Halaman

Isnin, 15 September 2014

Sotong Goreng Kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cuti-cuti sekolah ni tak menyempat nk kongsi resepi yg canggih manggih...hari ni berkongsi resepi sotong goreng kunyit. Menu makanan lauk ni jarang ada di ais box kat rumah...kalau terasa nk mkn baru la dibeli..tu pun kalau teringin sangat nk mkn dotong celup tepung. Ok layan



Sotong goreng kunyit
By: cheq da
Utk 2-3 orang mkn

Bahan
1. Sotong sederhana besar dlm 6 ekor dihiris
2. Serbuk kunyit
3. Garam
4. Sedikit gula
5. Serbuk perasa
6. bawang besar 1 labu
7. 2 biji cili api dihiris
8. Sedikit minyak
9. Dua ulas bawang putih dicincang

Cara:
1. Gaulkan sotong dengan garam,gula dan kunyit.
2. Tumiskan bawang putih setelah minyak dipanaskan
3. Masukkan sotong dan goreng sampai masak dan jgn terlalu lama nti sotong keras dan liat
4. Masukkan bawang dan lada
5. Angkat dan boleh lah dihidangkan

2 ulasan:

  1. salam..

    wow sedap tu..lapar2..huhu..

    saya tag cheq da,
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-rrsya-eyrdina.html

    BalasPadam