Halaman

Ahad, 2 Ogos 2015

Tart Nenas Cheese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kongsi biskut raya yang dibuat bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah puasa 6 pun dah hbs semlm...so saki baki biskut yang ada akan diangkut ke sekolah untuk kawan-kawan plak merasa. Bagi Cheq Da...bikin tart nenas chesse ini lagi mudah compare dengan tart nenas gulung. Apa2 resepinya dari Rahel..minta izin sharekan di sini. 2 adunan dapat dalam 5 balang...memang puas hati.





 Tart Nanas Cream Cheese
Sumber:Kak Fida
Copy: Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
300g mentega-lembut
250g cream cheese
600g top flour/tepung gandum-diayak
1 sb esen vanila
1 sb gula kastor/gula icing
garam secukup rasa (sy tak gunakan)

inti nanas secukupnya-bulat2kan

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanila dan
   pukul terus hingga kembang.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yang lembut.
3.Jika adunan masih melekit di tangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh
   boleh dibentukkan.
4.Ambil sedikit doh,beri inti nanas,kemudian bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.
   Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak.

tips:Sapu tart dengan kuning telur kemudian taburkan keju cheddar parut di atasnya barulah
      tart dibakar.
      Jumlah tart berbeza mengikut saiz yg anda akan buat.

6 ulasan:

  1. Sampai sekarang tak pandai buat biskut tart..huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tgk cara Yan..byk blog duk pamer cara buatnya

      Padam
  2. biskut ni memang sedap sangat kan cheq da..bb bleh habiskan sebalang tu sorang..haha..

    BalasPadam
  3. biskut feberet ku hehee..suka sgt tart nenas..1 balang pon bleh habis klu dpt..nyummnyumm...

    Selamat hari raya Cheq Da..syawal dah nk habis br nk ucap hehe..baru sempat singgah sini.. ^__^

    BalasPadam