Halaman

Sabtu, 7 Februari 2015

Bubur nasi simple..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini menu yang paling digemari oleh anak-anak sekiranya suami outstation.  Bukan apa, malas nak memasak lauk lain dan kalau masak beria pun si kakak dan si adik bukannya gemar makan. Nanti umminya juga terpaksa habiskan. Tapi kalu babanya ada di rumah, nasi bubur sebegini tidak dipandangnya...tak makan katanya nasi lembik-lembik.
Resepi ini biasa-biasa sahaja, biasanya Cheq da akan sediakan sedikit lauk yang mudah-mudah untuk makan bersama-sama nasi bubur ini. 


Untuk kali ini, cheq da hanya goreng telur dadar dan hiris memanjang, crabstik digoreng dan dipotong. Hanya habiskan stok dalam ais box jea, sambal kicap serta homemade bawang goreng. Sekarang lebih sedap rasanya bawang goreng yang disediakan sendiri berbanding yang dibeli.


yummy...kalau buat cam ni, memang akan bertambah-tambah lah si kakak makan. Siap suruh berbekal ke sekolah lagi. Tapi biasanya tak boleh berbuat demikian nanti takut tertumpah dalam beg sekolah plak.
Oklah jom intai resepi mudah dari Cheq da...

Bubur nasi simlpe
By: Cheq da

Bahan (untuk 3-4 orang)
1. Beras dalam 2 pot
2. 1 ketul kuib pati bilis
3. Sebatang serai diketuk
4. Sedikit garam dan gula
5. Air secukupnya

Cara:
1. Basuh beras sehingga bersih
2. Campurkan kesemua bahan dan renehkan di atas api sederhanan sehingga nasi menjadi moi
3. Sentiasa tambahkan air sekiranya air kering dan kacau sehingga menjadi moi
4. Sedia untuk dihidang

Hiasan:
1. Telur dadar yang digoreng dan dihiris nipis
2. sambal kicap--caranya tumbuk cili api,seulas bawang putih dan sedikit bawang goreng. Gaulkan dengan kicap.
3. Crabstik yang digoreng dan dihiris
4. Bawang goreng


P/s: Baru berkesempatan mengupdate blog dengan laptop....

4 ulasan:

  1. bubur macam ni yan pun suka kak...lebih2 lagi ada lobak masin...nyum nyum nyum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak puas makan kan...kalau dah mkn mau bertambah2

      Padam
  2. Salam...

    Sedap..makan ketika cuaca sejuk...kalau ada ikan masin lagi ummp kan...

    BalasPadam