Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

Pelabuh Tirai 2014...Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini genap 31.12.2014 merupakan hari terakhir di Tahun 2014. Terlalu banyak kenangan,baik dan buruk kehidupan yang dilalui sepanjang tahun ini.
Rasanya penghujung tahun ini amat hebat dengan bencana alam yang tidak henti2 menghujani bumi Kelantan. Walaupun saya tidak di tempat mereka tetapi terasa juga sebabnya ianya masih melibatkan ahli keluarga dan sanak saudara sendiri yang terkena. Cheq da cuma terkandas dalam 5 hari di Kampung Limau Kasturi kerana tidak dapat balik di rumah mentua kerana jalan yang dilimpahi air dan arusnya deras. So kami membuat keputusan untuk ke rumah sepupu suami di Limau Kasturi. Esokkannya air setinggi 10 kaki telah menutupi jalan dan kami hanya mampu berdoa supaya air dapat surut dengan cepat. Alhamdulillah hari kelima air mulai surut dan jalan ke Jeram Tekoh sudah boleh dilalui. Anda boleh bayangkan hampir kesemua penduduk di Limau Kasturi kehilangan harta benda kerana tidak mampu diselamatkan dalam masa  yang singkat kerana air naik terlalu cepat.

Pengalaman mentua kepada sepupu yg lain yg tinggal di jalan ke Limau Kasturi terpaksa lari menyelamatkan diri ke atas bukit kerana tidak mampu bertahan dengan air yg mengganas. 3 malam berada di atas bukit dengan terputus hubungan dengan orang lain. Nasib juga malam tersebut kami tidak bermalam di situ. Kalau tak tak tahu lah nasib kami.


Ini adalah bebeapa keping gambar yg Cheq Da snap di atas jambatan Limau Kasturi dalam hari ke4. Stesen kereta api dan juga kereta api turut tenggelam.



Ini plak gambar banjir yang dialami oleh abang sulung cheq da yg tinggal di kawasan Taman Harmoni di Bandar Baru Tanah Merah.
Setakat ni rumah tak boleh dibersihkan sepenuhnya lagi dan semua barangan tidak dapat diselamatkan. Namun kita semua kena dengan redha dengan musibah ini.
Apa yang boleh disyukurkan kebetulan kak ipar dan anak2 buah ke Kuala Lumpur untuk melawat ibunya di sana.




Kapal terbang sentiasa berlegar2 di kawasan tersebut untuk bantuan keselamatan.

Pada 28.12.2014..cheq da terpaksa blk ke kota bharu untuk menghantar anak buah yg mengikut cheq da ke CH utk urusan pt3. Masa tu tersangkut plak di bandar Guchil kuala krai kerana paras air masih tinggi. Nasib kami membawa hilux dan ada orang bagitau ada jln kampung yg boleh dilalui dengan menggunakan 4X4. Trek laluan kampung yg tidak pernah dilalui amat gementar bagi cheq da anak beranak. Nasib lah suami pandai dan pernah masuk jalan hutan cam tu. Dalam hati tak putus2 berdoa agar dapat selamat. Dengan bantuan orang kampung yg menebas jalan dan membaiki mana yg patut kami terasa amat terharu. Alhamdulillah kami selamat sampai.



Lebih kasihan bila melalui kawasan banjir di Manek urai dan sepanjang laluan dari gm ke kuala krai...banyak orang yang berada sepanjang jalan kerana rumah masih ditenggalami air.
Kami juga bersyukur dapat memberi bantuan kepada sekumpulan Mercy yg membantu bekalan ubatan untuk ke Pejabat Tanah Kuala Krai. Hampir 5 orang dan muatan belakang hilux dipenuhi oleh bekalan ubat.

Ini lah yang Cheq da dapat kongsikan pengalaman cheq da yang lalui semasa dilanda musibah ini.
Alhamdulillah juga pada 24.12 yg lepas juga telah menyambut anniversary yg ke8. Tidak ada sambutan cuma tukar2 hadiah saja yg kebetulan 21.12 tempoh hari kami turut ke Ipoh. Cheq da harap cheq da akan kekal bahagia hingga akhirnya. Paling gembira bila hadiah yg dah lama diidamkan diberikan suami. Tambah2 sebab ada offer sempena hujung tahun.


Selamat tahun baru cheq da ucapkan kepada semua. Semoga tahun ni kita diberikan kehidupan yang lebih baik. Niat tahun 2015 hanyalah satu..dan semoga cheq da dapat menunaikannya. Biarlah ianya menjadi rahsia terlebih dahulu..In sha Allah Cheq da akan kongsikan kemudian.






3 ulasan:

  1. Salam..

    Rindunya ngan cheq da..lama wana x singgahsini..maaf ya wana bz sangat2..

    Wana dapat rasakan perasaan mangsa2 banjir..insyaallah pasti ada hikmah disebalik kejadian..moga mereka tetap tabah dan sabar..

    Apapun, happy anniversary 8th cheq da..tahniah..moga kalian kekal hingga ke jannah..amin..

    Cantik hadiah tu :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Cheq Da

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    BalasPadam
  3. Happy anniversary cheq da...kuta yg lihat pon berat yg lalui lg pulak...

    BalasPadam