Halaman

Isnin, 6 April 2015

Perhentian Island Resort (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bercerita tentang cuti la plak kali ini. Sempena dengan cuti semester pertama lalu..cheq da sekeluarga bersama dengan dua orang kakak serta anak-anak telah ke Perhentian Island Resort. Merancangnya dah lama..iaitu dari bulan 8 tahun lepas lagi. Kebetulan pada masa ini PIR telah mengadakan promosi pakej untuk 3 hari 2 malam. Seorang dewasa dalam rm325 manakala kanak-kanak bawah 12 dalam rm155 rasanya. Lupa dah tapi dalam area rate begitu la rasanya.


Tempat nk ke pulau besar tersebut ialah di jeti Kuala Besut. Ramai juga yang sedang menanti untuk ke sana. Disebabkan kami mengikut pakej, maka masa menunggu adalah tidak terlalu lama.
Semuanya selesai diuruskan. Dalam pukul 11.00 pagi kami telah pun berada di dalam bot. Perjalanan memakan masa dalam 30 minit agak menakutkan. Maklumlah bukan selalu dengan bot di lautan.



Menunggu dengan penuh sabar..sambil2 bergambar sakan. Kami siap2 beli topi sebab cuaca agak membara di kawasan tersebut. Tapi bila sampai di Pulau besar..cuaca tidak sepanas di daratan.


Setibanya di sini..terasa suka dan tenangnya tgk air laut yang membiru..sampai2 jea terus check in bilik dan lepas makan terus terjun laut...kami menyewa 4 bilik dan dan ianya dalam satu rumah. So semuanya dekat dan sebelah menyebelah sahaja. Kami juga baws bekalan takut kelaparan rupanya pakejnya disediakan 3 kali makan dengan makanan yang best2.



Masa baru sampai ni..air pasang so kat tgh yang ada batu karang cheq da tak berani nk ke sana. Main tepi tepi jea dengan si kakak. Di adik plak penakut sangat..bawa masuk air terus menangis.



Si kakak relaks jea main di tepi tepi seorang seorang jea. Yang lain happy sgt berenang sampai tak nak naik.

Kawasan resort yang selesa tapi tak dapat yang di tepi pantai sebab ramai juga pelancong yang datang berkunjung.




Hari pertama just snorkeling di kawasan depan resort jea. Ikan ikan pun riang bila di beri makan. Cheq Da kena jaga si Haziq yang sememang takut dengan air. Bila dah penat...naik ke bilik. Makan malam dan tidur..esok menanti hari ke2..cerita seterusnya di n3 seterusnya.

12 ulasan:

  1. bestnyer... kalu tak pakai sunblock mau jd negro tuh kak heheheh....

    mmg betul2 cantik kan pulau perhentian tuh

    BalasPadam
  2. kaknoor belum pernah sampai lagi kat sini, mcm tenang saja dari gambar tu mesti best kan cheqda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kak nor..tp kalau belah2 Sabah lg cantik kan

      Padam
  3. bestnya g cuti2 kat pulau..yana dgn husben dh lama merancang nk g sana.. xtau bila nk sampai..cuti skolah aritu anak2 xsihat..cuti kat rumah je lah.. :-)

    BalasPadam
  4. Cantik nampaknya pemandangan dipersisir pantai...

    Mesti meriahkan...bunda ni yang dah lama tak pergi laut...lagi pun bunda pun takut air..samalah kita Haziq...hihihi..

    BalasPadam
  5. bestnya p jalan2 ..cantik tempatnya ...

    BalasPadam
  6. subhanallah...cantiknya ciptaan Allah...permandangan macam kat luar negara... rupanya dekat malaysia je kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia punya Pulau pun tak kurang cantiknya yan..

      Padam