Tumiskan bawang putih dgn sedikit minyak sehingga garing
3. Masukkan air..garam,gula dan kuib ayam knor
4. Masukkan sedikit cuka dan masak sehingga mendidih
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji
6. Masukkan pula sayur tadi nk masak sekejap sahaja
7. Masak dan boleh la dihidangkan..

Isnin, 25 Ogos 2014

Salingan cerita saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Cerita hari ini nk cerita sedikit tentang hobi cheq da. Selain memasak, membaking dan seangkatan dengannya, cheq da memang minat juga menjahit. Walaupun jahit menjahit ini mewarisi daripada ibu cheq da yg amat pakai menjahit...setakat ni..cheq da sememangnya takut nk memotong kain. Dah byk kali belajar dengan ma tp perasaan takut tetap juga menghantui.

Hobi terkini ialah menjahit shawl halfmoon. Cheq da akan beli tudung dan kemudian tudung ini dibuat dasar untuk tudung2 buatan cheq da. Buat sendiri lg murah kan. Tambahan pula cheq da memang minat nk menjahit manik...kebykkan baju manik2 cheq da buat sendiri. Jom tgk antara koleksi cheq da..


Ini adalah tudung halfmoon yg dibuat...sebenarnya dah lama buat..cheq da dah lama pakai baru keluar pattern ini raya dulu..kiranya kat sekolah cheq da lah orang first pakainya..hihihi



Jahitan manik dua baju ini awal tahun lg dijahit. Ambil peluang semasa cuti sekolah.


Ini plak manik 3D yg dijahit oleh kakak cheq da..batik ini adalah batik ke4 sekolah..memang suka sangat dgn hasil kerja kak la ini. Upahnya pun murah jea. Kalau orang lain mau beratus..
Oklah settle n3 hari ni.

Ahad, 24 Ogos 2014

Kerabu kacang botol dan taugeh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hidangan kerabu ini sebenarnya dua kali cheq da di bulan puasa lepas. Yea la bila puasa2 teringin jea nk mkn kerabu2 cam ni kan. Tambahan plak nk habiskan stok kacang botol yg dibeli semasa nk menyambut puasa tempoh hari.



Kerabu kacang botol
By: cheq da
Resepi dlm 5-6 orang

Bahan
1. Kacang botol 10 biji
2. Taugeh (agak2 suka)
3. Kelapa goreng
4. 2 ekor ikan kembung
5. 6 ulas bawang merah
6. 1 ulas bawang putih
7. 2 btg serai
8. Garam dan gula
9. Sedikit santan yg dimasak
20. Asam limau dlm sebiji
21. Sedikit lada hitam

Cara
1. Hiris kacang botol nipis2
2. Taugeh dibuang kepala dan hujungnya
3. Satukan bhn2 ini di dlm bekas
4. Ikan kembung tadi direbus atau dibakar dan dibuang tulang
5. Bawang merah,putih serta serai dan lada hitam ditumbuk lumat. Campurkan garam dan gula
6. Masukkan kelapa yg digoreng tadi dan ikan yg dibakar atau yg direbus..gaulkan
7. Campurkan santan dan gaul kesemua ramuan tadi sehingga sebati. Perahkan asam limau dan sedia utk dihidangkan.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Sambutan MerdekaRaya 2014 Semekar

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambutan merdekaraya 2014 Semekar tahun ini telah diadakan pada hari ganti persekolahan iaitu pada hari ini. Terasa keseronokkannya apabila pelajar datang ke sekolah dengan pelbagai ragam baju kebangsaan tidak kira dari pelbagai kaum.



Persiapan pentas yg diuruskan oleh group cheq da yg settle sehari sebelum.


Persembahan dan gimik dari pelajar menyebabkan sampai pengetua dan gpk 1 pun terkejut...hantu kemerdekaan yg meriah daripada pelajar tingkatan 2 dan tahniah diucapkan kepada ajk persembahan kerana buat pelajar dan guru terkejut...


Sesi pergambaran geng aloyah...




Perarakan daripada semua pelajar...






Ini gmbr cik  kiah berposing...selepas mkn dan sambil menunggu nk mkn lagi..semua hidangan disediakan oleh para guru dengan menu yg telah ditetapkan. Cuma hidangan utama yg ditempah. Pelajar plak dihidangkan dgn meruku dan biskut raya. Semua orang bergembira sementara menunggu waktu sibuk.
Tahniah buat semekar kerana masih dpt menganjurkannya sekali lagi pd tahun ni..semoga tahun dpn berjumpa lagi.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Kerutuk daging Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya ini adalah menu berbuka tempoh hari. Bila dah beli daging terasa la plak nk buat kerutuk daging ini.
Resepi plak dari ibu tercinta...nk kata mengikut sukatan tidak la cuma semuanya main agak2 jea.



Resepi kerutuk daging
By: cheq da

Bahan2
1. Setgh kilo daging
2. 10 biji bawang merah
3. 2 biji bawang putih
4. 2 batang serai dan sedikit halia
5. 2 sudu besar rempah kerutuk
6. Sedikit cili kering yg dikisar
7. Sedikit air asam jawa
8. Sedikit kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang utk harumkan bhn tumis
9. 1 biji kelapa untuk santan
10. Garam dan gula
11. Sedikit minyak utk menumis

Cara
1. Basuh daging yg dihiris nipis. Nk buat dlm besar2 pun boleh. Toskan
2. Mayangkan bawang merah,bawang putih dan halia
3. Tumbuk serai yg dimayang halus
4. Tumiskan bawang,halia dan serai serta kayu manis,buah pelaga,bunga lawang sehingga wangi
5. masukkan rempah yg telah dicampur dgn cili kering. Kacau sehingga naik minyak.
6. Masukkan air asam dan daging. Kacau sebati.
7. Masukkan santan dan biarkan mengelegak dan biar hingga pekat.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
9. Siap dan boleh la dihidang

Rabu, 20 Ogos 2014

Dhiya's First Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini sesaja nk menyertai giveaway dari dhiya.
Klik banner utk sama menyertainya..syarat-syaratnya ada di sini. Menang tak menang tak menjadi masalah yang penting jalinan persahabatan terjalin erat.









Selasa, 19 Ogos 2014

Order 2014: Kek Pandan Layer...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
N3 terakhir mengenai order...ni hari2 duk tayang pasal order. Kebetulan sesi masakan sejak dua mejak ni kemalasan so layan jea la ek..



Pandan layer ini ditempah oleh kak noli utk birthday girl anaknya.


Terima kasih kerana selalu order.

Isnin, 18 Ogos 2014

Order 2014: Tempahan drp Dinesh..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek yang ditempah oleh Puan Dineswari untuk guru di sekolah anaknya. Maklumlah masa hari guru hari tu sibuk memanjang xdan nk mengorder. Pilihannya kek span pandan dengan peach filling dan 20 cupcakes untuk diberikan kepada kawan2 anaknya. Anaknya berumur 6 tahun.






Terima kasih kerana sudi menempah...

Ahad, 17 Ogos 2014

Order 2014:Kek Blueberry lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan kek blueberry daripada Cikgu Faizul untuk sambutan birthday anak dan jgk isterinya. Kek blueberry 2 kg...




Terima kasih kerana sudi menempah dan harap puas hati...

Sabtu, 16 Ogos 2014

Order 2014: Pandan Sponge Cake untuk yang tersayang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lagi n3 tempahan..almaklumlah n3 terkumpul pasal tempahan ni selalu cheq da kumpulkan baru cheq da uploadkan..
Kali menerima tempahan daripada kak shanti iaitu pembantu par di sekolah. Suaminya pula merupakan guru di sekolah cheq da. Tahun lepas dia minta buatkan kek coklat tp tahun ni minta pula kek span pandan dlm setgh kilo.




Terima kasih diucapkan kepada kak shanti dan cikgu Rama kerana sudi menempah dengan cheq da.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Order 2014: Order Mini Chocolate Indulgence

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi lagi n3 tempahan dari kekawang..kek mini chocolate indulgence ini ditempah oleh kak siti noor sempena birthday anak bujangnya yg ke9. Tak tahu nk deco apa...buat jea la cam ni..




Harap Asyraf suka dan terima kasih kerana sudi order..


Khamis, 14 Ogos 2014

Order 2014: Kek Hari Guru yang lepas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan kek sempena sambutan hari guru yang lepas. Kek ini diorder oleh Puan Raevathy untuk sambutan di sekolah anaknya. Harap puas hati.
Kek span coklat dengan blueberry filing.



Berat kek hampir 2kg...tq kerana sudi order.

Rabu, 13 Ogos 2014

Order 2014: Kek Blueberry dan Kek Birthday Asyraf

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masih lagi n3 tempahan. Kali ni menerima tempahan daripada cikgu di sekolah suami..lupa plak namanya. Alhamdulillah sebenarnya hari ni hari raya setelah semalam selamat menghabiskan puasa 6 di bulan mulia ini. Faktor keletihan pun melanda juga kerana sibuk dengan pt3...maklumlah su pt3...terasa tension tapi kena kuatkan semangat sebab inilah rezeki dariNya. Oklah layan jea kek ini jea..membebel lebih2 pun tak de maknanya.





Kek ini plak cheq da buatkan untuk anak buah Asyraf sempena kelahirannya yg kedua. Kek ini dibawa ke Shah Alam. Kebetulan plak masa cuti hari tu cheq da sekeluarga ke Vietnam so kek ini dibuat terus sebab flight cheq da dari KLIA. So layan jea la yea..

Selasa, 12 Ogos 2014

Order 2014: Kek Persaraan Guru Besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang lepas sempena persaraan guru besar SK Pos Brooke. Terima kasih kepada Puan Siti Azmanira dan suami kerana sudi order dengan Cheq da.



Kek span pandan dan vanila dengan peach filling.
Request plak nk deco bunga2...




Tambahan dengan 25 cupcakes...iaitu kek coklat moist dengan deco yg sama.
Terima kasih kerana sudi menempah