Halaman

Jumaat, 26 September 2014

Talapia Berlada..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ikan talapia goreng berlada. Lagi sedap bila ikan yg digoreng dengan sedikit garing..copy paste jea resepinya..



Ikan Tilapia Goreng Belado (berlada)


Oleh:Periuk Tanah

Bahan-bahan:

2 ekor ikan tilapia saiz sederhana (hitam atau merah...dua-dua boleh)- siang dan bersihkan dengan asam jawa atau limau kasturi
**4 biji cili merah saiz XL
**4 biji cili hijau saiz XL
**3- 5 biji cili padi akar -ikut citarasa pedasnya
Bertnda** biarkan sebiji-sebiji, tak perlu dipotong

1 sudu teh asam jawa Xtra Adabi
1/2 sudu teh belacan siap dibakar
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih- kupas kulit sahaja, tak perlu dihiris
1 labu bawang besar- hiris bentuk gelang
sedikit minyak dan air
garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan

2. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit atau bahagian luar cili dan bawang layu. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering. Kalau ditumbuk lagi bagus sebab kita tak nak tekstur sambal terlampau halus.

3. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan sambal yang telah ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit air. Masukkan asam jawa xtraAdabi (atau 1 sudu besar air asam jawa) dan tumis hingga sambal pekat dan agak kering. Tambah garam dan gula secukup rasa.

4. mati kan api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan... sedia
dihidang..

1 ulasan: