Halaman

Ahad, 2 November 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini menghabiskan masa depan lappy lagi. Semalam tengok bola Pahang vs JDT telah rezeki telah menyebelahi pasukan Pahang. Menonton bersendirian semalam kerana suami plak ke Temerloh. Disebabkan dah menang, Maka MB Pahang telah umumkan bahawa cuti peristiwa bagi Pahang...hihihi cuti lagi..tapi cheq da tak dapat lah nk bercuti sebab esok dah pun mula peperiksaan SPM. Kerja tetap kerja so tak kisah la cuti atau pun tak.

Oklah sana sini dah lama duk tayang mangga asam boi. Sememangnya kelur air liur bila terpampang dengan aksi2 blogger menanyangkannya. Kebetulan hari Selasa, Cheq Sue turun ke Ipoh so siap2 pesan nak kirim buah mangga. Macam mengidam la plak. 4 biji mangga dapat harga dengan rm9.20..mangga lemak siam rasanya so rasanya tak de lah masam sangat.



Bila dah dapat buahnya pada petang Rabu telah mulakan operasi membikingnya. Sememangnya mudah sangat nak membuatnya. Sesiapa yang berniaga tu alamat dapat untung banyak la yea. Suruh plak suami ke Pasaraya Jimat untuk beli cili api dan asam boi. Tak reti nk pilih yang mana katanya lalu dibeli dua plastik asam boi yang berlainan versi. Peram satu malam...esoknya boleh dibawa ke sekolah. Nak bagi mak2 yang mengandung makan.


Sememang tak puas menikamatinya...huhuhu puas hati..dapat dalam 3 balang kecik..kalau ada mangga boleh buat lagi.


Resepinya copy paste jea la yea..

JERUK MANGGA ASAM BOI

4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula

Cara:
Kupas mangga dan potong suka hati
Campur semua bahan dan gaul sebati
Letakkan dalam bekas
Simpan sekurang2nya 5 jam atau semalaman
Nak lagi sedap simpan dalam peti ais.

7 ulasan:

  1. Bb dah buat version epal asam boi.. Mngga ja belum buat lagi...hehe

    BalasPadam
  2. Bb..yang epal belum lagi caming soon..hihihi

    BalasPadam
  3. turut terliur ni....

    cantik rmh baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi...dua hari tu ngadap lappy...tgk tutorial..sebelum ni sibuk jea..nk edit2 pun xpandai..

      Padam
  4. Dah jadi fenomena jeruk ni...bunda yang tak pernah buat lagi...

    Salam ukhuwah dari Bunda...

    BalasPadam
  5. Cikna dh buat versi mangga lemak&buah epal tp xletak gula... mmg senang la buat,ptng2 msk dlm bekas dh siap...;-)

    BalasPadam