Halaman

Ahad, 8 Februari 2015

Kerabu Rumpai Laut

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apamacam...jadi tak kerabu rumpai laut saya ni...bb wana?...Sebenarnya nak buat kerabu ni..tengok berkali-kali di blog BB..tapi masih tersalah buat rasanya..BB pesan dalam resepi rumpai laut tu hanya dicelur dengan air panas..tapi Cheq da rebus sampai dah nak jadi agar2 dah..hihihi
Biasalah pengalaman pertama tapi  percayalah ianya sangat sedap walaupun pertama kali memaksannya..rasa agar2 pun ada. Cuma tak diletakkan mangga muda sebab tiada stok.
Pada mulanya terfikir nak masukkan apple hijau..terbeli plak yang granny smit. Apa lagi buang saja 10 biji apple tu, bukan apa tak nak tanggung risiko.




Oklah terima kasih buat BB sebab sudi berkongsi resepi makanan Sabah yang enak ini. Sesiapa yang ingin mencubanya boleh mencubanya kerana tak rugi sebab sedap.
Copy dan paste resepi BB di sini yea.

RESEPI: RUMPAI LAUT@AGAR-AGAR
Rumpai laut
Sedikit mangga muda - potong nipis
1-2 biji tomato - potong halus
Sedikit bawang besar - hiris nipis
Cili padi - banyak ikut suka
3-4 biji limau kasturi
Sedikit garam
Kicap
CARANYA:
- Bersihkan rumpai laut dan potong. Ramas dengan garam dan celur dengan air panas kemudian toskan.
- Gaulkan semua bahan dan perah air limau
- Sedia untuk dimakan

6 ulasan:

  1. teringin nak rasa benda nie..tapi kat batu pahat tak pernah jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda byk dijual di sabah dan sarawak yan..kat cni xtau la ada org jual ke x...tp beli online pun boleh

      Padam
  2. mmg sedap chegsue, sy pon biasa makan sebb ada opismate org sabah, dia yg selalu buatkan utk kami..hehe

    BalasPadam
  3. yeah!!! *tepuk tangan* memang dah jadi dah kerabu rumpai laut tu cheq da..sedap kan..kena lagi makan dengan seafood..memang terbaekkk!!

    hehe, nasib baik agar2 tu x cair cheq da..sebab kalau cair ia akan menjadi macam jeli..boleh sapu kat muka jadikan masker..awet muda you..betul.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 tu panik bb takut xjadi..cheq da basuh berkali2 baru ok sikit...kalau tak kerabu agar2 jelly la jwbnya..tq share resepi

      Padam