Halaman

Jumaat, 22 Ogos 2014

Kerutuk daging Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya ini adalah menu berbuka tempoh hari. Bila dah beli daging terasa la plak nk buat kerutuk daging ini.
Resepi plak dari ibu tercinta...nk kata mengikut sukatan tidak la cuma semuanya main agak2 jea.



Resepi kerutuk daging
By: cheq da

Bahan2
1. Setgh kilo daging
2. 10 biji bawang merah
3. 2 biji bawang putih
4. 2 batang serai dan sedikit halia
5. 2 sudu besar rempah kerutuk
6. Sedikit cili kering yg dikisar
7. Sedikit air asam jawa
8. Sedikit kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang utk harumkan bhn tumis
9. 1 biji kelapa untuk santan
10. Garam dan gula
11. Sedikit minyak utk menumis

Cara
1. Basuh daging yg dihiris nipis. Nk buat dlm besar2 pun boleh. Toskan
2. Mayangkan bawang merah,bawang putih dan halia
3. Tumbuk serai yg dimayang halus
4. Tumiskan bawang,halia dan serai serta kayu manis,buah pelaga,bunga lawang sehingga wangi
5. masukkan rempah yg telah dicampur dgn cili kering. Kacau sehingga naik minyak.
6. Masukkan air asam dan daging. Kacau sebati.
7. Masukkan santan dan biarkan mengelegak dan biar hingga pekat.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
9. Siap dan boleh la dihidang

2 ulasan:

  1. bestnya kerutuk daging..rindu pulak nk blk kg klu tgk lauk2 mcm nii.. yana suka cicah dgn roti batal..huhuu sedapnyaa ^__^

    BalasPadam
  2. Saya tak boleh nampak daging kerutuk yang di jual di gerai tepi jalan untuk nasi berlauk bila pulang dari berugas malam pada waktu pagi.pekena sebungkus nasi dgn daging kerutuk baru boleh tidur!

    BalasPadam