Halaman

Sabtu, 29 Ogos 2015

Selamat Maju Jaya Puan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni berkongsi sedikit cerita semalam. Orang selalu berkata tak kenal maka tak cinta...tapi bila bercinta susah plak nk lupa.
Begitulah dengan warga Semekar yang terpaksa melepaskan seorang Pengetua yang sangat caring dalam apa jua keadaan yang berlaku di Semekar. Beliau tidak mudah menulu kalau ada kesilapan tetapi sentiasa di bawa berbincang.
Puan Nachammmal telah ditukar ke SMK Sultan Ahmad Syah di Tanah Rata setelah hampir 6 tahun berada di Semekar.


Ini adalah gambar terakhir beliau di Semekar. Gambar terakhir sebelum beliau melangkah keluar dari Semekar dan juga punch yang terakhir. Semua rakan-rakan guru menitiskan air mata dan berpelukkan dengan beliau sebelum balik semalam. Lagu perpisahan yang dinyanyikan oleh rakan menyebabkan masing2 kelu sahaja.


Gambat terakhir dengan beliau sempena Merdeka Raya tahun ni. Ceria suasana pagi sebelum mengetahui perkara yang sebenar pada sebelah petang.


Ini plak gambar tahun lepas sewaktu Puan belanja kami Hi tea di Big Red Strawberi...
Sesungguhnya inilah kenangan yang terindah bersama2 dengan ketua jabatan yang sangat sporting.
Semoga Puan sentiasa cemerlang di tempat yang baru. Sebenarnya bukanlah baru di sekolah baru tetapi sebagai Pengetua yang baru...

2 ulasan:

  1. teringat masa sekolah dulu..bila ada guru berpindah pasti kelab dan persatuan bagi hadiah....tapi paling sedih bila guru kesayangan yang pindah...huhu

    BalasPadam