Halaman

Ahad, 15 November 2015

Hasil Roti di hari minggu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hasil meroti di hari minggu...uli tangan jea..seronok rasa menguli bila dah tau teknik dari Cikgu Zalinzalina...mmg berbaloi2 menimba ilmu dengan beliau.
Bikin roti so esok boleh lah bawa ke sekolah sambil jaga exam spm. Exam esok sampai ke petang so boleh mengalas perut dengan air tangan sendiri kan.


500gm dapat 8 pek mini sarang lebah..


4 pek mini cheese gula



5 biji sosej poket...dah dingap ni tinggal 3 jea...makan2 panas lagi sedap...



Yang ni plak bun tuna yang dah lama buat...mmg puas hati..roti lembut dan gebu gabas...

Hidangan Tengah hari saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Biasa kalau cuti baru boleh masak yang best best cikit kat rumah ni. Kalau hari sekolah masak simple simple jea. Kalau tak simple pun makan jea kat luar...tak pun beli bungkus.
Hari ini pagi-pagi lagi dah ke pasar. Niat di hati nk bikin nasi ayam. Bukan apa...nasi ayam anak-anak suka sangat sebab boleh makan nasi dengan kuah sup. Ayam nya dia orang tak makan sangat. Oklah layan gambar jea la...resepi google dalam blog ni..ada resepi ipoh nasi ayam..



P/s: bersama anak2 dan Aisyah anak buah jea. Suami plak turun ke Gua Musang...ada kerja la plak. Teringin nk menguli roti. 2 biji kek pun belum lagi dideco untuk order esok...byk tul perancangan. Harap semuanya lancar. Salam hujung minggu.

Sabtu, 14 November 2015

Ketupat Sotong....

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saja nk tanya ketupat sotong bunda tercinta...blk kampung tempoh..tup tup hidang ketupat sotong tp Cheq da makan 2 ekor jea...xberapa minat nk mkn banyak2 sebab agak manis...



Rasanya mmg terbaik resepi ibu...xsempat share resepi sebab masa balik kampung...ketupat sotong dah pun siap.

Selasa, 10 November 2015

Nasi Goreng Budu dengan Petai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ini kira resepi nasi goreng yang paling malas bagi Cheq Da. Untuk buat nasi goreng budu dengan petai..campurkan petai dan juga juga sedikit budu ke dalam rencahan nasi goreng. Langkah penyediaan nya pula adalah sama seperti nasi goreng biasa sahaja. Untuk kesedapan..Cheq da campurkan ikan bilis yang digoreng ranggup.



Sekali sekala makan petai...sedap juga.

Isnin, 9 November 2015

Baby Uzma...jauh di mata dekat di hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Walaupun jauh di mata....teknologi yang serba canggih ni membuat baby uzma dekat di hati...






Semoga sentiasa selamat di rantau orang....

SEMEKAR 2015...CORET-CORET

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Coret-coret mengenai Semekar. Banyak peristiwa yang berlaku di Semekar. Paling mengejut Pertukaran Puan Pengetua yang dikasihi ke SmkSAS. Pertukaran yang tidak disangka-sangka. Sempena jamuan perpisahan ini...warga Semekar bersepakat memilih tema puple.




Semoga maju dan cemerlang di tempat kerja yang baru.

Seterusnya dinner tahunan Semekar 2015. Masih lagi menjemput bekas Pengetua sebagai tetamu terhormat. Tema nya plak biru.




Biasalah bergambar sakan untuk dinner...

Ahad, 8 November 2015

Bakul Puff Strawberi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Makanan ringan dari pek segera puff jenama kawan. Hari tu beli sebab teringin nk makan masa kawan bawa...sempat mkn 1 jenis.




Cara nk bikin mudah je...potong 4 pastri puff ini. Kemudian 2 bahagian hujung..jgn sampai putus. Selang seli kan bahagisn yang dipotong tadi dan tekan sedikit supaya tak tercabut. Pas tu bolehlah diisikan jem ditengahnya.
Kemudian ianya dibakar sehingga naik mengembang dan keperangan. Bolehlah dihidangkan.

Sabtu, 7 November 2015

Sayur Kucai Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sayur kucai goreng simple. Selalu dimasak untuk pelengkap lauk jea. Biasa kalau tak de sayur tak meriah nk mkn nasi. Beli kucai di pasar pagi. Rm1 jea seikat. Selalu pak cik selalu bawa sayur nya dan dijaja di luar pasar pagi di CH ini.



Sayur Kucai Goreng
By: Cheq da

Bahan
1. Seikat kucai
2. 3 ulas bawang putih ditumbuk
3. Sedikit minyak untuk menumis
4. Sedikit hirisan carrot, lada merah dan 1 labu bawang besar yang dihiris.
5. Sedikit kicap
6. Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit kicap
3. Masukkan kucai, lada merah dan juga bawang.
4. Masukkan  garam dan sedikit gula. Kacau sebati.
5. Bila dah masak. Bolehlah dihidangkan.

Tempahan CheeseTart

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tempahan yang agak lama...tiba2 tgk belum publish..tq kepada Kak rini sbb sudi order.



Wajah kesayangan hamba...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah 2 hari lepas dah pun berakhir paper Sejarah untuk Spm. Hari Khamis kertas 3 dan Rabu kertas 1 dan 2. Memandangkan Cheq da mengawas Spm so dapat la tengok paper nya semasa mengawas. Memang terkejut beruk bila tengok soalan kertas 2. Terbayang muka2 kesayangan Cheq da menjawab. Soalan hafalan untuk KBAT langsung tidak mengena. Doakan agar mereka tidak dibuai lena bila tgk soalan tu. Student Cheq da merupakan pelajar kelas akhir yang tidak pernah lulus sepanjang exam.
Malam tu dapat msg dari cikgu sy tak tidur dan buat semua soalan. Saya rasa sy boleh lulus. Alhamdulillah mendengar cam sejuk jgk hati. Harapan semuanya dapat buat dengan baik.






Student kelas Cheq da ini Cheq da follow diorang dari tingkatan 3 sampai 5. Harapan Cheq Da semua mendapat sijil dan lulus subjek Sejarah.
Gambar ini diambil sempena dengan bengkel Perhalus peringkat daerah 2015.


Selasa, 3 November 2015

Udang Goreng Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Udang goreng kari yang sangat marveles..suka makan tp tersangat malas nk kopek buang kulitnya. Anak yang bongsu memang suka sangat mkn udang tak kira lah apa jenis udang.





Udang Kari Kering
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

bahan A :
  • 10 ekor udang XL (dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam

bahan B : 
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • sedikit serbuk cili - optional
  • garam 
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil gula perang atau gula pasir
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan bahan A. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Untuk bahan B : tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan

Ahad, 1 November 2015

Order 2015: Tempahan Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order yang diterima dari kawan suami. Permintaan isteri yang baru lepas berpantang...nak makan kek katanya dan request blueberry cheesecake.




Kek dalam 1 kg. Terima kasih sebab sudi order.