Halaman

Rabu, 5 November 2014

Sambal belacan menyengat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambal belacan...siapa yang tak suka makan kan? kebanyakan orang suka makan sambal belacan tidak kira camana pun cara pembuatannya. Ada yang suka banyak belacan dan ada yang tidak suka belacan yang banyak. Maklumlah resdung kadang-kadang mengganggu kalau kita mengambil belacan yang banyak.
Cheq da sememangnya peminat yang tegar sambal belacan. Yang paling cheq da suka kalau sambal belacan ala-ala thai.


Sambal kalau dibuat kuantiti yang sedikit, Cheq da suka tumbuk jea dengan lesung jea. Kalau buat dalam kuantiti yang banyak baru diblender.



Sememangnya sambal belacan enak dimakan dengan ulam-ulaman dan juga nasi panas. Sambal ini cheq da buat semasa kenangan nak datang ke rumah sebab melancong ke sini. Alang2 dah datang Cheq da sediakan makan tengah hari. Oklah di sini Cheq Da share sambal belacan ala cheq da ni yea.


Sambal Belacan
By: Cheq Da

Bahan
1. Cili padi 20 tangkai (campur merah dan hijau)
2. Dua ulas bawang putih
3. Sedikit belacan yang dibakar
4. Garam dan gula
5. Sedikit Kicap sotong
6. Sedikit cuka

Cara
1. Tumbuk cili padi sehingga lumat bersama-sama dengan bawang putih dan juga belacan yang dibakar.
2. Masukkan garam dan gula
3. Masukkan kicap sotong dan juga sedikit cuka
4. Gaul sebati sehingga berair sedikit
5. Rasa dan sekiranya dan mesra bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba.

1 ulasan: