Halaman

Jumaat, 2 Januari 2015

Alahai sedapnya ikan terebuk masin dan sambal tempe

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini dah pun masuk 2hb..sekejap jea masa berlalu kan. Hari demi hari terasa amat pantas. Oklah masih lg share gambar yg diambil pada tahun lalu. Ada beberapa keping lagi tersimpan dalam draf. Hari ini berkongsi sedikit kesedapan ikan terebuk masin yg suami bawa balik dari Sarawak tempoh hari. Takde apa yang nk dikongsi resepi..cuma teringat masa makan ikan ini suka duka masa first posting Cheq da di Miri 10 tahun yang lalu.



Untuk ikan terebuk ini..Cheq Da potong iksn tersebut dan goreng sehingga garing. Lepas tu letak plak lada kering dan juga bawang...memang terangkat habis makan nasi tengahari tu.


Selain itu juga...Cheq da buat sambal tempe ini. Ini pun sebab dah nk masuk tempe dibeli tak sempat nk dimasak. Resepinya Cheq da share yea..simple miple dan biasanya Cheq da campak2 jea.


Sambal Pedas Tempe
by: Cheq da

Bahan
1. Tempe dihiris nipis
2. Ikan bilis
3. Kacang tanah
4. Bawang putih 3 ulas ditumbuk
5. Lada kering dalam 5 sudu
6. Sedikit gula
7. Sedikit garam
8. Sedikit sos tomato dan sos cili
9. Sedikit minyak masak

Cara
1. Goreng garing tempe, ikan bilis dan juga kacang tanah. Masing2 digoreng berasingan. Dah siap ketepikan.
2. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih.
3. Masukkan lada kering,kacau dan masukkab bahan2 lain iaitu gula,garam,sedikit sos tomato dan cili dan kacau.
4. Bila dah masak..sejukkan kejap..selepas tu baru masukkan bahan yg digoreng tadi supaya tidak menjadi lembik kalau dimasukkan panas2.
5. Sedia untuk dihidangkan

Selamat mecuba

10 ulasan:

  1. wow terserlah keranggupannya...nak sikit terubuk tu

    BalasPadam
  2. dana tak terliur ngn ikan kering tuh tp sambal tempe tuh... perkhhh berkilat likat nmpak sambal tuh kak, dana selalu bt takde lah jd gitu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la dana..akak campak2 gitu jea..rasa sbb lada kering kot..akak guna yg jenis besar dan xpedas sgt

      Padam
  3. asalamualaikum cheqda, kaknoor pun suka buat macam ni kalau terubok masin, kak brunei pun banyak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brunei dah dkt dgn miri..masa duk di miri..terkilan tak sempat g Brunei..

      Padam
  4. wana pun suka sangat makan ikan terubuk masin ni..selalu dapat makan bila adik ipar bawakan dari sarawak..

    kalau wana suka makan ikan terubuk masin + nasi + cicah air limau kasturi dan cili padi bubuh sikit garam..fuh mau menambah 2,3x nasi..hihi..selera sangat ^_^

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Yea kak..sy pun bertambah2..xpk pasal nk diet

      Padam