Halaman

Khamis, 9 Julai 2015

Nasi goreng kunyit

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ya ampun...lama tul tak update blog...
Kesibukkan dalam tugasan hari menyebabkan malas nk menghadap laptop. Namun masih blogwalking ke blog rakan yg selalu berkongsi cerita baru.
Oklah menu berbuka semalam..nasi goreng kunyit..saja ubah menu yang simple...




NASI GORENG KUNYIT - ALA KAMPUNG 
dari:  Blog Fiza's Cooking

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk 
segenggam ikan bilis - di kopek dan goreng 
2 ketul isi ikan goreng 
2 biji telur 
garam secukup rasa
serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis)
Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan di tumbuk
5 biji cili padi 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
3cm kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang di tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan nasi sambil di kacau hingga sebati dengan bahan tumbuk yang di tumis tadi.

3. Masukkan isi ikan goreng dan ikan bilis, kacau lagi. Ketepikan sedikit nasi di dalam kuali dengan sudip dan pecahkan dua biji telur tadi sambil di kacau.
4. Seterusnya perasakan nasi goreng tadi dengan garam dan serbuk perasa (boleh gantikan dengan kiub ikan bilis).

5. Sajikan dengan kopi O panas...ringkas sahaja, tapi memang sedap.

3 ulasan:

  1. asalamualaikum cheqda....simple je nasi ni...macam nak buat pulak petang nie.. :-))

    BalasPadam
  2. akk pun sama cq da..kkdg x terbukak2 blog..kekangan masa betul..resepi ni nanti akk nk cubalah..buntu btul ari2 nak masak..he hee

    BalasPadam