Halaman

Selasa, 6 Oktober 2015

Kek Zebra

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lebihan telur putih jangan dibuang. Banyak manfaat yang kita dapat sekiranya kita dapat pelbagaikan resepi. Kali ini banyak sangat telur putih memenuhi ruang peti di dapur. Jadi Cheq da mula menggooglekan resepi yang banyak menggunakan telur putih. Intai punya intai, akhirnya dapat resepi kek zebra dari blog Kak zila. Nampak keknya sangat lawa dan gebus sahaja. Terus ke dapur dan sediakan barangan yang perlu. 


Yang cheq da snap ni gambar biasa2 jea..Kalau nak tengok gambar dari blog Kak zila boleh link yea. Cheq da dah link kan di resepi di bawah. Kalau tengok air tangan Kak zila ni kalau malas pun jadi rajin nak membaking. Gambarnya saja cukup menggeramkan.



Kek ini memang ternyata sedap dan gebu gabas..cayalah kalau tak buat tak tahu. Bila bawa ke sekolah..memang licin jap jea..hihihhi


Resepi asal - Chef  Amy Heng - secret recipes book 
dikongsi bersama - kakzu semanis gula 
dicopy dari blog- Kak zila

Kek belang zebra

bahan bahan
A: 250 gm telur putih - dalam petisejuk 
50 ml cold water
170 gm gula castor
1 1/2 tsp ovelette
2 kuning telur
200 gm tepung superfine - ayak
3/4 tsp double action baking powder - ayak
1 tsp vanilla

B: 170 gm butter - cairkan 
2 sudu besar susu pekat

C: 2 sudu besar serbuk koko

cara-caranya
  1. Putar kesemua bahan A hingge kembang dan gebu.
  2. Masukkan bahan B dengan memutar speed paling perlahan.
  3. Ambil 1/3 adunan dan masukkan serbuk koko.
  4. Sediakan loyang 9 inci dan gris kannya.
  5. Scop kan 2 sudu besar adunan original ke dalam loyang dan scop kan 1 sudu adunan coklat .Ulang hingge habis dan taburkan almonds nibs di atas nye. Setelah di bakar akan terhasil lah belang nya.
  6. Bakar pada suhu 180 C selama 50 minit.

tips ~ jika kek sudah garing di atas nya tetapi kek masih belum masak  ~ tutup kan bahagian atasnya dengan aluminium foil dan teruskan membakar hingga kek masak dengan sempurna.


4 ulasan:

  1. lahai... compom sedap,... dana lebih suke kek simple gini dr kek yg moden2 nih kak

    BalasPadam
  2. haah kan..selalu pas buat biskut ..putih telur pasti terbuang...lain kali nak try kek ni

    BalasPadam