Halaman

Khamis, 27 November 2014

Jemput Malas ala Cheq Da

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apabila publish kan menu jamuan di rumah Kak Ct. Yana mtk resepinya. Sebenarnya cheq da main campak2 jea jemput malas ni. Cheq da ni sebenarnya suka memerhati apa yang orang lain masak. Selepas perhati dan tahu serba sedikit ramuan..cheq da balik olah la plak resepinya.
Oklah untuk memenuhi permintaan Yana...cheq da selitkan resepinya. Tapi yg ni agak2 jea yea.


Jemput malas
by: cheq da

Bahan
1. 500gm tepung gandum...(nk lbhkan pun boleh)
2. 2 labu bawang besar dihiris
3. Kangkung dihiris...agak2 kalau suka byk boleh letak byk
4. Sedikit carrot disagat
5. Lada besar merah..dihiris nipis..buangkan biji
6. Sedikit pewarna kuning
7. Sedikit garam
8. Air secukupnya
9. Minyak untuk mengoreng

Cara
1. Campurkan kesemua bahan tersebut dalam mangkuk dan kalau sebati.
2. Masukkan air dan kacau. Adunan ini tidak boleh terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat. Sedang2 saja.
3. Panaskan minyak. Masukkan satu senduk macam goreng cecodok biasa.
4. Bila dan masak dan potong kecik2 bila dah sejuk.

***Di sini cheq da turut buatkan popia dan potong kecik2. Campuran juga dengan daun salad dan juga timun batang serta fish ball supaya nmpk cam pesembur.

KUAH GULA MELAKA
by: cheq da

Bahan
1. Bawang putih 2 ulas
2. Air asam jawa dlm 1 cawan
3. Sedikit lada kering
4. Gula secukup rasa
5. Gula melaka dalam 3 ketul
6. sedikit kacang tumbuk
7. Sedikit minyak utk menumis
8. 1 sudu besar cuka

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang putih sehingga kuning
3. Masukkan sedikit lada kering
4. Masukkan air asam jawa
5. Masukkan gula melaka dan gula secukup rasa
6. Masukkan 1 sudu besar cuka
7. Kacau dan biar menggelegak
8. Sejukkan dan kuah akan menjadi sedikit pekat
9. Masukkan kacang tumbuk
10. Bolehlah dihidangkan dengan jemput malas tadi.

Selamat mencuba....



6 ulasan:

  1. Ekk..ada juga jmput malas ya cheq da..Haha..tp nmpk sedap tu

    BalasPadam
  2. malas sampai 2 tray besar tu ke kak? dana paling teringin nk bt kuah nyer tuh.... tp mls nk msk sendiri heheheh

    BalasPadam
  3. jemput malas? hehe. unik betul namanya... saya kalau bab makan, memang seronok ler....

    BalasPadam