Halaman

Isnin, 31 Ogos 2015

Kelas Roti Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah syukur dapat satu ilmu menguli roti menggunakan tangan. Cheq da sangat berterima kasih kepada Kak Zalina kerana sudi mengajar kami dari kumpulan kesepuluh dalam kelas roti beliau.
Mula-mula memang duk mengintai masa untuk join kelas Kak Ina ini. Kebetulan cuti Merdeka tiga hari so boleh lah ke Shah Alam untuk menuntut ilmu roti ini.
Bila dah tgk tarikh sesuai terus bagitau suami. Suami on jea sebab dia tahu minat Cheq Da. Dalam pada itu ajak jugak kak ipar yg sememang duk di Shah Alam untuk join sekali.


Ini yang kami dapat bawa balik...banyak sangat sampai boleh bagi adik beradik try macam2 roti.


Sesi packing dan bahagi2 kan roti.


Pizza yang mula2 sekali kami buat...ternyata sedap dan berbeza dengan Cheq Da buat sebelum ini.


Suka sangat sebab macam pattern roti yang Kak Ina ajar kami. Jangan tak tahu sampai nk bergambar pun tak sempat sebab asyik menguli jea..hihihi
Tapi bagi Cheq Da puas hati sebab dapat jumpa Kak ina sebab sebelum ni duk intai dalam blog sahaja. Ternyata Kak Ina sangat sporting dan agak kelakar orangnya. Masa kelas berjalan dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang tak terasa sebab sangat cepat masa berlalu.
Untuk tengok cerita Cheq da LINK kan ke blog Kak ina yea. Mana2 yang berminat nk belajar harus join sebab sangat puas hati dan berbaloi2.

11 ulasan: