Halaman

Rabu, 3 Jun 2015

Udang Goreng Butter

Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari nampaknya ada kelapangan nk menaip n3. Ini pun guna hp jea. Maklum lah masih lagi di kampung...kertas exam plak belum jgk habis ditanda. Hari ini berkongsi satu menu udang yang dibuat makan semasa solat hajat hari Sabtu yang lepas.
Resepinya dari Kak Azie...




Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 
Oleh: Azie Kitchen

Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 

Udang:
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi

4 ulasan:

  1. aduhai cheq da ...melingkar lingkar udang tu dipinggan....

    *** pernah buat tapi tak jadi sarang telur tu :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena selalu kacau yan...letak sikit2..jgn terus byk..xjd nti

      Padam
  2. tgk resepi mcm agak mudah... nk try buat lah jgk... jgn tak jd udah kui3

    BalasPadam
  3. byk kali wat selalu tak menjadi tang kerak tu.. cheq da punya cantik

    BalasPadam